Wednesday
Hukum Solat Jenazah untuk Orang Munafik&Kafir
berkaitan tajuk di atas,hukumnya HARAM!mengenai sifat mereka,Syeikh al-Albani berkata, "Mereka adalah orang yang patuh pada kekufuran dan membelakangi Islam.Dan kekafiran mereka dapat dlihat dari kata-kata mereka yang menghina dan merendahkan sebahagian hukum syariat,serta anggapan mereka bahawa hukum syariat itu bertentangan dengan akal dan perasaan.Dan sesungguhnya,Rabb kita S.W.T telah memberi isyarat akan hakikat ini dalam firman-Nya:
'Patutkan orang-orang(munafik) yang ada penyakit(syak,ragu-ragu) dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasat dengki mereka(terhadap Nabi Muhammad S.A.W. dan umatnya)? Dan sekiranya kami kehendaki,tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu(wahai Muhammad),lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda(yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya,engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya dan (ingatlah kamu masing-masing),Allah mengetahui segala yang kamu lakukan' (Surah Muhammad:29-30)
"Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di(tepi) kuburnya,kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik(derhaka)." (Surah at-Taubah:84)
gambar sekadar hiasan
Iman an-Nawawi berkata,"Solat untuk orang kafir dan memohon keampunan untuknya adalah haram,berdasarkan nas al-Qur'an dan ijmak." (Muhyiddin an-Nawawi,al Majmu'j.v,m.s 144,257)
bagaimana sekiranya bagi mayat golongan munafiq yang tidak diketahui akan sifat nifaqnya itu??klik link bawah:
carian anda: solat jenazah untuk perompak ,perogol,penzina,pembunuh,kakijudi,menafik,kafir,hukum solat jenazah,kafir,jahat,kejam,zalim
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih