Monday

“Sesiapa Yang Salah Guna Lorong Kecemasan Ketika Kejadian Semalam, Anda Adalah Pembunuh!”


Kelmarin kira-kira jam 3.30 petang telah berlaku kemalangan berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah terlanggar sebuah kereta rosak.

Kemalangan menyebabkan kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan memerlukan rawatan secepat mungkin.

Namun, kerana dek sifat tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sesetengah pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan menyebabkan pihak ambulan telah tiba begitu lewat sehingga 3 jam.


Dikhabarkan kedua adik beradik yang terlewat menerima rawatan sepatutnya angkara pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab ini telah meninggal dunia di Hospital Seremban semalam.

Kepada mereka yang memandu kenderaan menggunakan lorong kecemasan yang menyebabkan ambulans lambat sampai untuk memberi rawatan kepada mangsa, anda adalah pembunuh.

Berikut adalah luahan Mohd Zulhairi Shariff yang merupakan seorang saksi yang berada ditempat kejadian.

PEMBUNUH!

Sesapa yg ikut plus arah utara area lps tol simpang ampat ptg td mesti sangkut jem trok kn. Sesapa yg ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nk maklumkn bahawa korg adalah PEMBUNUH. 

Ya pembunuh, tp jgn risau sbb kemungkinan besar korg xkn kena tangkap dan hukum gantung. Tp pasti ada balasan utk korg kalau x di sini, mesti di sana nnt akan diadili seadil2nya.

Kepada PEMBUNUH2 yg terlibat, aku nk cerita jenayah korg so baca dan hadam betul2. Buat yg lain ambil pengajaran dan jgn sesekali jadi PEMBUNUH mcm diorg.

Eksiden tu jadi betul2 dpn kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yg rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. 

Impak perlanggaran tu menyebabkn diorg tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yang berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan. Uncle yg bwk lori sayur tu xmengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kpd dia sbb dpt mengelak 2 org rider tersebut smp dia sendiri terbalik.



PEMBUNUH2 sekelian,jenayah korg bermula di sini. Lorong tgh dan lorong kanan terus tertutup dan xdpt dilalui. Tggl satu lorong. Dan bila jd mcm ni PEMBUNUH2 ni buat apa yg diorg sll buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dhla guna lorong kecemasan, bila smp tpt kejadian drive slow, smbl tgn pgg henpon nk ambil gmbr. Korg nk ambil gmbr bukti jenayah korg ke ape?

Eksiden berlaku lbh kurg pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yg smp adalah lbh kurg SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yg biasanya ambil masa xsmp 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tggl lg sorg rider. 

Ambulans kedua smp slps 2 JAM SETENGAH! Eksiden pkl 3:30 dan ambulans kedua dgn bomba smp dkt2 pkl 6 weh!Semua disebabkn PEMBUNUH2 ni yg dgn tanpa segan silu guna lorong kecemasan. 

Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami smp diorg stil respond dan separa sedar. Kami tgk sendiri condition diorg deteriorate dlm masa menunggu ambulans smp. 


Pandangan dari dalam ambulan yang terhalang.

Apa yg kami blh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diorg dari pengsan/tido. Masa ambulans smp diorg dh kurg response dan semakin lemah. Skrg diorg kt Hosp Seremban dan kami pn xtau apa condition diorg skrg. Harap2 diorg selamat walaupn harapan agak tipis.

Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korg sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tp disebbkn keBANGANGan korg org yg xbersalah jd mangsa.

Aku xdoa benda ni jadi kt korg blk, cukupla korg sedar dan xbuat lg. Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, igtlah yg korg juga mungkin akan jd PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hr ni aku rasa perasaan benci tu dh smp tahap maksima. Korang dh jd PEMBUNUH!

Berikut pula adalah video yang dimuatnaik oleh Puvan Barthiban yang merupakan petugas perubatan, video berkenaan menunjukkan ambulan menghadapi masalah untuk menggunakan lorong kecemasan untuk menyelamatkan kedua adik beradik ini. — Siakapkeli.my
Read more ...

Berusaha Mendapatkan Jodoh Ataupun Berusaha Mempersiapkan Diri?

Perempuan. 
Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.


Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.

Nak jaga hati.

Tak nak lagha.

Tak nak fikir yang sia sia.

Kadang kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.

Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.

Perjalanan dalam hidup ini jauh.

Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.

Salah satu cabang yang penting.

Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.

Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.Bila benci usah terlalu benci.

Selalulah untuk berada di tengah tengah.

Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.

Genggam kemas hati itu baik baik.

Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Ada satu masa.
Allah pasti akan satukan dua hati menjadi satu ikatan yang halal.

Mana yang lebih penting? Berusaha mendapatkan jodoh ataupun berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.


Read more ...

Friday

Perkhidmatan ATM Dan ‘Online’ Maybank Tergendala Hujung Minggu Ini


Beberapa perkhidmatan Maybank termasuk pengeluaran wang daripada mesin ATM dan akses ke laman web tidak boleh digunakan dalam tempoh tertentu pada Sabtu dan Ahad ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan seluruh sistem bank. 

Sebagai contoh, perkhidmatan ATM tidak boleh digunakan dari pukul 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi manakala Maybank2u.com tidak akan boleh diakses dari pukul 3.00 hingga 7.00 pagi.

Seperti yang tertulis pada notis di bawah ini :


Dalam notis yang dipaparkan di laman webnya, Maybank menasihatkan pelanggannya untuk melakukan transaksi perbankan mereka lebih awal. "Kami akan berusaha untuk mengurangkan tempoh gangguan perkhidmatan ini dan memohon maaf terlebih dahulu bagi sebarang kesulitan yang timbul," katanya dalam notis itu. 

Beberapa perkhidmatan lain juga tidak boleh digunakan pada masa-masa tertentu. 

Pelanggan Maybank yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan hotline 24 jam di: 1300 88 6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (luar negeri). Untuk maklumat lanjut, layari Maybank2u.com. -mstar
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...