Thursday
Postur Berdiri Lurus
Postur berdri tegak,tenang,seimbang dan mantap adalah postur yang natural.berdiri tegak dan lurus ini menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu kepada edua telapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima dan menampung beban tubuh secara rutin.Penyusutan kepadatan pada pangkal tulang paha orang tua yang sering terjadi.Proses degeneratif menjadi penyebab retakan osteoporis. Pada usia yang lanjut proses katabolisme lebih mudah berlaku dan menyebabkan tulang lebih rapuh.Tulang belakang warga tua kelihatan lebih membongkok,vertebra menjadi lemah dan Memendek sehingga kita sering melihat warga tua menjadi lebih pendek berbanding usia mudanya.
Tulang kita adalah hasil daripada dua proses iaitu anabolisme iaitu pembentukan dan
katabolisme iaitu pemecahan.Pada usia yan muda proses anabolisme meningkat
sehingga tulang menjadi panjang dan makin kuat.Kekuatan-kekuatan tulang itu adalah
hasil daripada dua kegiatan iaitu penekanan dan penarikan oleh otot dan tendon yang melekat
pada tulang,Ini menghasilkan gerakan membengkokkan anggota atau dipanggil fleksi serta
meluruskan anggota yang dipanggil estensi
Arus elektrik dengan kutub yan berbeza berjalan pada sisi tulang mempengaruhi distribusi
fungsi sel seperti anabolisme dan katabolisme sel-sel tulang.Arus ini menentukan banyak
daripada aspek ativiti sel.Kajian membuktikan,terdapat pengurangan arus eletrik ini pada
orang yang berehat terlalu lama ataupun yang malas bergerak.Pergerakan arus eletrik
mampu menyebabkan tulang menjadi lebih nipis dan lemah.Contohnya angkasawan yang
lama berada di angkasa lepas di mana tiada tarikan graviti mendapati ototnya menjadi
lemah dan tulangnya semakin nipis sehingga tidak mampu menahan beban graviti bumi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih