Sunday

KECERDASAN VISUAL-RUANG

Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...