Saturday
Cahaya misteri Paulding Light
Paulding light atau juga dikenali sebagai ‘Dog Meadow Light’ merupakan satu fenomena cahaya misteri yang muncul di kawasan yang dikenali Watersmeet, di daerah Paulding, Michigan, Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu fenomena cahaya yang membingungkan. Sehingga hari ini, topik ini terus menjadi perdebatan di kalangan penyelidik yang masih belum menjumpai punca fenomena ini berlaku.
Bagaimanapun, terdapat beberapa versi yang mengaitkan kemunculan cahaya aneh itu. Salah satunya, kejadian itu berlaku ada kaitan dengan kematian seorang petugas laluan kereta api di daerah berkenaan. Menurut kisahnya, petugas berkenaan telah didapati mati ketika cuba mengeluarkan isyarat cahaya untuk perjalanan kereta api. Akibatnya, berlaku kemalangan kereta api di tengah-tengah landasan. Selepas kejadian itu, penduduk sekitar kawasan itu mendakwa mereka terlihat kerlipan cahaya misteri tiba-tiba muncul di landasan berkenaan.
Ekoran kejadian itu, penduduk di daerah berkenaan mula mengaitkan cahaya tersebut sebagai cahaya lampu yang digunakan oleh petugas terbabit ketika cuba memberi isyarat berhenti pada kereta api sebelum dia terbunuh.
Namun begitu, mengikut versi cerita kedua pula, cahaya yang terjadi itu berlaku ekoran seorang penduduk tempatan mati akibat dilanggar kereta api kira-kira 40 tahun lalu. Mengikut kisahnya, seorang lelaki telah dilanggar kereta api semasa mencari anaknya di kawasan landasan. Selepas kejadian itu, penduduk setempat selalu nampak cahaya berkelip-kelip seperti disuluh seseorang. Tapi bila mereka dekati cahaya itu, ia hilang begitu saja.
Sehingga hari ini, tidak ada sesiapa pun mengetahui bila kali pertama cahaya Paulding ini muncul. Namun mengikut catatan yang dilaporkan, kemunculan cahaya itu berlaku pada tahun 1966. Ketika kejadian itu berlaku, sekumpulan remaja tempatan telah membuat laporan mengenai cahaya berkenaan di pejabat Sheriff di daerah berkenaan. Selepas itu, barulah beberapa orang penduduk tempatan pula menjumpai cahaya berkenaan. Menurut mereka, cahaya itu akan muncul di kawasan kemalangan tersebut saja dan tidak di tempat lain.
Ekoran laporan itu, cahaya misteri itu heboh diperkatakan penduduk di situ. Bagaimanapun, tidak semua penduduk di situ yang mempercayainya. Bagi golongan ini, mereka lebih suka mempercayai penjelasan sains mengenai kejadian itu.
Persoalannya, apakah benar penjelasan sains mampu menjelaskan punca sebenar fenomena ini berlaku? Terdapat satu teori yang mengatakan bahawa cahaya Paulding merupakan ilusi optik yang disebabkan oleh biasan cahaya lampu kereta dari arah sebuah lebuh raya sekitar lapan kilometer dari tempat munculnya cahaya Paulding.
Pada tahun 2010, beberapa orang penyelidik daripada Michigan Tech telah melakukan eksperimen untuk mengenal pasti kebenaran teori tersebut. Bagaimanapun, cubaan mereka untuk membuktikan kebenaran teori itu ternyata gagal kerana cahaya yang dihasilkan tidak sama seperti cahaya Paulding. Malah, ujian pengesanan gas metana dan medan elektro magnetik di kawasan cahaya Paulding turut tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan punca sebenar pancaran cahaya tersebut terhasil.
Setelah percubaan itu gagal,dua orang ahli kimia yang bernama Luigi Garlaschelli dan Paolo Boschetti cuba menjelaskan fenomena tersebut. Kedua mereka mengemukakan teori bahawa pancaran cahaya Paulding mungkin disebabkan pengoksidaan gas metana dan fosforat terhasil daripada proses pereputan haiwan dan tumbuhan.
Garlaschelli dan Boschetti kemudiannya melakukan eksperimen dengan mencampurkan beberapa bahan kimia dengan gas yang dihasilkan oleh batang pohon yang telah mereput. Bagaimanapun, hasil tindak balas kimia dari campuran bahan-bahan tersebut menghasilkan cahaya yang tidak seterang cahaya Paulding.
Meskipun begitu, teori yang diajukan oleh kedua ahli kimia tersebut menarik dan logik. Namun ada beberapa persoalan yang masih perlu dijelaskan. Pertama, belum ada bukti ilmiah mengenai kandungan zat kimia yang dikatakan dapat menghasilkan cahaya? Kedua, ahli kimia itu masih belum menjawab bagaimana pancaran cahaya itu mampu berubah-ubah? Dan yang ketiga, mengapa fenomena tersebut hanya berlaku pada waktu malam di daerah Paulding sahaja? Sehingga hari ini ketiga-tiga persoalan itu masih belum dapat dijelaskan.
Persoalannya, apakah benar penjelasan sains mampu menjelaskan punca sebenar fenomena ini berlaku? Terdapat satu teori yang mengatakan bahawa cahaya Paulding merupakan ilusi optik yang disebabkan oleh biasan cahaya lampu kereta dari arah sebuah lebuh raya sekitar lapan kilometer dari tempat munculnya cahaya Paulding.
Meskipun begitu, teori yang diajukan oleh kedua ahli kimia tersebut menarik dan logik. Namun ada beberapa persoalan yang masih perlu dijelaskan. Pertama, belum ada bukti ilmiah mengenai kandungan zat kimia yang dikatakan dapat menghasilkan cahaya? Kedua, ahli kimia itu masih belum menjawab bagaimana pancaran cahaya itu mampu berubah-ubah? Dan yang ketiga, mengapa fenomena tersebut hanya berlaku pada waktu malam di daerah Paulding sahaja? Sehingga hari ini ketiga-tiga persoalan itu masih belum dapat dijelaskan.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih