Monday

Sekolah Perubatan Pertama Umat Islam


Akademi inilah yang turut melahirkan sebilangan tokoh perubatan terkemuka,seperti ar-Razi,az-Zahrawi,Ibnu Sina,Ibnu Rushd,Ibnu an-Nafis dan Ibnu Maimon.Sekolah perubatan pertama yang dibina umat Islam adalah sekolah Jundishapur.Sekolah perubatan ini sebenarnya adalah sebuah akedemi yang didirikan pada abad ke-3 Masihi berhampiran kota Ahwaz,sebuah wilayah yang kini disebut Sanabad,Khurzistan.Wilayah ini termasuk dalam pemerintahan Empayar Persia Sasaniyah.Akademi ini didirikan oleh orang Kristian Timur yang berubah menjadi pemeluk Nestroian setelah berlangsungnya Persidangan Nicea.Tempat ini menjadi pusat kajian ilmu pengetahuan yang berjasa besar dalam memperkenalkan falsafah dan ilmu pengetahuan Yunani ke dunia Islam.

      Setelah Persia jatuh ke tangan pasukan muslim,Khalifah al-Manshur dari Dinasti Abbasiyah,yang mendirikan kota Baghdad,melantik Judis bin Bahtishu sebagai dekan sekolah perubatan itu.Pendidikan perubatan yang diajar di Junsishapur amat serius dan sistematik.Akademi perubatan ini mengajar prinsip kedoktoran ala Hippocrates dan Galen,selain juga menjadi pusat penterjemahan karya Yunani ke bahasa Syria dan Arab.

No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...