Friday

Kebaikan Sarapan Pagi | Sains&Hadis

 Terdapat kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat melihat pengaruh bersarapan pagi pada jumlah kalori yang diambil dan dibakar sepanjang hari serta hubungannya dengan insulin.Turut dilihat pengaruh kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.

Hasilnya menunjukkan wanita yang makan bersarapan pagi mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.LDL iaitu kolesterol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka mengambil sarapan pagi.Selain itu,sarapan pagi menjadikan respons insulin lebih baik bererti risiko menderita diabetes juga menurun.American Heart Association melaporkan bersarapan yang signifikan bagi menurunkan kecenderun obesity dan risiko diabetes.

Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s Feinberg School of
Medicine, (1999)
. Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat.

Pada penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan kolestrol dansecara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik berbanding daripada orangyang tidak mengambil sarapan pagi.

Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor, (2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja. Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun adalah berbeza daripada Barat.


Akan tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun, budaya sarapan pagi telah telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat menerusi faktor pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan budaya sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti. Budaya sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di kalangan masyarakatnya. Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza daripada masyarakat lain.



Kirschmann (1996), menyatakan bahawa badan kita memerlukan kuantiti makanan yang seimbang. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan seseorang untuk menjalankan aktiviti fizikal harian dan menjejaskan tahap penggunaan minda mereka.
Hadist Abu Sa’id al-Khudri -radhiallahu ‘anhu- dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



“Sahur adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah seorang diantara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur.”
(HR. Ahmad 3/12 dan 44)
  
Hadist Anas bin Malik -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, bahwa NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian karena pada sahur terdapat berkah.”
(HR. al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no.770)

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Satu kajian yang di buat di Lowa. Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid yang rnempraktikkan sarapan pagi sebagai amalan rutin terbukti mempunyai kadar keaktifan yang tinggi berbanding murid yang tidak mengambil sarapan pagi. Di sekolah .murid yang bersarapan mempunyai sahsiah dan prestasi yang lebih tinggi berbanding murid yang enggan atau melangkaui sarapan ( Krause dan Mahan. 1969).  

✍Aku kalau kalut pi sekolah,minum air milo,blahh terus ke >>> sekolah ヅ



INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
  • Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
  • Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
  • Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
  • Membantu merendahkan tahap kolesterol.





Read more ...

Thursday

Download Rahsia Simbol Yahudi | Teori Konspirasi

Download Rahsia Simbol Yahudi.pdf

password Protect: hantuwriter


http://ridzuanadnan.blogspot.com/2012/02/ebook-rahsia-simbul-yahudi-teori.html
Read more ...

Download Hadith 40 Imam An-Nawawi

Read more ...

Download Kitab Tafsir Ibnu Katsir

Tafsir Ibnu Katsir Juz 1 …..(34,6 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 2 …..(25,9 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 3 …..(13,1 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 4 …..(15,3 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 5 …..(16,3 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 6 …..(22,8 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 7 …..(18,1 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 8 …..(15,3 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 9 …..(17,4 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 10 …..(5,03 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat At Taubah (Juz 11) …..(10,2 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Yunus (Juz 11) …..(4,82 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Huud (Juz 12) …..(5,34 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Yusuf (Juz 12) …..(5,02 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 13 …..(4,7 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 14 …..(4,16 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Juz 15 …..(7,74 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Kahfi (Juz 16) …..(5,04 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Maryam (Juz 16)…..(1,17 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Thoha (Juz 16) …..(3,38 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Anbiyaa (Juz 17) …..(3,91 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Hajj (Juz 17) …..(4,03 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mu’minuun (Juz 18) …..(2,01 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Ahqaaf (Juz 26) …..(2,85 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Muhammad (Juz 26) …..(1,96 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Fath (Juz 26) …..(4,06 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Hujurat (Juz 26) …..(2,65 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Qaaf (Juz 26) …….(1,85 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Adz Dzariyat (Juz 27) …..(1,26 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ath Thuur (Juz 27) …..(1,38 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat An Najm (Juz 27) …..(2,71 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat AL Qomar (Juz 27) …..(1,8 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ar Rahman (Juz 27) …..(1,79 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Waqi’ah (Juz 27) …..(2,54 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Hadid (Juz 27) …..(2,41 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mujadilah (Juz 28) …..(4,36 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Hasyr (Juz 28) …..(2,13 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mumtahanah (Juz 28) …..(2,46 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ash Shaf (Juz 28) …..(1,3 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Jumuah (Juz 28) …..(1,02 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Munaafiqun (Juz 28) …..(630 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ath Thoghabun (Juz 28) …..(788 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ath Thalaq (Juz 28) …..(1,37 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat At Tahrim (Juz 28) …..(707 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mulk (Juz 29) …..(1,02 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Qolam (Juz 29) …..(1,29 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat AL Haqqoh (Juz 29) …..(951 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Ma’arij (Juz 29) …..(909 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Nuh (Juz 29) …..(780 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Jin (Juz 29) …..(741 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Muzammil (Juz 29) …..(0,99 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mudatstsir (Juz 29) …..(1,13 MB)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Qiyamah (Juz 29) …..(821 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Insaan (Juz 29) …..(242 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mursalaat (Juz 29) …..(745 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat An Naba (Juz 30) …..(949 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat An Nazi’at (Juz 30) …..(626 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al ‘Abasa (Juz 30) …..(593 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat At Takwir (Juz 30) …..(639 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Muthoffifin (Juz 30) …..(706 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Buruuj (Juz 30) …..(547 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Ath Thoriq (Juz 30) …..(212 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Ghasyiyah (Juz 30) …..(459 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Fajr (Juz 30) …..(697 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Asy Syams (Juz 30) …..(458 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Alamnasyrah (Juz 30) …..(225 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat At Tin (Juz 30) …..(179 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al ‘Alaq (Juz 30) …..(293 kb
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Qodr (Juz 30) …..(287 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Bayyinah (Juz 30) …..(177 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Zalzalah (Juz 30) …..(307 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al ‘Adiyat (Juz 30) …..(134 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Qaari’ah (Juz 30) …..(63,1 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al ‘Ashr (Juz 30) …..(63.2 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Humazah (Juz 30) …..(179 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Fill (Juz 30) …..(569 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Quraisy (Juz 30) …..(140 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Maa’uun (Juz 30) …..(311 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Kautsar (Juz 30) …..(240 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Kafiruun (Juz 30) …..(189 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat An Nashr (Juz 30) …..(179 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Ikhlash (Juz 30) …..(293 kb)
Tafsir Ibnu Katsir Surat Al Mu’awwidzatain (Juz 30) …..(249 kb)

 

http://irfanirsyad.wordpress.com/2012/02/10/muat-turun-kitab-tafsir/

Read more ...

Tuesday

Perhubungan diantara Tidur dan Mati Sains&Al-Quran/Hadis


Professor Alison Pakar Elektronik Dan Elecktrikal

Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.

Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.

Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain.
Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam.

Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDUR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau.

Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran.

Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidur dan kematian dan lain-lain fenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini.
Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran;

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"

Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidur dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam.

Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang lelaki atau wanita tidur, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun tidur. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.

Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.


 sakratul maut;



doa sebelum tidur:



doa bangun tidur;


Read more ...

Berhadapan dengan Kematian | Near Death Experience Sains&Al-Quran


MATI itu pasti.Itulah penghujung setiap benda yang bernyawa di dunia ini.Tetapi,seseorang merasai pengalaman kematian dan hidup semula selepas itu?Itulah kekuasaan Allah!

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]
 It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.

Berdasarkan data kuantitatif,sekitar lapan juta orang Amerika mendakwa diri mereka pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan kematian.Pengalaman tersebut membuatkan diri mereka seolah-olah telah mati,dan kebanyakkan dapat merasai situasi roh keluar daripada tubuh.Malah,ada juga yang telah disahkan mati,tetapi hidup kembali dalam jangka waktu tertentu.

Keajaiban ini memperlihatkan ia seperti satu fenomena yang melangggar hukum biologi alam,yang mana mati akan tetap mati dan tidak mungkin hidup kembali.Disebabkan itu,ia masih menjadi perbincangan dan pertikaian di kalangan ahli sains seluruh dunia.

Dalam dunia perubatan moden,fenomena ini diistilahkan sebagai Near Death Experience(NDE)yang merujuk kepada pengalaman seseorang yang menuju ke arah kematian.Ia sebenarnya satu fenomena yang dialami oleh kebanyakkan orang,namun ramai yang tidak mengetahui apa sebenar yang berlaku kerana iadikatakan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kepercayaa kerohanian.

Secara fizikalnya,jika seseorang individu itu mengalamai serangan jantung ia boleh mengakibatkan kematian ataupun koma.Namun,jika dalam beberapa minit atau beberapa jam kemudian jantung mereka kembali berfungsi,individu-individu ini lebih cenderung mengalami pengalaman keluar dan berada di alam dunia lain-alam roh.Fenomena inilah yang dinamakan NDE.


Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"

Ramai yang beranggapan kehidupan selepas kematian adalah sesuatu yang sangat mustahil.Namun,bagi pakar-pakar psikiatri dunia seperti Dr.Raymond,Dr.Ken Ring dan Dr.Bruce Greyson,mereka mempunyai alasan tersendiri untuk mempercayai fenomena ini.Ini kerana mereka mendakwa pesakit yang mengalami NDE.

Selepas menterjemahkan pengalaman para pesakit,mereka percaya bahawa terdapatnya bukti tentang kewujudan antara jiwa dan kehidupan setelah kematian.Hasil pengumpulan data selama 30 tahun daripada pesakit-pesakit yang mengalami NDE,telah menunjukkan adanya lonjakan aliran elektrik pada otak manusia.Ia berlaku dalam masa beberapa saat menjelang kematian selepas melakukan ujian gelombang pada otak mereka.

Malah,fakta ini juga turut disokong oleh sejumlah doktor dari Medical Center Universiti George Washington.Mereka yakin gelombang yang hadir tatkala individu yang menghampiri kematian yang sebenar,sebaliknya akan melalui NDE.Dengan kata lain,individu yang mengalami NDE akan melihat diri mereka sendiri berjalan keluar dari badan dan menuju ke suatu tempat yang bercahaya.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah pakar mempercayai pengalaman yang dialami seseorang itu hanya sebagai satu halusinasi sahaja.Walaupun terdapat pelbagai pendapat,hanya individu yang mengalami NDE ini sahaja yang tahu kerana mempunyai pengalaman seperti itu.

Contohnya,seorang pemandu trak Amerika,AL Sullivan yang berusia 55 tahun telah mengalami fenomena NDE.Ketika dia menjalani pembedahan jantung,Sullivan mendakwa telah bertemu dengan ibu serta adiknya di alam lain.Ibunya berpesan kepadanya supaya kembali dan memberitahu doktor dan keluarga yang anaknya itu sihat sahaja.Apa yang menakjubkan,kesihatan Sullivan selepas itu bertambah baik.Namun,doktor meragui pengalaman yang dialaminya dan menganggap ia sebagai satu halusinasi sahaja.Adalah lumrah jika ada orang yang telah mengalami NDE dan memberikan maklumat yang tepat dari pengalamannya. Kadang-kadang maklumat sangat fizikal dan kadang kala sangat spiritual.Seorang ahli neuropatologi, George Rodonaia, mengalami NDE selama 3 hari,ia sedar kembali pada saat para doktor sedang mempersiapkan otopsi untuk dirinya. Sebelum pengalaman ini, ia adalah seorang agama ateis. Setelah melewati pengalaman di alam roh yang begitu mendalam, ia kemudian melanjutkan pelajaran kedokteran di bidang spiritual agama dan menjadi seorang pendeta.Dalam satu kes juga,sekumpulan petugas pemadam kebakaran api hampir mengalami kematian semasa memadam api yang marak di hutan. Mereka melaporkan bahawa mereka dapat saling bertemu dengan sesama mereka pada saat NDE dan keluar dari tubuh mereka yang tidak bernyawa, akan tetapi pada akhirnya mereka dapat diselamatkan.

Pengalaman menghampiri saat kematian adalah peristiwa yang mendalam.Kebanyakkan individu yang mengalami fenomena NDE ini akan sentiasa cuba berfikiran positif dan berusaha memperbaiki kehidupan mereka.Dengan kata lain,mereka bagaikan diberi peluang kedua dalam kehidupan.

"Pengalaman menjelang kematian" dipopularkan oleh dr. Raymond Moody, dalam bukunya, "Life after Life (Kehidupan selepas Kehidupan)". Dr. Moody juga merupakan penulis laris untuk kesebelas bukunya - yang telah terjual lebih dari 13 juta naskhah di seluruh dunia. Selain itu, ia juga menulis pelbagai artikel akademik dan literatur profesional seperti "Near Death Experiences (Pengalaman Menjelang Kematian)", "Death with Dignity (Meninggal dengan Mulia)", dan "Life after Loss (Kehidupan selepas Kehilangan)"




Dr. Moody telah mengadakan penelitian terhadap lebih dari seratus kes "mati klinikal" dan hidup kembali"Life after Life (Kehidupan selepas Kehidupan)" telah mengubah pandangan kita terhadap hidup dan kematian. Salah satu ringkasan penjelasannya dari pengalaman menjelang kematian adalah "suatu ketika melayang dan ketidakterhubungan dengan tubuh fizikal kita". Ia bermaksud bahawa "jiwa melihat tubuh tanpa kehidupan dari sudut langit-langit dan perasaan tenang dan hening mendominasi pada saat waktu berhenti. Jiwa merasa ditarik ke terowong gelap dengan cahaya putih berkilauan di hujungnya. Saat kita memasuki cahaya putih, orang yang kita cintai atau tokoh agama akan menyambut kita, dan kita akan melihat gambaran berwarna dari kilas kehidupan yang telah dilalui. "Menakjubkan, banyak orang dari berbagai belahan dunia telah mengalami hal yang sama seperti ini. Sesudah mengalami NDE, orang itu akan lebih menghargai kehidupan, mementingkan hubungan sendiri dan lebih gigih dalam usaha mencapai matlamat.
 
Moody juga melaporkan sebahagian orang dengan pengalaman menjelang kematian di mana mereka enggan untuk kembali setelah meninggalkan tubuh fizikalnya. Beberapa pesakit telah marah kepada para doktor yang membawa mereka kembali(hidup). Dari sini kita dapat mengetahui bahawa mereka pasti mengalami pengalaman yang sangat berkesan!
 
Dr. Ken Ring adalah seorang profesor psikologi di Universiti Connecticut. Ia telah mendokumentasikan 102 NDE. Dalam kajiannya yang terkini termasuk NDE daripada seorang yang buta, dan penemuannya boleh dibaca pada bukunya "Mindsight (Penglihatan Fikiran)". Buku-bukunya terdahulu termasuk "Life at Death (Hidup saat Kematian)", "Lessons from the Light (Pelajaran dari Cahaya) "," Heading toward Omega (Menuju ke Omega) ", dan" The Omega Project (Projek Omega) ". Orang yang menyaksikan keluarnya roh dari tubuh fizikal, dan ini telah dibuktikan kebenarannya.Dr Ken Ring juga telah meneliti NDE yang mengesahkan adanya reinkarnasi.

Fenomena menarik ini terjadi saat seseorang mengalami NDE adalah saat dimana jiwa mereka bertemu orang lain, biasanya orang yang dicintai. Mereka juga dapat mendengar pembicaraan orang di sekitarnya saat jiwa mereka keluar dari tubuh fisik. Dr Ring mengatakan, “Bukti ini telah menunjukkan bahwa kesadaran itu ada.”
Dr.Ring menulis satu artikel di "Journal of Near-Death Studies (Majalah Penelitian Menjelang Kematian)” sehubungan dengan NDE. Ia melaporkan, saat keluar dari tubuh fizikal semua orang hampir memiliki pengalaman yang sama. Termasuk “bergerak ke dalam terowongan kosong atau gelap menuju cahaya terang; bertemu dengan saudara dan teman yang telah meninggal; merasa tenang dan damai; merasa dikelilingi perasaan penuh cinta; merasa sangat cantik dan sangat rindu berada di sana. Saat orang kembali ke realiti dunia setelah mengalami NDE, mereka sangat terpengaruh oleh perasaan ini sepanjang sisa hidup mereka.” Ini hampir sama dengan penemuan Dr. Raymond Moody. 
                                                                    Dr. Bruce Greyson
Doktor berikutnya mendokumentasikan satu dari contoh yang paling meyakinkan dari seseorang yang telah mengalami pengalaman keluar dari tubuh fizikal atau NDE. Dr. Bruce Greyson adalah Carlson Professor of Psychiatry pada University of Virginia Health System. Ia merupakan salah seorang anggota dari Asosiasi Parapsikologi yang meriset pengalaman menjelang kematian. Ia menerima sembilan bantuan penyelidikan dimana ia sebagai kepala investigator telah melakukan presentasi ilmiah kepada lebih dari 60 konferensi nasional dan regional. Dr Greyson juga telah menerbitkan lebih dari 60 artikel. Ia telah menulis buku dengan judul, “The Near-Death Experience: Problems, Prospects, Perspectives (Pengalaman Menjelang Kematian: Masalah, Prospek, Perspektif)”, dan ia telah menjadi pengarang Majalah Penelitian Menjelang Kematian selama lebih dari dua puluh tahun. 

Dr. Greyson telah mendokumentasikan pola yang jelas atas pola kesehatan pasien dalam jangka panjang setelah mengalami fenomena menjelang kematian. Ia juga menulis terapi strategis demi membantu pesakit untuk menyesuaikan kehidupan setelah NDE.
Pengalaman menjelang kematian adalah peristiwa yang sangat mendalam,dimana hampir semua orang berubah setelah mnegalaminya. Seorang penjenayah berubah menjadi seorang yang berkhidmat kepada sesama manusia. Kesihatan mereka juga bertambah baik, masalah mental juga dapat diselesaikan Kebanyakan orang yang mengalami NDE tidak akan bertanya lagi adakah Tuhan ada. Mereka tahu Tuhan ada.Pengalaman mendalam dan penting dari NDE menunjukkan dengan jelas bahawa jiwa melampaui hidup dan Tuhan itu ada.

Read more ...

Sunday

Add dalam Facebook | Tapi tak sembang kat Sekolah






السلام عليكم و رحمة الله و بركاته reader sekalian,apa habaq?semoga diberi kesihatan yang sihat selalu~
gambar di atas adalah kisah benar kehidupan aku yang aku rasai di sekolah.Aku dapat idea entri kali ni dari 9gag.com.Tidak dapat dinafikan,aku yakin mejoriti ada di antara manusia yang pernah mengalaminya di sekolah mahupun di pejabat atau mana-mana saja.Selalunya berlaku di antara lelaki dengan perempuan atau sebaliknya.

الحمد لله dengan adanya laman web aku sendiri[www.hantuwriter.blogspot.com],dapat juga aku kongsikan perasaan aku dan apa yang aku pernah lalui.Korang tak nak buat blog?boleh kongsikan kehidupan korang,diari yang tak private.Ada manusia buat blog untuk diri dia sendiri ja yang baca..rasa macam Forever Alone.Cuma aku nasihat jangan melabur dosa di internet.

Sebenarnya,aku pun tak faham kenapa ada makhluk dalam sekolah aku yang aku kenal tapi tak cakap dengan aku [atau jika perlu sahaja dia cakap] tetapi add aku dalam facebook?memang tak salah nak berkawan kan.

Tak pun,kenal dia kat sekolah tapi tak sembang,bila dalam facebook boleh pula chat dengan aku.Tau tak apa aku rasa?rasa macam dia takut nak cakap dengan aku,mungkin tak cukup hensem.Maklumlah perempuan hot cakap dengan lelaki yang hensem saja.[sesetengah orang memilih kawan tengok rupa].

Ataupun,jenis pemalu...biasalah macam aku......kalau budak perempuan dalam kelas aku tau kata blog ni milik aku,sah-sah terkejut tahap bangang takleh blah nya.Privacy orang berbeza ,hati,rupa,sifat dan perasaan juga berbeza.Kadang-kadang kita perlu memahaminya atau meletakkan 'macam mana kalau aku jadi macam si dia?' .Mungkin kita fikir tak logik,itulah manusia lain sifat dan perangainya

Cukuplah untuk bulan April ini,lagi 2 minggu aku ada exam,kelas tambahan pun bertambah di sekolah ...time to study!jangan jadi persatuan study last minute!GOOD LUCK ~

komen dan pandangan anda dialu-alukan :)

Read more ...

Friday

Pemahaman Maksud Bacaan Semasa Solat Sains&Hadis

Seseorang yang memahami 100% bacaan dalam solatnya mempunyai komposisi badan yang terbaik disusuli dengan yang sederhana dan lemah.Perbezaannya memang ketara.Bacaan sudut fasa,kapasitan tubuh dan bendalir dalam sel (ICW) meningkat,manakala rintangan dan bendalir luar sel (ECW) mereka menurun. 


Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Jika salah seorang daripada kamu mengantuk dalam solat maka hendaklah dia berundur (daripada solat) dan kembali tidur sehinggalah dia (dapat solat) dalam keadaan mengetahui apa yang dibacanya.” (hadis riwayat Ahmad dan terdapat riwayat yang serupa dari jalan Aisyah ra yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya)

Dengan mempunyai bendalir dalam sel yang tinggi,darah akan dapat mengalir dengan lancar keseluruhan badan terutama ke saraf otak.Otak akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi  melalui pengaliran darah yang lancar.Selain itu,mereka dapat membuat keputusan yang lebih rasional.

Seseorang yang faham bacaan semasa solat dengan baik mempunyai komposisi badan yang lebih sihat dan pemikiran yang lebih tenang selepas solat berbanding dengan seseorang yang tidak faham sepenuhnya bacaan semasa solat.

 "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya". (Al Mukminun 1-2)
  
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang solat dalam keadaan lalai.” (Al-Maun : 4-5)

“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A’raaf: 204)  


Read more ...

Siwak Vs Air Kencing

Orang Romawi dan Eropah pada abad pertengahan menggunakan air kencing untuk membersihkan gigi mereka.yukkk!Kononnya,air kencing paling mujarab adalah air kencing yang diimport dari Portugal.Mungkin kerana dibawa dari jauh sehingga kadar ammonia di dalamnya menjadi semakin banyak dengan bau hancing yang tidak terkira.Kepercayaan bangsa Romawi yang menganggap ammonia baik untuk gigi dan gusi.Air kencing kononnya dapat memutihkan gigi dan meneguhkan kedudukan gigi pada gusi sehingga air kencing juga digunakan untuk berkumur.Hal ini,berlaku sehingga abad ke-18 di Eropah.

Jauh sebelum ubat gigi dikenali,para doktor Mesir Kuno telah menemui ubat gigi yang dibuat dari serbuk batu pumis dicampur dengan cuka.Perkara ini masih boleh diterima jika dibandingkan dengan ubat gigi bangsa Romawi yang diperbuat dari air kencing.

Lalau bagaimana dengan ajaran Islam?Sejak dahulu lagi,Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar rajin bersiwak.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 

Dan Nabi saw.. beliau bersabda: Seandainya aku
tidak khawatir akan memberatkan orang-orang beriman (dalam hadis riwayat Zuhair. umatku). niscaya aku perintahkan mereka bersiwak setiap kali akan salat. (Shahih
Muslim No.370)




  hal berkaitan ; Amalan Bersugi(Siwak) Sains&Hadis 



Read more ...

Thursday

Percuma Sebanyak 130 Siaran Astro Dari 27 April 2012 Hingga 6 Mei 2012


Astro telah berjaya memenangi Anugerah Putra Brand Of The Year 2012 & GOLD bagi kategori Media dan Hiburan pada Majlis Putra Brand Awards 2012. Bagi menghargai sokongan anda, kami akan membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggan kami mulai 27 April hingga 6 Mei 2012. Terima kasih diatas sokongan anda..

ahahhahahah!ty2!akhirnya aku dapat tengok HBO!minum kopi peace reggae sampai pagi..

Read more ...

Segala Pujian Bagi Allah Yang Menguasai Hari Pembalasan

Segala Pujian Bagi Allah Yang Menguasai Hari Pembalasan
Rasulullah S.A.W bersabda: يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَآَرَنِيْ، فَإِنْ ذَآَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَآَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِ نْ ذَآَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَآَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَ يَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْ هِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)). Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai de-ngan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia meng-ingatKu dalam dirinya, Aku mengingat-nya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mende-kat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat ke-padanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. (HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.) tiada kasih seluas kasih-Nya "Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(A-li'Imraan 3:31)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...