Saturday

Rutin harian Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy | doktor yang ulama.


                                           Dr. Yaser Borhamy (kiri) dan Syaikhuna Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (kanan)



Semalam semasa kelas qadaya fikriyah di ma'had al-Furqan, Syaikhuna Hesyam al-Asyqar ketika membicarakan perihal iman dan amal, beliau menceritakan kepada kami betapa kagumnya beliau terhadap Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy.

Dr. Yaser Borhamy kehidupan rutin hariannya penuh dengan dakwah, bermula dari solat fajar menjadi imam di masjid, kemudian memberi kuliah subuh di masjid pula.

Kemudian pergi bekerja di klinik, apabila masuk solat zohor beliau menjadi imam masjid kemudian memberi pula kuliah syarah Sahih Muslim selepas zohor di masjid tempat beliau bekerja.

Kemudian masuk semula ke klinik sakit pakar kanak-kanak untuk bekerja semula.

Klinik beliau pula di pintu hadapannya terpampang jelas notis:

 "wahai saudara, jika mahukan diskaun harga rawatan atau mahukan rawatan percuma maka beritahu sahaja, Allah berfirman bertolong bantu lah dalam kebaikan..juga sesungguhnya sesama muslim adalah bersaudara"

Solat asar beliau manjadi imam, kemudian masuk klinik. Solat maghrib juga beliau menjadi imam masjid, kemudian beri pula kuliah selepas maghrib hingga hampir isyak.

Kemudian bertolak pula ke masjid al-Taqwa untuk menjadi imam solat isyak, kemudian memberi pula kuliah aqidah dan fiqh di masjid al-Taqwa.

Kini baru daku tahu kenapa al-Syaikh selalu lambat datang masjid al-Taqwa dan kami biasa solat isyak lewat kerana menunggu beliau mengimami kami, rupanya beliau ada kuliah selepas maghrib di masjid lain sebelum datang ke masjid al-Taqwa untuk mengimami isyak dan beri kuliah selepas isyak pula.

Kemudian selepas isyak beliau biasanya akan ada meeting pula berkaitan masalah kenegaraan dan politik negara pula. MasyaAllah, al-Syaikh menjalani rutin harian penuh untuk dakwah.

Moga Allah merahmati dan memelihara Syaikhuna Dr. Yaser Borhamy. Ameen.


 



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...