Saturday
Aku rindukan Al Quran setelah aku murtad
Magdalena seorang
wanita berusia 37 tahun. Muncul kemantapan hatinya untuk menentukan
jalan hidupnya yang terasa sangat disesali atas pengalamannya selama
ini.
Magdalena lahir dari keluarga Muslim yang biasa. Dia mengikuti Pengajian Al-Quran di sebuah bandar di Jawa tengah.
Akibat cetek pengetahuan
agama orang tuanya, Magdalena hanya mendapat pendidikan agama dari
Pusat Pengajian Al-Quran, tempat dia belajar mengaji iaitu hanya cara
membaca Quran.
Tanpa ada bimbingan
akidah dan dasar dasar keimanan yang kuat, maka Magdalena cenderung
untuk bergaul dengan rakan-rakan bukan Muslim. Persekitaran tempat dia
tinggalnya juga majoriti bukan Muslim.
Pada usia remaja,
Magdalena mula berani untuk pergi ke tempat ibadat agama lain dan tidak
dilarang oleh orang tuanya hingga akhirnya dia berfikir bahawa semua
agama adalah sama saja. Magdalena juga mempunyai kekasih yang bukan
Muslim.
Selepas menamatkan
persekolahan, Magdalena memberanikan dirinya untuk berbicara dengan
orang tuanya agar mengizinkan dia untuk mengubah agamanya.
Ayah yang dahulunya
tidak memperdulikan aktiviti anaknya akhirnya terkejut dan tersentak
dengan pengakuan dari anaknya. Ayahnya menentang kras keinginan
Magdalena untuk menjadi murtad. Namun dengan bantuan teman lelaki,
Magdalena berjaya melarikan diri dari rumah dan menumpang di rumah teman
lelaki tersebut.
Dari situ, Magdalena
berubah menjadi Murtad. Sebenarnya, dia belum mengerti betul itu maksud
keluar dari Islam. Semuanya dibutakan oleh cinta mendalam kepada kekasih
hati.
Hari demi hari dilalui
Magdalena dalam masa pembelajarannya, yang akhirnya dia menerima
pinangan dari teman lelakinya dan perkahwinan tidak melalui perkahwinan
agama pada tahun 2006 yang lalu ketika Magdalena berusia 32 tahun.
Namun masa berlalu dan
akhirnya sedikit demi sedikit mulai terbukalah tabiat masing masing dan
keburukan yang selama berkahwin yang membuat magdalena mula bertanya
apakah ini jodohnya? Lalu bagaimanakah dia yang sudah membawa Magdalena
kepada agama teman lelakinya. Dia bertanya pada dirinya, kenapa suaminya
tidak mengajar tentang agama itu lagi? kemanakah jemaah-jemaah agama
suaminya yang dulu sangat mengambil berat ketika mengetahui aku
berpindah agama aku?
Sekarang, sang suami
sudah mula memukulnya, mabuk dan berani menyimpan perempuan. Iya, kerana
dalam agamanya yang dia anuti ini sifat buruk itu tidak dilarang,
sebagaimana Islam sangat menjaga dan menguruskan secara total kehidupan
manusia mulai dari bangun hingga tidur.
Di sinilah awal
Magdalena mula mengingat kembali apa yang pernah dia pelajari dari
kehidupan orang tuanya dulu. Hingga suatu hari suami Magdalena berkata
akan menceraikannya kerana dia sudah tidak cantik lagi di samping itu
ada wanita idaman lain yang memikat hati suaminya.
Bagai jatuh ditimpa
tangga, Magdalena kehilangan pegangan dalam hidupnya. Dia cuba untuk
mendatangi pemimpin agama yang dia anut ketika itu. Apa boleh buat,
lebih baik bercerai, fikirnya. Dia cuba pindah tempat ibadah demi
mencari ketenangan batin hingga akhirnya dia diusir dan harus mencari
wang untuk cerainya diselesaikan di mahkamah. Disebabkan rumah tempatnya
tinggal selama ini adalah milik suaminya, dia berfikir tidak ada hak
untuk tinggal di sana.
Terjebak dalam keadaan
yang sangat kelam, Magdalena murung. Dia kerap mengunci diri dalam bilik
sewanya yang kecil, tidak mahu makan, dan enggan bersosial dengan jiran
yang lain.
Sampai suatu hari, jiran
sebelahnya sedang mengaji, membaca ayat suci Al-Quran, lembut dan
perlahan dan Magdalena akhirnya cuba untuk mendengar, dan hatinya
perlahan lahan mula terasa kesejukan dari lantunan demi lantunan ayat
suci Al-Quran yang dibaca oleh rakan sebelah bilik sewanya tersebut.
Akhirnya Magdalena
memberanikan diri untuk berkenalan dan meminta rakan sebelah biliknya
tersebut untuk membacakan ayat tersebut diulang dan diulang, dan diulang
pada bahagian yang sama.
Setiap hari dia menunggu
jiran sebelah biliknya tersebut pulang dari kerja dan diminta untuk
membacakan ayat yang sama dan dibaca semula hingga akhirnya Magdalena
boleh mengingatnya dan menirunya dan membaca sendiri,dan hafal.
Dia merasakan kelegaan
yang luar biasa, Tuhan telah mengangkat beban hidupnya dan ini menjadi
perkara baru dalam hidupnya. Sebuah kedamaian terhadap kegelapan semasa
dia meninggalkan Al-Quran, kelamnya dunia saat dia meninggalkan Islam
dan dirasakan Tuhan itu tetap ada dan terus menemaninya pada ketika
tidak ada seorang pun yang mempedulikan dia, iaitu Tuhan Allah Subhana
Wa Ta'ala.
Magdalena bertanya pada
dirinya, apakah dia akan rindu jika tidak pergi ke tempat ibadah
agamanya sekarang dan tidak juga tidak lenyap sepenggal ayat Quran yang
dia sudah hafal. Dia cuba untuk satu minggu tidak ke tempat ibadah agama
dia dan juga tidak ayat Quran masih dihafal, tidak ada perkara aneh
yang berlaku. Hatinya biasa sahaja, dua minggu dia lakukan perkara yang
sama.
Namun sekarang ada
kegelisahan tersendiri, hatinya selalu mengucap hafalan Quran yang dia
cuba untuk tidak diucapkan dalam dua minggu terakhir, sewaktu memasuki
akhir minggu ketiga, akhirnya dia tidak berasa rindu untuk ke tempat
ibadahnya yang sekarang ini.
Dia lebih rindu dengan
bacaan Quran yang dia hafal, yang akhirnya membuat dia membuka komputer
di internet, mencari bagaimana Islam, bagaimana menjadi seorang Islam
dan bagaimana hidup sebagai Muslimah. Segala kisah hitam itulah yang
akhirnya membawanya kepada Mualaf.com dan akhirnya menyertai sesi
kaunseling dengan chatting dan bertemu dengan pembimbing wanita mualaf.
detikislam
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih