Sunday

KECERDASAN NATURALIS

KECERDASAN NATURALIS
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.

Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya. Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung. Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahli-ahli falsafah yang telah Berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verbal-linguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam kehidupan beliau.


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...