Thursday

Tumbuhan Bertasbih&Memuji Allah S.W.T | Sains dan al-Quran





SEBUAH majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang membuat kajian mendapatisuara halus keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak dapat didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perekam tercanggih yang pernah ada.

Ilmuwan itu selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mencengangkan ini berhasil menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah ) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya mereka dapat menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik!

Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawa 'tidak ada penafsiran ilmiah' atas fenomena tersebut. Padahal seperti diakui oleh  profesor, pihaknya telah menyerahkan hasil penelitian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika juga Eropah. Tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu, bahkan semuanya tercengang tidak tahu berkomentar apa-apa lagi.

Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britain, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penelitian ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan. Maka ilmuwan Muslim tersebut mengatakan:

“Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak1,400 tahun yang lalu!”
Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan sangat untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian iti. lmuwan Muslim segera memetik firman Allah SWT

  • “…Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafazh jalalah (nama Allah) sebagaimana tampak dalam layar. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi aula di mana ilmuwan Muslim tersebut berkata.
  • Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah. 
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penelitian pengkajian ini,iaitu profesor William Brown menemui ilmuwan Muslim itu berdiskusi tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak dapat baca tulis) sebelum 1,400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah al-Qur`an dan terjemahnya kepada profesor itu.

Selang beberapa hari setelah itu, profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan:

“Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang bisa menafsirinya. Tetapi satu-satunya tafsir yang dapat kita temukan adalah dalam al-Qur`an.

Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan syahadatain: “Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”

Seorang profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terperangah. Allahu akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam! 
(IH/DZ/Faiz) 



Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark  



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(Al-Israa' 17:44) | <Embed> | English Translation |
Read more ...

Wednesday

[Video]Tips Menghafal Al-Qur'an Oleh - Syaikh Wahid Abdus Salam Bali









Dulu,Aku selalu dengar  surah al-Mulk  bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy    kat earphone...dan ikut bacaan  sambil melihat bacaan tersebut pada al-Quran..الحمد لله ,lama-lama  terus ingat..."Tak ku sangka,tak ku duga boleh ingat "  Jom ramai-ramai2 download MP3 al-Quran by Sheikh Mishary Rashed Alafasy!!!!! 


belajar tafsiran surah tersebut dari kitab-kitab ulama ...faham....,hayati semasa baca surah tersebut.. :)  aku yakin hampa buat ,menitis air mata..

..baca dengan betul
..dah  hafal ,jangan tinggal..amalkan, :)

Read more ...

Kisah Abu Bakar & Malaikat Datang Mengelilingi




Suatu hari,semasa Abu Bakar dan Rasulullah sedang berbincang bersama-sama di beranda masjid,tiba-tiba datang seorang lelaki Badwi menghampiri mereka dan mengeluarkan kata-kata penuh skeptis dan penghinaan kepada Abu Bakar.Namun,putera Abu Quhafah ini tidak marah.Dia hanya diam bahkan tersenyum.Rasulullah pun tersenyum melihat kesabaran Abu Bakar.

Si Badwi terus mencaci-maki Abu Bakar dengan kata-kata kesat.Abu Bakar hampir sahaja terpancing emosinya,namun dia berusaha diam dan terus membalas caci-maki si Badwi dengan senyuman.Rasulullah juga tersenyum melihat kesabaran Abu Bakar.Ternyatan Si Badwi semakin rancak menista Abu Bakar,bahkan kali ini dia mengumpat putera Abu Quhafah dengan perkataan kotor.Abu Bakar akhirnya hilang sabar dan marah.Dia memarahi si Badwi.

Melihat hal tersebut,Rasulullah terus pergi.Rasulullah bahkan pergi tanpa mengucapkan salam sekalipun kepada Abu Bakar.Setelah mendapati sahabat sejatinya pergi,Abu Bakar menyedari kesalahannya.Di segera mengejar Rasulullah dan meminta maaf.Putera Abu Quhafah ini berkata,

"Apakah yang menyebabkan engkau pergi meninggalkanku wahai utusan Allah?"Rasulullah menjelaskan,"Ketika engkau menahan marahmu,aku melihat ramai malaikat Allah yang mengelilingi kamu.Maka akupun tersenyum."

Senasa dia mencabar kemarahanmu untuk kali kedua dan engkau mampu menahan emosimu,semakin banyak malaikat yang menglilingimu.Dan aku pun tersenyum.Namun saat dia mencabar kemarahanmu untuk kali ketiga dan engkau tidak mampu menahan marahmu,seluruh malaikat yang mengelilingi dirimu akan pergi meninggalkanmu,kemudian datang iblis menyertai dirimu.Maka aku pun pergi kerana aku tidak ingin dekat dengannnya.Aku juga tidak mahu memberi salam kepadanya.[Sahih Muslim.Karya Imam Muslim(1028)] 



Read more ...

Tuesday

Pemandangan di Bawah Awan! سبحان الله

Jakob Wagner is a photographer from Herdecke, Germany. After completing a three-year apprenticeship, Jakob has been living in Dusseldorf as a freelance photographer, image editor and photo assistant. When he’s not on assignment, he devotes much of his time and passion to his personal photography projects that will eventually culminate in future books and exhibitions. Much of his work centers around aerial photography as well as nightscape, landscape and cityscape photography.
In this series, entitled Sea of Clouds, Wagner took aerial photographs above the Mediterranean Sea. You can see the entire series along with many other amazing projects at his official website jakobwagner.eu. You can also find an extensive portfolio of his work on Behance. For signed and limited edition prints, please contact Jakob direct.

1.

aboove the clouds jakob wagner (1)
Photograph by JAKOB WAGNER


2.

aboove the clouds jakob wagner (2)
Photograph by JAKOB WAGNER


3.

aboove the clouds jakob wagner (4)
Photograph by JAKOB WAGNER


4.

aboove the clouds jakob wagner (3)
Photograph by JAKOB WAGNER


5.

aboove the clouds jakob wagner (5)
Photograph by JAKOB WAGNER



JAKOB WAGNER
Website | Behance
Read more ...

Friday

Apabila Cinta dihalang

Cinta Itu Adalah Fitrah..
Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram

Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.

Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.

Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/cinta-itu-adalah-fitrah/#ixzz2N8MIKgLP


Sahih Muslim Hadith no. 4803

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?. [info]


Akibat Cinta Dihalang





                         http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=266456

Paderi (Pastor) Kristian (Protestant) boleh kahwin, paderi (godfather) kristian (Catholic) tak boleh kahwin.










 
PHILADELPHIA: Seorang paderi kanan Amerika Syarikat menolak tuduhan menyembunyikan kes paderi mencabul kanak-kanak pada minggu ke-9 perbicaraan mengenai salah laku seksual dalam gereja Roman Katolik negara itu dalam tempoh lebih satu dekad lalu. 



Antara fakta yang menggemparkan ialah Laporan Persidangan Paderi Katolik Amerika lebih 10,000 tuduhan mengenai pencabulan seks oleh paderi di negara itu antara 1950 hingga 2002.

William Lynn mengaku mengarahkan seorang paderi tinggal di pekarangan gereja bersebelahan sekolah rendah apabila paderi itu dituduh mendera dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun.

Lynn, 61, memberi keterangan mempertahankan diri atas tuduhan melindungi paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual dengan memindahkan mereka ke gereja lain. Dia berdepan hukuman penjara 28 tahun jika disabit kesalahan. 



Sebagai setiausaha paderi di bawah Kardinal Anthony Bevilacqua, Lynnn menyelia paderi di sini selama 12 tahun. Dengan 1.5 juta anggota, Philadelphia Archdiocese (pentadbir paderi) yang keenam terbesar di Amerika. 



Lynn memberi keterangan cara dia menguruskan aduan penderaan pada 1990-an ke atas paderi Edward Avery yang dilucutkan jawatan. 



Avery, yang dijadual dibicarakan bersama Lynn, mengaku bersalah beberapa hari sebelum perbicaraan bermula dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas jenayah seks. 

Lynn memberi keterangan pada 1990-an, seorang pemuda mengadu Avery mencabulnya 20 tahun sebelum itu di kediaman paderi pada 1970-an. 



“Avery menyentuh dan mencabulnya,” kata Lynn yang memberitahu dia bersemuka dengan Avery dan apabila tertuduh menafikan tuduhan, Lynn mencadangkannya dihantar ke hospital Katolik untuk paderi bermasalah. 



Selepas beberapa tahun perkembangan menggalakkan di sana, Lynn mencadangkan paderi itu bekerja semula tetapi ditolak Bevilacqua, yang mengarahkan Avery ditempatkan ke sebuah asrama paderi. – Reuters




Read more ...

Saturday

Rutin harian Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy | doktor yang ulama.


                                           Dr. Yaser Borhamy (kiri) dan Syaikhuna Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (kanan)



Semalam semasa kelas qadaya fikriyah di ma'had al-Furqan, Syaikhuna Hesyam al-Asyqar ketika membicarakan perihal iman dan amal, beliau menceritakan kepada kami betapa kagumnya beliau terhadap Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy.

Dr. Yaser Borhamy kehidupan rutin hariannya penuh dengan dakwah, bermula dari solat fajar menjadi imam di masjid, kemudian memberi kuliah subuh di masjid pula.

Kemudian pergi bekerja di klinik, apabila masuk solat zohor beliau menjadi imam masjid kemudian memberi pula kuliah syarah Sahih Muslim selepas zohor di masjid tempat beliau bekerja.

Kemudian masuk semula ke klinik sakit pakar kanak-kanak untuk bekerja semula.

Klinik beliau pula di pintu hadapannya terpampang jelas notis:

 "wahai saudara, jika mahukan diskaun harga rawatan atau mahukan rawatan percuma maka beritahu sahaja, Allah berfirman bertolong bantu lah dalam kebaikan..juga sesungguhnya sesama muslim adalah bersaudara"

Solat asar beliau manjadi imam, kemudian masuk klinik. Solat maghrib juga beliau menjadi imam masjid, kemudian beri pula kuliah selepas maghrib hingga hampir isyak.

Kemudian bertolak pula ke masjid al-Taqwa untuk menjadi imam solat isyak, kemudian memberi pula kuliah aqidah dan fiqh di masjid al-Taqwa.

Kini baru daku tahu kenapa al-Syaikh selalu lambat datang masjid al-Taqwa dan kami biasa solat isyak lewat kerana menunggu beliau mengimami kami, rupanya beliau ada kuliah selepas maghrib di masjid lain sebelum datang ke masjid al-Taqwa untuk mengimami isyak dan beri kuliah selepas isyak pula.

Kemudian selepas isyak beliau biasanya akan ada meeting pula berkaitan masalah kenegaraan dan politik negara pula. MasyaAllah, al-Syaikh menjalani rutin harian penuh untuk dakwah.

Moga Allah merahmati dan memelihara Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy. Ameen.


 

Read more ...

[Q&A Fathi al-Sakandary] Siri 13 - Hadith Diet Rasulullah SAW


Soalan:

 






Jawapan:
Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd.
# Penjelasan status hadith diet Nabi SAW:
1- Hadith yang dinyatakan dalam poster itu adalah Palsu, kesemuanya adalah Batil, Tiada Asalnya. Kesemuanya tiada dalam al-Qur'an dan tiada juga dalam hadith, baik hadith Sahih, Dha'if ataupun Palsu.

2- Menisbahkan diet sebegini kepada Baginda SAW adalah merupakan satu pendustaan kepada Baginda, celakalah fulan yang mencipta hadith ini dan telah tetap neraka bagi mereka yang menyebarkan poster ini kecuali bagi mereka yang bertaubat. Nabi SAW bersabda dalam hadith yang Sahih: "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim] 

# Disiplin penting dalam menyebarkan hadith Nabi
3- Ramai manusia suka menyebarkan hadith-hadith Nabi SAW dalam internet terutamanya Facebook. Mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW: "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat". 

4- Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
"sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".

5- Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa hadith yang sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada bahagian akhir hadith berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

6- Oleh itu sebelum anda ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW itu, jangan lupa ancamannya, tanya dulu diri anda sekurang-kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?. Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila anda telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW. 

# Asal usul diet ini
7- Diet ini tiada dalam al-Qur'an atau mana-mana hadith, sebaliknya ia terdapat dalam kitab Taurat dan Talmud kaum Yahudi kini. Amalan diet ini sebenarnya adalah peraturan diet agama Yahudi yang dikenali sebagai "Kosher" (Hebrew = כשר ) atau "Kashrut" (Hebrew = כַּשְׁרוּת). 

8- Kosher/Kashrut adalah set peraturan makanan dalam agama Yahudi sebagaimana yang dijelaskan dalam Torah (Taurat) dan tafsir/syarah bagi Torah iaitu Oral Torah (Talmud). Misalnya larangan memakan daging berserta susu terdapat dalam Exodus 23:19; Exodus. 34:26; serta Deutronomy 14:21 (rujuk disini: http://www.mechon-mamre.org/e/et/et02.htm).

Oral Torah (Talmud) ketika mensyarahkan ayat-ayat ini menyatakan bahawa ia bermaksud daging tidak boleh dimakan beserta susu. Kemudian para Rabbai Yahudi memperluas larangan ini mencakupi ayam, iaitu ayam juga dilarang makan bersama susu. Tidak cukup dengan itu kitab Talmud juga melarang mencampurkan daging dan ikan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm , http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Rules , http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Separation). 

9- Bagi Yahudi yang beriman dengan Torah dan Talmud, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan makanan ini, kerana ia adalah arahan Tuhan bagi mereka sebagaimana yang dikhabarkan dalam kitab "suci" mereka. Para saintis Yahudi menjelaskan bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai hikmah agar lebih menyihatkan badan tiada buktinya dari segi sains,
Maka para Rabbai Yahudi menyimpulkan "kita mengikut peraturan ini semata-mata kerana ia arahan Tuhan" atau Islam menyebutnya "ta'abbudi". Para Yahudi mematuhi peraturan makanan ini sebagaimana para Muslimin mematuhi peraturan makanan yang disyariatkan dalam al-Qur'an dan Hadith tanpa soal iaitu dengan semata ta'abbudi. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Why)

# Melayu ini Islam atau Yahudi?
10- Persoalannya, kenapakah kaum melayu yang "dinobatkan secara percuma" oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai beragama Islam secara tiba-tiba mengekori syariat Yahudi pula??

11- Adakah kamu lupa hadith yang berbunyi "َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ - Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka" [Hadith Mauquf Sahih sebagai kata-kata Huzaifah dengan hukum Marfu' , rujuk penjelasan terperinci statusnya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/11/penjelasan-status-hadith-barangsiapa.html]. 

12- Atau adakah kamu sudah menyerah kalah kepada Yahudi hingga mahu mengikut jejak langkah mereka, lupakah kamu akan firman Allah SWT: "وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ - Orang-orang Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan senang kepada kamu hinggalah kamu mengikuti agama mereka" [al-Baqarah: 120]. Dimanakah wala' dan bara' kamu? kepada Allah dan Rasul atau kepada Yahud? 

13- Tidak cukup dengan itu, kenapa perlu berdusta pula kepada Baginda Nabi SAW, mengaitkan sesuatu perkara yang tidak pernah Baginda SAW sebut atau lakukannya, lupakah kamu akan sabda Nabi: "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim]? Adakah Syurga itu terlalu nyaman bagi kamu hingga kamu mahukan panas Neraka? 

# Apakah diet Nabi yang Sahih?
14- Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja. Thabit dalam hadith Nabi SAW bersabda: " الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ - seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392]. 

15- Adapun hadith dengan lafaz "نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع - kami adalah suatu kaum, yang tidak akan makan hingga merasa lapar, jika kami makan maka tidak sampai kenyang" , hadith ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadith Ahlussunnah, baik kutub hadith yang masyhur atau tidak masyhur.

Sebaliknya ia hanya dijumpai dalam kitab syi'ah!! iaitu kitab hadith syi'ah karya al-Sayyid al-Thabathabaie (laknatullah) bernama Sunan al-Nabi (bab makanan dan minuman, halaman 266). Tidak syak lagi bahawa hadith ini adalah hadith palsu, pendustaan kepada Nabi SAW dan berkemungkinan besar ia adalah ciptaan syi'ah (moga Allah melaknat mereka).
Kata-kata ini bukan saja dusta kepada Baginda Nabi SAW, bahkan ia bercanggah dengan sebuah hadith sahih yang menceritakan bahawa Abu Hurairah pernah disuruh Baginda Nabi SAW minum susu hingga perutnya penuh kenyang. Iaitu hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Jami'nya al-Sahih (no. 6452). 

Hadith Abu Hirairah tersebut memberi faedah bahawa bolehnya makan minum hingga perut kenyang, namun kenyang itu bukanlah hingga boleh memudharatkan diri, hingga kenyang masih mahu tetap makan dan makan dengan banyak. [Lanjut rujuk Siri Q&A no. 8 yang lalu disini: https://www.facebook.com/note.php?note_id=186438404777695 ]
Sekian, Allahua'lam
Muhammad Fathi bin Ali
Ma'had `Aaliy Li Quran wa `Ulimihi - al-Azhar al-Syarif
Iskandariah, Mesir

 



Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...