Saturday
Kewujudan hutan batu
Satu jajaran hutan yang terletak kira-kira 75 kilometer di sebelah tenggara Kota Kunming, Yunan, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga kini. Hutan tersebut dipenuhi dengan batuan besar yang berusia jutaan tahun.
Lantaran keadaan semula jadinya begitu, lokasi tersebut digelar sebagai Hutan Batu. Bagi masyarakat sekitar khususnya penduduk etnik Yi Shilin, mereka menamakan kawasan itu sebagai Shilin.
Persoalan yang sering ditanya, mengapa kawasan tersebut digelar hutan batu? Apakah punca yang menyebabkan lokasi hutan itu dipenuhi batu-batu yang bersaiz besar?
Menurut seorang penduduk tempatan, Bi Yunhua, kawasan tersebut yang digelar hutan batu telah dikenali sejak berabad zaman lamanya. Mengikut keadaan permukaan bumi, kawasan itu adalah kawasan tanah tinggi yang mempunyai keluasan 12 kilometer kaki persegi.
Keseluruhan kawasan hutan batu ini terdiri daripada jajaran batu-batu kapur besar. Selain itu, hutan batu tersebut merupakan lokasi batu kapur yang terbesar di dunia. Jelasnya lagi, batu-batu itu boleh dilihat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Antaranya, menyerupai seperti pedang, wajah manusia, binatang dan lain-lain lagi.
Selain mempunyai pelbagai bentuk unik, batu-batu kapur ini juga dikatakan boleh mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk. Jelas Yunhua, terdapat satu kawasan digelar ‘Batu Loceng’ kerana batu di kawasan tersebut akan mengeluarkan dengungan seperti loceng apabila diketuk.
Tambah Yunhua yang bekerja sebagai pemandu pelancong di situ, kini kawasan hutan batu tersebut semakin terkenal dan sering dikunjungi para pelancong dalam dan luar negara. Kebanyakan mereka amat terpesona melihat pemandangan yang menakjubkan di hutan itu. Seorang pelancong dari Australia, Briana Lopez berkata, dia berasa kagum dengan keunikan hutan batu yang terdapat di sini. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat pemandangan luar biasa di situ dan ini adalah kali pertama dia menyaksikan hutan batu.
Pada tahun 2007, hutan batu Shilin akhirnya mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Selain kewujudan hutan batu di benua Asia, ia juga turut dijumpai di Madagascar, Afrika Selatan. Di kawasan ini, penduduk tempatan menggelarnya sebagai Tsingy. Sama seperti hutan batu Shilin, Tsingy juga wujud daripada pembentukan batu-batu kapur yang berusia 200 juta tahun lalu.
Hutan batu Tsingi adalah merupakan sebuah kawasan yang mempunyai keluasan sehingga 1530 kilometer persegi. Permukaan buminya terdiri daripada kawasan batu kapur yang berketinggian sehingga 100 meter.
Tsingi juga merupakan kawasan yang cukup terkenal bagi aktiviti sukan lasak. Permukaan batu kapur yang runcing serta tajam menjadi kegilaan para pemanjat bukit yang ingin mendakinya.
Selain itu, hutan batu Tsingi turut mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna yang sukar kita jumpai. Salah satu jenis spesies flora yang terdapat di kawasan hutan itu adalah pokok Pachypodium. Manakala, bagi spesies fauna pula terdapat satu jenis spesies monyet putih yang dikenali Lemur.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih