Tuesday

Keajaiban Posisi Sujud Sains&Al-Quran/Hadis

    Sujud yang wajib sebanyak 34 kali dalam sehari menjamin aliran darah ke otak,khususnya darah di saluran vena.Ini menyebabkan pengembalian darah menuju ke jantung lebih mudah.Ini mengakibatkan kekuatan kontraksi dan degupan jantung meningkat sehingga dapat mencegah strok.Seperti limfatik,saluran vena tidak memiliki kekuatan kontaksi internal bagi mengepam darah.Berbeza dengan saluran arteri yang memiliki kemampuan kontraksi pada dindingnya.Oleh itu aliran darah dalam vena juga dibantu oleh posisi tubuh dan kontraksi otot.

     Kontraksi daripada otot-otot rangka yang membantu pergerakan darah di dalam saluran vena meringankan beban kerja jantung mengepam darah.Jantung kita yang berdenyut 70 hingga 80 kali setiap minit perlu dijaga.Tidak perlu terus-menerus membebaninya dengan kerja yang berlebihan.Apabila mencapai 80 tahun bererti jantung sudah berdetik 3 juta kali tanpa istirahat.Oleh itu,dalam aspek ini posisi sujud menyumbang kepada jantung yang sihat.

Dr.Tawfiq Elwan,profesor Fakulti Perubatan Universiti Alexandria,Mesir,melakukan kajian kepada gerakan solat yang berpengaruh dalam pencegahan penyakit Varises ataupun pelebaran abnormal saluran darah vena di kaki.

 Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

Dengan kajian yang teliti kepada penekanan dinding vena saphena pada sendi pergelangan kaki,Dr Tawfiq menemui penurunan tekanan kali selama sujud.Penurunan itu memberi kesempatan bagi vena yang mengalami tekanan sepanjang hari selama posisi berdiri beristirahat penuh.Posisi sujud membuatkan peredaran darah memiliki arah yang sama dengan kesan graviti dan mengurangkan sehingga 80 kali tekanan vena pada saluran darah vena kaki.Kedudukan sujud juga membetulkan janin dalam rahim.Ibu-ibu hamil yang memiliki kelainan kedudukan janin pada trismester kedua kehamilan biasanya masih dapat dibetulkan semula dengan melakukan posisi sujud setiap hari.


Seluruh berat badan tertanggung secara maksimum di atas otot-otot kedua-dua tangan, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Sedia maklum, bahawa aktiviti fizikal rukuk dilaksanakan dua kali secara berturut diselangi dengan iftirasy; berlaku pergerakan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, paha, kaki bahagian bawahan dan otot-otot lain. Anggota-anggota badan iaitu kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, kedua-dua tapak kaki dan kepala (dahi dan hidung) berkoordinasi secara aktif ketika sujud. Hal ini akan meningkatkan kecergasan semula jadi manusia.

Dalam bukunya 'The Brain Book',Peter Russell melaporkan bahawa kedudukan kepala di bawah meningkatkan kemampuan otak sebanyak 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat.Win Winger di dalam bukunya 'How to Increase Your Intelligence' mengatakan kemampuan otak meningkat pada kedudukan kepala di bawah disebabkan peningkatan oksigen.Kajian lain yang dilakukan Ng Siew Cheok(2008) ,mendapati solat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara,memperkuatkan kuasa otak,menyediakan otak untuk menghadapi sesuatu cabaran dan rangsangan.


________________________________________________________________________________
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 


__________________________________________________________________________________

Allah ta’ala berfirman :
وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ
“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)”.QS. Al-‘Alaq : 19.

وقال صلى الله عليه وسلم : “أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد؛ فأكثروا الدعاء”
Dan telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Waktu yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah saat ia sujud. Oleh karena itu, perbanyaklah doa”[Diriwayatkan oleh Muslim no. 482]

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “نُهيت أن أقرأ القرآن راكعاً، أو ساجداً؛ فأما الركوع فعظموا فيه الرب، وأما السجود فاجتهدوا فيه بالدعاء؛ فإنه قمن أن يستجاب لكم”
Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Aku dilarang untuk membaca Al-Qur’an ketika rukuk atau sujud. Adapun ketika rukuk, agungkanlah Allah oleh kalian di dalamnya; dan ketika sujud, bersungguh-sungguhlah kalian di dalamnya untuk berdoa karena (pada waktu itu) layak bagi (doa) kalian untuk dikabulkan”.[Diriwayatkan oleh Muslim no. 479.]



يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ 
(  سورة القلم  42)
  (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ 
(  سورة القلم 43)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
"Abu ad-Darda' pernah berkata,'Sesungguhnya,aku sering mendoakan 70 orang saudaraku dalam sujudku.Aku sebut nama-nama mereka'(sila rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyyah,ar-Ruh,m.s160)
_________________________________________________________________________________
"darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu dalam keadaan sujud"

 Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Pengubatan Melalui Al-Quran”.
Kajian pengubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya bersesuaian apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara cara-cara yang digunakan adalah berpuasa, mengunakan madu, biji hitam (blackseed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu cukup lama, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu sedang dalam keadaan sujud.Sebab itulah kitab wajib solat 5 waktu. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa saat saja. Yakni, darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar Solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Columbia University State pernah melakukan penelitian tentang otak. Ternyata, di otak terdapat sebuah bahagian yang tidak dialiri darah. Tapi, bahagian tersebut dapat dialiri darah bila kita melakukan gerakan khusus seperti sujud yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu.
Walaupun tidak menyebutkan secara jelas tentang waktu-waktu tersebut, tapi waktu-waktu tersebut berada sekitar Solat Lima Waktu yang kita (Umat Islam) lakukan setiap hari. Kesan dari dialiri-nya bahagian dari otak tersebut adalah dapat menjadikan otak bekerja secara maksima. Sehingga, kemampuan otak dalam bekerja (seperti, menghitung, menghafal, belajardan lain-lain) boleh lebih baik dan tentunya menambah kecerdasan otak kita.

__________________________________________________________________________

sekian terima kasih,mohon sebarkan : D


carian anda : kologiarian anda:kelebihan sujud ,hikmah sujud,why muslim people sujud?,rahsia sujud,keajaiban sujud,rahsia sebalik sujud,faedah sujud,benefit of sujud,kesan positif sujud,sujud dari sudut psikologi us university kajian sujud posisi untuk orang senggugut us university kajian sujud salur darah ketika sujud sujud melancarkan peredaran darah


2 comments:

  1. assalamualaikum,, nak tanye,, mane awak dpat sumber ni? sye nk buat research berkaitan ayat al-quran berkaitan sains dan persekitaran...harap boleh membantu,,thaks

    ReplyDelete
  2. pelbagai buku dan research internet ...
    berkaitan sains dan persekitaran...?urmm..not sure..
    buka bab penjagaan kebersihan dlm islam..ada hadis berkaitan..klau org amik benda2 yang bahaya kat tepi jalan lepas tu dia buang ,dpt pahala ..dia memudahkan dan mmberi manfaat pd org lain...islam jg melarang membuang sampah merata rata..

    ReplyDelete

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...