Sunday

Kebenaran Gospel of Barnabas "There is only one God, and Mohammed is the messenger of God."

Kebenaran lagi,Gospel of Barnabas,dikatakan bible yang paling tua dan authentic oleh golongan tinggi kristian,namun ada yang menafikannya.Tetapi baru - baru ini,gospel of barnabas ini ditemui di turkey dan tertanam lebih lama dari bible yang lain yang digunakan hari ini.Ini membuktikan bible ini adalah yang paling hampir dengan kitab injil walaupun diubah - ubah sedikit.Lihat apa yang sebenarnya 'Jesus' mereka kata di chapter 39,Gospel of Barnabas.Saksikan kebenaran!kongsikan!

Jumpaan yang merisaukan Vatican….




Injil lama 300x218 Jumpaan yang merisaukan Vatican....
Injil ini meramalkan kedatangan Muhammad.
Sebuah kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.
Pope Benedict XVI 6 300x216 Jumpaan yang merisaukan Vatican....
Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.

Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa as, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad saw).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.
Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa as adalah seorang Rasul (pesuruh Allah swt) dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.
Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa as tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
Surah al Baqarah ayat 146



'Adam, having sprung up upon his feet, saw in the air a writing that shone like the sun, which said: "There is only one God, and Mohammed is the messenger of God." Whereupon Adam opened his mouth and said: "I thank thee, O Lord my God, that thou hast deigned to create me; but tell me, I pray thee, what meaneth the message of these words: "Mohammed is messenger of God." Have there been other men before me?"


'Adam besought God, saying: "Lord, grant me this writing upon the nails of the fingers of my hands." Then God gave to the first man upon his thumbs that writing; upon the thumb-nail of the right hand it said: "There is only one God, and upon the thumb-nail of the left it said: "Mohammed is messenger of God." Then with fatherly affection the first man kissed those words, and rubbed his eyes, and said: "Blessed be that day when thou shalt come to the world."


SUMBER 

No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...