Friday

Abbas Ibnu Firnas:Manusia Pertama Terbang




Abbas Ibn Firnas atau nama sebenarnya 'Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam di Sepanyol yang meninggal pada tahun 888.

Dilahir dan dibesarkan di Sepanyol di mana pada abad ke sembilan AD, keseluruh kawasan selatan Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Empayar Islam Andalusia di bawah pemerintahan Khalifah Islam di Cordova. Ketika itu Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia di mana ia adalah mercu kemuncak Kesenian dan Sains Islam. 

Pada tahun 822 masehi, seorang Khalifah 'Abd al-Rahman II menaiki takta dan baginda mengumpul orang - orang yang berkebolehan di istananya. Diantaranya seorang ahli muzik Iraq bergelar Ziryab ataupun nama sebenarnya, Abu al-Hasan 'Ali ibn Nafi'. 

Beliau dihalau dari Baghdad oleh seorang guru muzik yang cemburu dengan kebolehannya. Khalifah 'Abd al-Rahman II telah memanggilnya untuk berkhidmat di istana disamping menggajinya dengan gaji yang mewah. Beliau telah digelar "Ziryab" yang bererti Burung hitamdi atas kebolehannya menyanyinya, dan perwatakan dramatiknya. 

Semasa di Cordova, Ziryab mencipta membentuk pelbagai muzik baru. Dia turut memperkenalkan lute kepada Sepanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Beliau juga merupakan penaung bagi bidang sains di Cordova. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripada pengikutnya adalah seorang astronomi tempatan yang muda dan penyair bernama 'Abbas Ibn Firnas.






Pada tahun 852, di bawah pemerintahan Khalifah baru, seorang lelakil bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari sebuah menara di Cordova. Dia melayang ke bumi dengan menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan mengalami beberapa kecederaan ringan. Ibn Firnas yang masih muda ketika itu hadir dan menyaksikannya.

Seperti Ziryab, Ibn Firnas turut terbabit dalam pelbagai usaha di dalam mengembangkan ilmu. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia turut menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, serta menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia turut memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengimpot kuartz dari Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.

Diinspirasikan dari semangat Armen Firman, pada tahun 875, Ibn Firnas telah mencipta pelayangnya sendiri, dan menggunakannya melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Walaubagaimanapun, beliau gagal mendarat dengan baik. Beliau mengalami kecederaan di bahagian belakangnya dan pengkritiknya menyatakan bahawa ketika itu dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dimana Ibn Firnas tidak menyediakan ekor bagi pelayangnya, ataupun cara pergerakan serupa itu. 

Ibn Firnas meninggal dunia dua belas tahun selepas itu, di mana ia mungkin diakibatkan oleh kecederaan yang dialaminya.

Memetik kata - kata Philip Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab : 
" Ibn Firnas adalah manusia pertama di dalam sejarah yang melakukan percubaan saintifik untuk terbang. "


Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam 

pula sepatutnya mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, di mana seribu tahun sebelum Wright 
menerbangkan kapal terbang mereka, Ibn Firnas telah terbang di udara. 

Sebagai peringatan terhadap Ibn Firnas, negara Libya telah mengeluarkan stem sebagai memperingatinya. Negara Iraq telah membina patung peringatan di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya. Manakala sebuah kawan di permukaan bulan iaitu Kawah Ibn Firnas juga dinamakan sempena namanya.







No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...