Friday

Bicara Malam Pertama | 18thn ⇅ Owh Yeah

Saat dakap dalam tidur panjang..Saat yang dinanti Malam Pertama..



scroll down

↓ 
    

























































 but not malam pertama alam pengantin,tetapi Malam pertama di alam kubur.(>‿◠)

                                            r u ready?



Segangster  mana pun,perut boroi mahupun rupa brutal tapi dalam hati ada taman,dalam taman berbunga-bunga(─‿‿─).Saat hembusan nafas dan denyutan nadi terakhir pasti berlaku,bunga yang mekar akan layu akan mati.






Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)


 
  

Dr A’idh  Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.



Dari Ibnu `Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullah
s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada
baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara
kaum mukminin yang paling utama?

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antara
mereka.

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin
yang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati
kematian di antara mereka, dan yang paling bagus
persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang
yang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no:
4249.





Maksudnya: Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)



 Dari Tafsir Ibnu Kathir,

Allah Ta’ala berfirman bahawa walaupun para shuhada’ terbunuh didalam kehidupan dunia ini,  ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh.  Didalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan, “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini, وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;”

Beliau berkata,Kami bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم, soalan yang sama, Baginda bersabda,
[size=10pt]
«أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا»
[/size]

Ruh mereka didalam burung-burung hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala. Dan mereka berterbangan didalam syurga bila-bila mereka sukai.

 Allah melihat kepada mereka dan bertanya, “ Adakah kamu mengharap apa-apa?”. 

 Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka didalam syurga. Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid dijalan Engkau lagi”  Allah mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi”

Anas and Abu Sa`id . رضي الله عنه وسلم menyebut perkataan yang sama.

Imam Ahmad menyebut  Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, «الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا»

Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu syurga, didalam khemah berwarna hijau dimana rezeki mereka didatangkan dari syurga siang dan malam.

Dari catitan ini kita dapat gambaran bahwa terdapat  ”bermacam2 syuhada, setengah mereka berada didalam syurga, dan sebahagian lain tetap ditebing sungai berhampiran syurga.  Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam.  Allah lebih mengetahui.

Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadis ini, ianya mempunyai sanad yang baik. 

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahwa ruh setiap mu’min akan mengembara didalam  syurga, memakan buah-buahannya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya.  Hadis ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab Bin Malik bahwa ayahnya menyebut, Rasulullah   صلى الله عليه وسلم   bersabda :


[size=10pt]
«نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»
[/size]

“Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan didalam syurga, sehingga Allah menghantar nya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”

Hadis ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung didalam syurga.  Sementara ruh para syuhada adalah didalam burung berwarna hijau.

Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini: [size=10pt]يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [/size]

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."

Muhammad bin Ishaq mentafsirkan,  Mereka (para syuhada’) sangat gembira kerana Allah Ta’ala telah memenuhi janjiNya bagi mereka.  Dan untuk pembalasan yang tidak terhingga yang mereka terima.

Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang dianugerah oleh Allah kepada para RasulNya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”

(tamat petikan kitab)



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...