Sunday

Solat dan Penglihatan Sains&Al-Quran/Hadis

  Dalam solat tumpuan mata ke satu titik iaitu tempat sujud ketika berdiri,rukuk,iktidal dan sujud menyamai teknik senaman otot mata ini.Proses ini diulang-ulang dalam rakaat yang berikutnya sama ada dalam solat fardu atau solat sunat.Semakin kerap dan semakin lama tempoh sesuatu solat itu dikerjakan,semakin lama otot mata kita bersenam dan keadaan ini baik untuk penjagaan atau rawatan mata.


Burung helang diciptakan Allah S.W.T dengan saiz mata yang kecil berbanding manusia tetapi penglihatannya cukup peka dan tajam.Jarak penglihatan burung helang adalah 3500 meter berbanding manusia normal hanya 500 meter.Bagi manusia yang rabun jauh jarak penglihatannya adalah kurang daripada 500 meter.Sejak dahulu lagi iaitu awaltahun 1900 manusia telah mengamalkan teknik senaman otot mata sebagai rawatan untuk mengubati penyakit mata seperti rabun jauh.Ternyata kaedah rawatan ini amat berkesan.

Pengasas teknik senaman mata ini  ialah Dr.Bates.Dr Yusof Abbas(2007) dalam bukunya 'Bio -mekanik Solat' menerangkan bahawa asas kepada  teknik ini adalah mata yang ditumpukan ke satu titik fokus di atas sekepeping kertas.Titik fokus diletakkan di hadapan mata pada jarak sama dengan ketinggian individu berkenaan.Pesakit yang rabun ini dikehendaki memandang tepat pada titik fokus untuk beberapa seketika.

Jarak kertas akan didekatkan pada mata pesakit dan pesakit diminta terus memandang titik dokus pada kertas tersebut pada tempoh masa yang tertentu.Akhirnya jarak kertas dikembalikan ke jarak asal.Dengan kaedah yang sama kertas ini diletakkan di bahagian kiri-kanan dan atas-bawah mata.Langkah ini di atas diulang-ulang pada masa lain dan pesakit dikehendaki memandang titik fokus pada kertas tersebut dalam tempoh yang agak lama.


 Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:145) | <Embed> | English Translation
Even if thou wert to bring to the people of the Book all the Signs (together), they would not follow Thy Qibla; nor art thou going to follow their Qibla; nor indeed will they follow each other's Qibla. If thou after the knowledge hath reached thee, Wert to follow their (vain) desires,-then wert thou Indeed (clearly) in the wrong

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).


jarak penglihatan manusia



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...