Showing posts with label Alam Barzakh. Show all posts
Showing posts with label Alam Barzakh. Show all posts

Tuesday

Para saintis telah menemui bukti Kehidupan selepas Kematian

Para saintis telah menemui bukti Kehidupan selepas Kematian
Saintis Southampton University telah menemui bukti bahawa kesedaran boleh berterusan untuk sekurang-kurangnya beberapa minit selepas kematian klinikal yang sebelum ini dianggap mustahil. 

Kematian adalah akibat yang tidak dapat dielakkan, tetapi kini ahli-ahli sains percaya bahawa mereka mungkin telah menemui beberapa jawapan tentangnya. 

Kajian perubatan terbesar setakat ini tentang menghampiri-kematian dan pengalaman (roh) keluar dari badan telah mendapati bahawa beberapa kesedaran boleh berterusan walaupun selepas otak telah "shut down" sepenuhnya.

Ia adalah satu perkara yang kontroversi yang telah, sehingga baru-baru ini, dianggap dengan keraguan yang meluas.

Tetapi ahli-ahli sains di University of Southampton telah menghabiskan masa 4 tahun memeriksa lebih daripada 2,000 orang yang pernah mengalami jantung terhenti di 15 hospital di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Austria.

Dan mereka mendapati bahawa hampir 40 peratus daripada orang-orang yang terselamat itu menerangkan beberapa jenis 'kesedaran' dalam masa mereka secara klinikal mati sebelum jantung mereka berdenyut semula.

Seorang lelaki bahkan teringat dia meninggalkan tubuhnya sepenuhnya dan menonton tubuhnya mendapat bantuan pemulihan dari sudut bilik itu.

Walaupun tidak sedarkan diri dan 'mati' selama tiga minit, pekerja sosial yang berusia 57 tahun dari Southampton itu, menceritakan tindakan kakitangan kejururawatan secara terperinci dan menggambarkan bunyi mesin.

"Kita tahu otak tidak dapat berfungsi apabila jantung telah berhenti berdegup," kata Dr Sam Parnia, bekas rakan-rakan penyelidikan di Universiti Southampton, di Universiti Negeri New York, yang mengetuai kajian itu.

"Tetapi dalam kes ini, kesedaran  nampaknya berterusan sehingga tiga minit ke dalam tempoh apabila jantung tidak berdegup, walaupun otak biasanya "shut down" dalam masa 20-30 saat setelah jantung terhenti.

"Lelaki itu menyifatkan tentang apa yang berlaku di dalam bilik, tetapi yang penting, dia mendengar dua 'bleeps' dari mesin yang membuat bunyi di selang tiga minit. Oleh itu, kita boleh sukat masa berapa lama pengalamannya berlangsung."

"Beliau seolah-olah sangat boleh dipercayai dan semua yang beliau katakan yang telah berlaku kepadanya memang sebenarnya telah berlaku." 

Daripada 2,060 pesakit serangan jantung yang dikaji, 330 terselamat dan 140 yang dikaji, 39 peratus berkata mereka telah mengalami beberapa jenis kesedaran ketika sedang dipulihkan.

Walaupun ramai tidak dapat ingat butir-butir tertentu, beberapa tema muncul. Satu dalam lima orang telah merasakan rasa luar biasa kedamaian manakala hampir satu pertiga berkata masa telah perlahan atau dipercepatkan.

Sesetengah masih teringat wajah cahaya terang; kilatan emas atau bersinar matahari. Yang lain menceritakan perasaan takut atau lemas atau diheret melalui air yang dalam. 13 peratus berkata mereka telah berasa terpisah daripada badan-badan mereka dan bilangan yang sama berkata mereka merasakan telah meninggi.

Dr Parnia percaya ramai lagi orang mungkin mempunyai pengalaman apabila mereka dekat dengan kematian, tetapi ubat-ubatan atau ubat penenang yang digunakan dalam proses pemulihan mungkin menghalang mereka mengingati.

Dr David Wilde, seorang ahli psikologi penyelidikan dari Nottingham Trent University, ketika ini mengutip data pengalaman "keluar-dari-badan" dalam usaha untuk menemui corak yang menghubungkan setiap episod.

Beliau berharap penyelidikan terkini akan menggalakkan kajian baru ke dalam topik kontroversi ini.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Resuscitation.



p/s: Mungkin keadaan "keluar-dari-badan" ini juga dapat dijelaskan oleh mereka-mereka yang pernah melakukan "Perjalanan Astral" (Astral projection). Wallahu a'lam :-)
Read more ...

Thursday

Kisah Hidup Yasmin J Hunwick Di Novel’kan | Lahir di Dunia Bangkit di Syurga




Kisah Yasmin J Hunwick bukanlah satu kisah baru yang menitip di bibir rakyat Malaysia. Nama diberi Yasmin Johan Eusoffe dan lahir pada 22 Februari 1995 ini adalah pemilik nama gelaran Yasmin J Hunwick. Kisah menyayat hati yang terjadi pada malam 3 Jun 2012 lebih kurang jam 11:55 malam tidak akan hilang dari ingatan insan yang mengenalinya.

Kejadian yang menimpa Yasmin J Hunwick atau Yasmin Johan ini pernah trending di Twitter pada ketika itu memandangkan beliau adalah seorang yang agak popular dikalangan blogger di Malaysia walaupun masih di usia yang muda.

Yasmin pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda iaitu 17 tahun. Pemergiannya juga begitu tragis dan mengundang air mata sesiapa sahaja. Yasmin hanya seorang gadis biasa, berparas rupa yang ayu dan berjiwa muzik. Permainan muzik kegemarannya adalah Piano. Yasmin juga tidak lekang dengan senyuman yang menyejukkan hati sesiapa sahaja. Yasmin sama juga seperti kebanyakkan remaja lain yang aktif di Twitter, Instagram, Facebook dan sebuah blog diari hidupnya.

Ditakdirkan, arwah pernah memuatkan satu gambar buku di Instagram bertajuk “BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR” dan bersama caption “This book kinda interesting” yang ditulis oleh arwah sendiri dan itu merupakan posting Instagram terakhir yang dilakukan arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggang bersama 2 rakannya. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah van pelancong di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi ketika cuba membuat pisangan U. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
ohartis-yasmin-johan-2
Biodata Arwah yang diambil terus dari blog arwah.

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
NOVEL
  
Teaser yang kami lakukan di Facebook Oh! Media selepas buku diterima.
Jika anda berminat untuk mendapatkan novel ini (kini tinggal 150 naskah sahaja lagi), ianya hanya berharga RM30 termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Anda boleh menghubungi Facebook penulis novel ini, saudara Syimir melalui Message di Facebook [klik] secara terus. Untuk makluman, novel ini tidak dipasarkan di mana-mana tempat lain selain dari terus menghubungi penulisnya sahaja. Anda juga boleh LIKE pages khas untuk Novel ini di Facebook.
Banyak kisah menarik tentang kisah hidup seorang Yasmin yang menjadikan dia sangat istimewa dan hidup di hati ramai yang lain biarpun tidak pernah mengenali Yasmin secara peribadi. Kisahnya dibukukan untuk menjadi tatapan kenangan dan juga pengajaran untuk kita yang masih bernyawa. Umum tahu mengenai kisah mimpi yasmin beberapa bulan sebelum kematiannya dan dalam buku ini terungkai semua petanda dan juga kisah eksklusif terus dari keluarga arwah yasmin. Ianya amat menyentuh perasaan.

Video di bawah ini adalah kompilasi video arwah Yasmin yang masih ada untuk tatapan kita yang masih ada.
Blog arwah masih wujud sehingga kini dan dijaga dan dikemaskini rapi oleh ibunya. – http://misschronicz.blogspot.com



moga ditempatkan dalam syurga~ :)
Read more ...

Sunday

Kisah Lelaki Meninggal Dunia Dalam Sujud Di Bangi

Kisah Lelaki Meninggal Dunia Dalam Sujud Di Bangi | “Saya terkilan tidak dapat berbual panjang dengan arwah. Insiden itu berlaku sekelip mata saja,” luah Mariani Zulkipky, balu kepada Siak Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi, di sini, yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud kelmarin. Mariani, 57, menyifatkan kematian suaminya, Rusli Ishak, 61 umpama mimpi yang berlaku serta-merta.
1
“Kami reda dengan pemergian arwah, cuma kesal tidak dapat bercakap dengan arwah sebelum dia pergi. Kalau ada salah silap saya pada suami, saya minta ampun pada ALLAH.

“Selama 36 tahun saya hidup bersama arwah, tapi kini saya hanya boleh peluk baju dan kopiah arwah yang ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
1009832_577696742269172_1853364860_n
Menurutnya, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana mengambil anak perempuannya di Setia Alam, Shah Alam pulang bercuti raya ke rumah mereka. “Sebelum keluar rumah pada waktu pagi, arwah hanya tanya ‘kenapa kakak balik?’ dan kami tidak berbual panjang. Kebetulan, semalam (kelmarin) jalan sudah mula sesak ketika saya ambil anak. Selepas itu, saya mempunyai urusan lain di tempat lain.

“Selepas Zuhur kira-kira jam 2 petang, anak saya di rumah menelefon memaklumkan suami saya strok. Masa itu saya tidak tahu suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Mariani yang juga Imam Pengurusan Jenazah Muslimat di surau berkenaan berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Cuma dalam tiga hari ini, dia banyak diam dan tidak bercakap dengan kawan-kawannya. Namun, saya bersyukur sebab saat-saat akhir arwah di situ (bersujud kepada ALLAH) ketikan bersolat sunat selepas tunaikan solat Zuhur.

“Surau itu memang rumah kedua arwah dan dia juga yang selalu membersihkan surau. Solatnya juga tidak pernah lewat dan tidak pernah meninggalkan waktu berjemaah. Sebab itu, kami tidak bawa balik arwah ke rumah, sebaliknya segala urusan (pengurusan jenazah) diselesaikan di surau,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Read more ...

Thursday

Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?



 Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?

Perkara ini digalakkan oleh sebahagian ulama.Antaranya Imam 'Atho,an-Nakha'i,Malik,al-Auza'i..

Sabda Nabi SAW;

Sesungguhnya bagi setiap perkara ada penghuninya(yang terbaik atau paling utama).Sesungguhnya penghulu bagi sekalian majlis adalah yang menghala ke arah kiblat.1

1.Riwayat ath-Thabarani di dalam al-Mu'jam al-Ausath daripada Abu Hurairah r.a.Menurut Imam al-Haitsani di dalam Majma' az-Zawaid, "Sanad hadis ini adalah hasan"


Namun perkara ini tidak perlulah dititikberatkan sangat hingga memayahkan orang yang tengah sakit.Sa'id bin al-Musayyab(seorang tabiin terkenal) ketika beliau sedang sakit,orang ramai ingin mengubah kedudukannya.Ia bertanya kepada mereka,"Apakah yang ingin kamu semua lakukan terhadapku?" .Mereka Menjawab kepadanya,"Kami ingin mengubah kedudukanmu agar menghadap ke arah kiblat".Beliau menjawab,"Bukankah aku dari dulu lagi berada di atas kiblat(berada dalam agama Islam) hinggalah ke hari ini?"2 Ia Kemudian mengarahkan agar dikembalikan semula kedudukannya sebagaimana asal.3

2.Al-Mughni,jil.2.halaman 286

3.Ahkam al-Junaiz(terjemahan),Syeikh al-Albani halaman 27



Akhir hayat Imam Al Ghazali


Syeikh Ahmad merupakan saudara dari Imam Abu Hamid Al Ghazali mengkisahkan, 

"Pada hari Isnin ketika waktu subuh, saudaraku Abu Hamid berwudhu dan melaksanakan solat lalu ia berkata, 'Ambilkan kafan untukku'. Lantas aku pun mengambilkan untuknya. Ia pun mencium kafan itu dan menutupkannya di wajah seraya berkata, 'Saya mendengar dan saya taat untuk menemui Yang Maha Kuasa' ". 

Syeikh Ahmad menceritakan, "Kemudian ia berbaring dan menghadap kiblat. Di saat sebelum langit menguning beliau pun wafat ".
(Thabaqat As Syafi'iyah Al-Kubra, 6/201)
 
carian anda:adakah Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat ,hukum Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?
Read more ...

8 Perkara yang Menentukan Bahagia atau Derita didalam Kubur




8 Perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam Kubur....

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

➊ Menjaga solat lima waktu
➋ Banyak bersedekah
➌ Banyak membaca al-Quran
➍ Memperbanyak bertasbih
☛(membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

➊ Berbohong
➋ Khianat
➌ Adu-domba
➍ Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. ☛(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)


✐Sedutan dari Kitab Tanbihul Ghafilin










suraual-ikhwan
Read more ...

Tuesday

Cara Pengebumian Muslim Boleh Jadi Pintu Hidayah Masuk ISLAM

Pemandangan yang menginsafkan

“Enta tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena standby lebih kurang RM20 ribu tau!”  seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

“Oh ye ke?  Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang masuk ISLAM.  Dulu dia Buddha.  Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan”  kata saya.

“Tu yang murah punya rasanya.  Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita takdelah mahal macam tu kan.  Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja kan.  Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali.  Murah kan…”  saya menambah.


“Ya, murah je.  Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung beres oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa…”  sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang praktis pengurusan jenazah di taman perumahan kami.


“Alhamdulillah.  Itulah antara yang cantiknya ISLAM ni.  Cara pengebumian orang ISLAM ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan ISLAM untuk masuk ISLAM.  Simple dan tak menyusahkan waris…”  saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad.  Tak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.

Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi.  Sungguh, memang cara pengebumian ummat ISLAM boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan ISLAM untuk tertarik dengan ISLAM.  Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya.  Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan sangat pihak waris.

Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang Kristian yang masuk ISLAM disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang ISLAM yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.

Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali.  Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk ISLAM setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu.  Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.
Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana ISLAM bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa.  Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd.  Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa.  Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk ISLAM dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan ISLAM, seterusnya masuk ISLAM.

Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA.  Cucu beliau telah pun masuk ISLAM dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka.  Puas si cucu ini memujuk si nenek tersebut untuk masuk ISLAM, tetapi tidak berjaya dipujuknya.  Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang ISLAM di tempat mereka.  Disebabkan orang ISLAM yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.

Selepas upacara pengebumian tersebut, si nenek itu telah berkata kepada si cucu tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian si muslim tersebut.  Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka si nenek itu pun masuk ISLAM.  Beliau masuk ISLAM lantaran tertarik dengan cara pengebumian ISLAM yang sederhana dan menginsafkan.  Selang beberapa tahun kemudian, si nenek itu pun meninggal dunia.  Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahu iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim.  Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah ISLAM yang aktif berdakwah di USA.

Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar.  Betapa kesederhanaan dan mudahnya ISLAM ini bisa menambat hati fitrah manusia.

Justeru, amalkanlah ISLAM mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan.  Sungguh, pada kesederhanaanlah, ISLAM ini dilihat cantik.
WAllahu Ta`ala A`lam.
Sekadar berkongsi,
Shahmuzir Nordzahir
muzir.wordpress.com
30 Jun 2011.
 
 
Read more ...

6 Kelebihan Para Syuhada



Berdasarkan sabda Nabi SAW;

"Bagi orang yang mati dalam keadaan syahid ada enam kelebihan di sisi Allah.Iaitu;

1.Akan diampunkan segala dosanya bermula daripada pancutan pertama darahnya.

2.Diperihatkan tempat duduknya di dalam Syurga.

3.Dilindungi daripada azab kubur.

4.Diamankan daripada kegemparan besar.

5.Dipakaikan di kepalanya mahkota kemuliaan dan kebesaran.Salah satu permata delima daripadanya lebih bernilai daripada dunia dan isinya.

6.Dikahwini dengan 72 bidadari.

7.Diberikan keizinan untuk memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya. 
 [ Riwayat at-Tirmizi daripada al-Miqdam bin Ma'dikarib r.a.Menurut Imam at-Tirmizi,hadis ini hasan sahih gharib ]



Dalam satu hadis,seorang sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW,"Apakah kelebihan orang mati syahid sehingga mereka bebas daripada fitnah kubur (pertanyaan malaikat di dalam kubur) tidak sebagaimana orang-orang Mukmin yang lain?" 

Baginda menjawab:

"Memadai dengan libasan-libasan pedang (yang lalu) di atas kepalanya sebagai ujian untuknya"

(Riwayat an-Nasa'i daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi.Menurut Imam as-Suyuthi,hadis ini sahih . [Lihat al-Jami ' ash-Shaghir] .Menurut Syeikh al-Albani hadis ini adalah sahih [Lihat Sahih wa Dhaif al-Jami 'ash-Shaghir ,hadis no.862)


carian anda: kelebihan mati syahid , 

KELEBIHAN ORANG-ORANG YANG MATI SYAHID,Fadhilat Dan Kelebihan Mati Syahid

 Kelebihan jihad dan mati syahid di jalan Allah 

Kelebihan Mati Syahid Di Medan Peperangan  Syahid dalam Islam Wajah-Wajah Orangti Syahid nikmat syahid

Read more ...

Friday

Bicara Malam Pertama | 18thn ⇅ Owh Yeah

Saat dakap dalam tidur panjang..Saat yang dinanti Malam Pertama..



scroll down

↓ 
    

























































 but not malam pertama alam pengantin,tetapi Malam pertama di alam kubur.(>‿◠)

                                            r u ready?



Segangster  mana pun,perut boroi mahupun rupa brutal tapi dalam hati ada taman,dalam taman berbunga-bunga(─‿‿─).Saat hembusan nafas dan denyutan nadi terakhir pasti berlaku,bunga yang mekar akan layu akan mati.






Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)


 
  

Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.



Dari Ibnu `Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullah
s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada
baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara
kaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antara
mereka.

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin
yang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati
kematian di antara mereka, dan yang paling bagus
persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang
yang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no:
4249.





Maksudnya: Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)



 Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Allah Ta’ala berfirman bahawa walaupun para shuhada’ terbunuh didalam kehidupan dunia ini,  ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh.  Didalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan, “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini, وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;”

Beliau berkata,Kami bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم, soalan yang sama, Baginda bersabda,
[size=10pt]
«أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا»
[/size]

Ruh mereka didalam burung-burung hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala. Dan mereka berterbangan didalam syurga bila-bila mereka sukai.

 Allah melihat kepada mereka dan bertanya, “ Adakah kamu mengharap apa-apa?”. 

 Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka didalam syurga. Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid dijalan Engkau lagi”  Allah mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi”

Anas and Abu Sa`id . رضي الله عنه وسلم menyebut perkataan yang sama.

Imam Ahmad menyebut  Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, «الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا»

Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu syurga, didalam khemah berwarna hijau dimana rezeki mereka didatangkan dari syurga siang dan malam.

Dari catitan ini kita dapat gambaran bahwa terdapat  ”bermacam2 syuhada, setengah mereka berada didalam syurga, dan sebahagian lain tetap ditebing sungai berhampiran syurga.  Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam.  Allah lebih mengetahui.

Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadis ini, ianya mempunyai sanad yang baik. 

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahwa ruh setiap mu’min akan mengembara didalam  syurga, memakan buah-buahannya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya.  Hadis ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab Bin Malik bahwa ayahnya menyebut, Rasulullah   صلى الله عليه وسلم   bersabda :


[size=10pt]
«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»
[/size]

“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan didalam syurga, sehingga Allah menghantar nya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”

Hadis ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung didalam syurga.  Sementara ruh para syuhada adalah didalam burung berwarna hijau.

Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini: [size=10pt]يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [/size]

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."

Muhammad bin Ishaq mentafsirkan,  Mereka (para syuhada’) sangat gembira kerana Allah Ta’ala telah memenuhi janjiNya bagi mereka.  Dan untuk pembalasan yang tidak terhingga yang mereka terima.

Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang dianugerah oleh Allah kepada para RasulNya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”

(tamat petikan kitab)

Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...