Sunday
Peralatan Perubatan
Tahukah anda bahawa alat-alat bedah dan perubatan penemuan para ahli perubatan tan muslim abad pertengahan,ternyata masih banyak yang digunakan dalam perubatan moden?Pada lebih kurang abad ke-11 Masihi,Abu Qasim mempelopori penggunaan tali dari(catgut) sebagai benang untuk menjahit luka pembedahan pada bahagian dalam tubuh.Kaedah ini masih masih digunakan dalam pembedahan moden,kerana tali usus nampaknya masih menjadi satu-satunya bahan semulajadi yang dapat diserap dan diterima oleh tubuh.Beliau juga memasang pengepit(forceps)untuk mengambil janin yang telah mati dari rahim.Seluruh alat ini dia gambarkan dalam kitab at-Tasrif.
dulu menggunakan forceps
Beliau juga yang buat pertama kali menggunakan benang pengikat luka dalam pembedahan,begitu juga menggunakan kaedah cauterization atau membakar kulit atau daging untuk menghentikan pendarahan.Alat-alat ciptaan Abu al-Qasim lain termasuk jarum jahit untuk pembedahan,pisau bedah,alat untuk kuret,retractor,sudu bedah ,pengait bedah dan spectula gergaji tulang.
Sementara itu,seorang ahli bedah dari Iraq bernama Ammar bin Mawsili menemui picagari pertama pada abad 9 M.Beliau menggunakan sebuah tabung kaca yang berlubang pada bahagian tengahnya dan mekanisme penyedut untuk mengangkat dan memindahkan lapisan katarak dari mata pesakitnya.
Prestasi Abu al-Qasim ini mendapat pujian langsung dari para hali perubatan Barat moden seperti yang ditulis oleh Paul Valley dalam artikelnya How Islamic Invertors Changed the World,The Independent,11 Mac 2006
carian anda:perkakas perubatan moden ,akan datang,sistem, sains dan alat-alat perubatan
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih