Thursday

Kisah Hidup Yasmin J Hunwick Di Novel’kan | Lahir di Dunia Bangkit di Syurga




Kisah Yasmin J Hunwick bukanlah satu kisah baru yang menitip di bibir rakyat Malaysia. Nama diberi Yasmin Johan Eusoffe dan lahir pada 22 Februari 1995 ini adalah pemilik nama gelaran Yasmin J Hunwick. Kisah menyayat hati yang terjadi pada malam 3 Jun 2012 lebih kurang jam 11:55 malam tidak akan hilang dari ingatan insan yang mengenalinya.

Kejadian yang menimpa Yasmin J Hunwick atau Yasmin Johan ini pernah trending di Twitter pada ketika itu memandangkan beliau adalah seorang yang agak popular dikalangan blogger di Malaysia walaupun masih di usia yang muda.

Yasmin pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda iaitu 17 tahun. Pemergiannya juga begitu tragis dan mengundang air mata sesiapa sahaja. Yasmin hanya seorang gadis biasa, berparas rupa yang ayu dan berjiwa muzik. Permainan muzik kegemarannya adalah Piano. Yasmin juga tidak lekang dengan senyuman yang menyejukkan hati sesiapa sahaja. Yasmin sama juga seperti kebanyakkan remaja lain yang aktif di Twitter, Instagram, Facebook dan sebuah blog diari hidupnya.

Ditakdirkan, arwah pernah memuatkan satu gambar buku di Instagram bertajuk “BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR” dan bersama caption “This book kinda interesting” yang ditulis oleh arwah sendiri dan itu merupakan posting Instagram terakhir yang dilakukan arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggang bersama 2 rakannya. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah van pelancong di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi ketika cuba membuat pisangan U. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
ohartis-yasmin-johan-2
Biodata Arwah yang diambil terus dari blog arwah.

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
NOVEL
  
Teaser yang kami lakukan di Facebook Oh! Media selepas buku diterima.
Jika anda berminat untuk mendapatkan novel ini (kini tinggal 150 naskah sahaja lagi), ianya hanya berharga RM30 termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Anda boleh menghubungi Facebook penulis novel ini, saudara Syimir melalui Message di Facebook [klik] secara terus. Untuk makluman, novel ini tidak dipasarkan di mana-mana tempat lain selain dari terus menghubungi penulisnya sahaja. Anda juga boleh LIKE pages khas untuk Novel ini di Facebook.
Banyak kisah menarik tentang kisah hidup seorang Yasmin yang menjadikan dia sangat istimewa dan hidup di hati ramai yang lain biarpun tidak pernah mengenali Yasmin secara peribadi. Kisahnya dibukukan untuk menjadi tatapan kenangan dan juga pengajaran untuk kita yang masih bernyawa. Umum tahu mengenai kisah mimpi yasmin beberapa bulan sebelum kematiannya dan dalam buku ini terungkai semua petanda dan juga kisah eksklusif terus dari keluarga arwah yasmin. Ianya amat menyentuh perasaan.

Video di bawah ini adalah kompilasi video arwah Yasmin yang masih ada untuk tatapan kita yang masih ada.
Blog arwah masih wujud sehingga kini dan dijaga dan dikemaskini rapi oleh ibunya. – http://misschronicz.blogspot.com



moga ditempatkan dalam syurga~ :)


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...