Friday
Sepotong ayat Al-Quran meruntuhkan teori ‘bumi adalah mendatar’..
Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar. Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud,
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.
Teori Ibnu Hazm memberi dimensi baru dalam bidang astronomi. Miskipun diketahui bahawa terdapat beberapa individu daripada tamadun Yunani purba seperti Pythagoras(570M-495M) dan Parmenides(hidup pada abad ke-5 sebelum masihi) telah mendakwa bumi adalah sfera namun pembuktian tersebut masih diragui dan dipersendakan oleh masyarakat pada era mereka. Teori Ibnu Hazm telah memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung kepada kepada ramai ahli astronomi selepasnya seperti Al-Idrisi(1099-1165), Ibnu As-Shatir(1304-1375), Nasiruddin al-Tusi(1201-1274) dan ramai lagi.
Boleh dikatakan bahawa manuskrip-manuskrip ahli-ahli astronomi Islam pada abad pertengahan menggambarkan bumi adalah sfera sedangkan di Barat, ramai cendikiawan mereka masih ragu-ragu dengan fizikal bumi yang sebenar-benarnya. Pembelajaran di Eropah pada abad pertengahan juga menerapkan konsep bumi adalah mendatar. Malahan ketika Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan memulakan perlayaran sudah ada kata-kata daripada ahli astronomi mereka meramalkan mereka tidak akan kembali dan jatuh terperosok ke lembah lautan.
Itulah hebatnya ulama silam. Ulama zaman dahulu tidak mengehadkan skop pengetahuannya kepada ruang lingkup agama dan ad-din semata-mata tetapi turut mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan subjek berkaitan sains dan logik. Atas semua sains dan logik, ia telah diterangkan secara terperinci mahupun tersirat di dalam al-Quran.
Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa al-Quran bukan kitab kosong sepertimana dakwaan para musuh-musuh Allah, akan tetapi sebuah kitab yang mengandungi hikmah dan pengetahuan yang luar biasa.
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami. menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-A’raaf 7:52)Oleh: http://takusahrisau.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih