Monday

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

 1.Sepertiga Akhir Malam
Daripada Abu Hurairah bahawa sanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam,lalu berfirman;barang siapa yang berdoa,maka Aku akan kabulkan,barang siapa yang memohon,pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun,pasti Aku akan mengampuninya”.[Shahih Al-Bukhari,kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]

2.Ketika Berbuka Puasa Bagi yang Berpuasa
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a bahawa  dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada masa berbuka ada doa yang tidak ditolak”.[Sunan Ibnu Majah,bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No.1775.Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422.Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zuzaj 2/17].

3.Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah,sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah SWT,baginda menjawab.”Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu.” [Sunan-At-Tirmidzi,bab Jamiud Da’awaat 13/30,Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No.2782].

4.Doa Antara Azan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik R.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah.” [Sunan Abu Daud,kitab Solat 1/144 No.521.Sunan At-Tirmidzi,bab Jamiud Da’waat 13/87.Sunan Al-Baihaqi,kitab Solat.

5.Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang yang Sebelum Tidur dalam Keadaan Suci dan Berdzikir kepada Allah
Dari ‘Amr bin ‘Anbasah R.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”.[Sunan Ibnu Majah,bab Doa 2/352 No.3924.Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No.595]

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190].Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail”terbangun dari tidur pada malam hari.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...