Tuesday

Street Light Interference-Gelombang Otak yang memadamkan Lampu


SUATU malam,ketika anda berjalan melewati sebuah lampu jalan yang sedang menyala,secara tak sengaja lampu tersebut padam secara tiba-tiba,seakan-akan menolak kehadiran anda.Namun ia kembali menyala apabila anda bergerak lebih jauh daripadanya. Pernahkan anda mengalami situasi sebegini?Mungkinkah ia hanya sekadar kebetulan ataupun suatu fenomena yang boleh dijelaskan melalui sains? Adakah kebetulan?Bagaimanapun,apabila carian dilakukan,ternyata fakta yang ditemui agak mengejutkan.
Fenomena ini sebenarnya telah dialami oleh ramai orang di seluruh dunia.Bahkan,ia telah pun diberi nama dan mempunyai halaman wikipedia sendiri.Fenomena tersebut digelar Street Light Interference atau singkatannya SLI.

Orang yang bertanggungjawab mengetengahkan perkara inisecara ilmiah Hillary Evans dari The Association for the Scientific Study of Anomalous Phenomena(ASSAP).Beliau telah melakukan kajian terhadap 77 orang responden dan kemudian menerbitkan sebuah buku bertajuk SLIders.The Enigma of Street Light Interference pada tahun 1993.Dalam kajiannya itu,beliau menggelar orang yang pernah mengalami situasi ini dengan sebutan SLIders.

Salah seorang daripada respondennya yang bernama Debbie Wolf menyatakan bahawa lampu jalanan itu hanya akan terpadam sekiranya didekati,tetapi akan kembali bernyala apabila berada dalam jarak yang agak jauh.Perkara itu berlaku secara berulangan setiap kali dia melalui jalan yang sama.Pada mulanya Wolf ia disebabkan oleh kerosakan pada papan litar lampu jalan tetapi apabila lampu tersebut ditenung pada jarak jauh,ia sedikit pun tidak terpadam sepanjang malam.

Salah seorang SLIder ternama dari Inggris bernama Debbie Wolf menceritakan kepada CNN:
"Ketika itu terjadi, biasanya saya sedang tertekan karena suatu hal. Tidak berarti stress berat, namun ketika saya benar-benar memikirkan sesuatu dengan keras di dalam kepala saya, maka hal itu terjadi."
Debbie adalah SLIder yang juga mampu mempengaruhi peralatan-peralatan elektrik lain. Menariknya, Debbie menceritakan kalau ia pernah mematikan satu deret lampu jalan ketika ia melewatinya dengan sepeda motor. Untuk kasus Debbie, mungkin kita bisa berasumsi kalau tubuhnya mengandung listrik yang cukup kuat sehingga bisa mempengaruhi lampu jalan dan juga peralatan elektrik lainnya. Namun, untuk SLIder lainnya, mengapa gelombang otak mereka hanya bolehmempengaruhi lampu jalan? Kedengarannya sangat tidak masuk akal. Walaupun banyak kes yang dilaporkan mengenai SLI,tetapi ia agak bervariasi.Ada SLIder yang hanya mampu mempengaruhi satu lampu jalan sahaja.Ada SLIder lain yang hanya mampu mempengaruhi sederet lampu jalan.Dalam kes lain ,seorang SLIder beruapaya mematikan lampu ketika ketika berda tepat di bawah lampu tersebut,namun ada juga yang mampu memadamkannya dengan berdiri beberapa meter daripada subjek.Variasi-variasi seperti ini membuatkan SLI menjadi semakin sukar untuk diteliti kerana memiliki pola yang tidak teratur. Sebahagian kes lain,SLIders bukan hnya memadamkan lampu jalam,tetapi ada laporan yang menyebut tubuh mereka turut mempengaruhi peralatan elektronik sperti televisyen,radio,jam digital dan pemain cakera padat.

Secara umum,Evans menolak perkara ini mempunyai kaitan dengan aktiviti paranormal,tetapi lebih selesa mencari jawapan dari sudut saintifik.Malah menurutnya,sesetengah SLIders tidak mahu menceritakan pengalaman ini kepada orang lain kerana takut dianggap sebagai seorang yang tidak siuman atau gila. Bagaimanapun,jika seseorang itu mampu memadamkan lampu jalan tanpa memetik suis,aka perkara ini sudah menjadi suatu teka-teki yang cukup membingungkan.Justeru,apakah yang menyebabakan perkara ini terjadi?

Jelas Evans,salah satu masalah utama yang dihadapi dalam penelitian mengenai fenomena ini ialah untuk mengulangi semula perkara ini.Dalam kebanyakan eksperimen yang dilakukan,SLIder tidak berupaya memadamkan lampu sperti yang didakwa.Kebanyakkan mendakwa ia hanya berlaku secara kebetulan tanpa disengajakan.Disebabakan itu,sebahagian besar penelitian berpendapat fenomena ini mungkin berkaitan dengan gelombang elektrik di dalam otak yang tanpa disedari telah memicu berlakunya SLI.Benarkah begitu? Menurut pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,Universiti Kebangsaan Malaysia,Mohd Haniff Osman,setiap pergerakan dan fikiran manusia dihasilkan oleh gelombang elektrik yang berhubung di dalam otak.Ia boleh diukur dengan menggunakan sejenis alat yang diberi nama Electroencepphalograph atau singakatannya EEG.Namun gelombang ini memiliki pengaruh terhadap tubuh manusia itu sendiri.

Bagaimanapun,jelas Haniff,segelintir orang percaya gelombang ini juga boleh mempengaruhi objek-objek di luar tubuh.Ia dikenali sebagai Mind Over Matter,iaitu fikiran yang mampu mempengiaruhi objek-objek fizik lain seperti telekinesis.Namun,berkemungkinan gelombang yang berjaya mempengaruhi keadaan itu hanyalah gelombang Beta yang berukuran antara 13 hingga 28 Hertz.Pada ketika ini,otak bekerja ‘berat’,sehingga menghasilkan gelombang yang agak besar.Biasanya,seseorang yang berada dalam keadaan stress atau marah yang melampau.Pendapat ini dilihat mempunyai aliran yang sama dengan salah seorang responden Evans yang mendakwa perkara itu terjadi ketika dia berada dalam perasaan emosional yang ekstrem. Bagi sesetengah peneliti lain seperti David Barlow yang merupakan seorang ahli astrofizik,beliau berpendapat fenomena ini tidak pernah wujud,sebaliknya ia hanyalah persepsi si pejalan kaki.Persepsi ini disebut sebagai Confirmation Bias,iaitu kecenderungan seseorang menerima informasi tanpa mempedulikan sama ada ia benar atau salah.

Apatah lagi,kebanyakkan lampu jalan menggunakan lampu sodium yang apabila sudah semakin ‘uzur’ ia akan menyebabkan proses-proses kimiawi berlaku.Ini akan menjadikan suhu lampu meningkat dan padam secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit.Jika secara kebetulan seseorang melalui di bawah lampu tersebut,berkemungkinan ia menganggapnya sebagai SLI. Sehingga kini,fenomena SLI masih belum berjaya dikupas secara memuaskan oleh sains dan jawapannya masih belum berjaya dikupas secara memuaskan oleh sains dan jawapannya masih tergantung.Dalam masa yang sama,Hillary Evans sendiri tidak menolak kemungkinan ia hanyalah sekadar fenomena yang berlaku secara kebetulan dan tidak mempunyai apa-apa erti.


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...