Tuesday
Solat dan Keseimbangan Cas Pada Tubuh
(gambar sekadar hiasan)
Menurut Dr.HM Tuah(2004),dalam bukunya ‘Membina Jati Diri Gemilang’,tubuh manusia yang normal mengandungi cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif dalam bilangan yang sama.Proses pembakaran tenaga berlaku apabila manusia melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan,berlari,bekerja dan sebagainya.Pada masa yang sama,berlaku juga pertukaran cas antara cas positif dan cas negatif yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan cas pada tubuh.Akibat ketidakseimbangan ini tubuh akan berasa letih dan tidak bertenaga.
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dirikanlah saf kamu dan dekatkanlah bahu kamu dan isilah celah kosong dan janganlah membiarkan ada celah untuk syaitan.Sesiapa yang menyambung sebuah saf,Allah akan menyambungkannya dan sesiapa yang memotong,maka Allah pun akan memotongnya."
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
Kajian yang dilakukan oleh seorang pakar fizik dari Amerika Syarikat mendapati solat berjemaah lima waktu dengan bilangan rakaat yang berlainan antara satu solat dengan solat yang lain boleh menyeimbangkan cas berkenaan(solat berjemaah).Sentuhan antara makmum dalam solat berjemaah dapat menyeimbang atau meneutralkan cas dalam tubuh.Inilah keajaiban tubuh manusia kerana dapat mengalirkan cas elektrik sepertimana berlaku dalam litar elektrik.Melalui sentuhan ini,cas yang berlebihan dalam tubuh akan dikeluarkan sementara cas yang kurang akan ditarik ke dalam tubuh sehingga keseimbangan cas berlaku dan tubuh kembali ke tahap normal.Inilah salah satu kelebihan solat berjemaah yang dapat mengambalikan kesegaran dan menjadikan makmum lebih bertenaga.
Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh"(Ash-Shaff:4)
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka
kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau
menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam
saf.” (Hadis Riwayat Muslim)
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka
kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau
menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam
saf.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ketika tidur pada waktu malam,cas positif dan negatif dalam tubuh hamper seimbang.Keseimbangan penuh dicapai melalui solat berjemaah waktu subuh sebanyak dua rakaat.Pada waktu pagi hingga tengah hari,cas di dalam badan menjadi tidak seimbang apabila kita bekerja dan melakukan aktiviti harian.Solat berjemaah pada waktu zuhur sebanyak empat rakaat memberi peluang untuk menyeimbangkan semula bilangan cas di dalam badan.
Pada waktu tengah hari hingga awal petang apabila aktiviti pekerjaan disambung semula,ketidakseimbangan cas berlaku sekali lagi dan ia dapat diseimbangkan melalui solat asar sebanyak empat rakaat.Pada sebelah petang dan awal malam hanya sedikit sahaja aktiviti dapat dilakukan.Ketidakseimbangan cas dalam tubuh berlaku dan rapat dipulihkan semula melalui solat maghrib berjemaah sebanyak tiga rakaat.
Biasanya antara waktu maghrib dan isyak tiada aktiviti yang memerlukan banyak tenaga dilakukan.Jadi,cas dalam tubuh hampir seimbang.Solat isyak berjemaah sebanyak empat rakaat akan menstabilkan cas dan memberikan tenaga tambahan untuk beribadat pada waktu malam.
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
DOWNLOAD pdf English version : miracle of electricity in body
artikel berkaitan:Solat Jumaat Menyebabkan Seorang Yahudi Iskandariah Memeluk Islam
carian anda: cas elektrik dalam badan manusia,cas elektrik dalam tubuh badan,
carian anda: cas elektrik dalam badan manusia,cas elektrik dalam tubuh badan,
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih