Thursday

Saintis Dedah Kenapa Struktur Stonehenge dibina


Seorang saintis AS, Steven Waller percaya ilusi audio mencetuskan inspirasi kepada masyarakat purba untuk membina struktur batu Stonehenge di England.

Diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, bulatan bongkah batu berusia 5,000 tahun yang terletak di Britain itu menimbulkan pelbagai spekulasi  berhubung  tujuan struktur berkenaan dibina. Antara lain ia didakwa berfungsi sebagai sebuah balai cerap kuno, kuil matahari atau tempat penyembahan.
Namun, kata Waller, sejenis kesan gelombang bunyi yang diketahui para saintis pada masa kini tetapi menjadi misteri kepada manusia kuno, menyebabkan mereka membina Stonehenge. Kesan tersebut dikenali sebagai interferens akustik.

Ia berlaku apabila dua sumber bunyi seperti dua peniup alat muzik beg paip memainkan nota yang sama pada masa yang sama tetapi di lokasi berbeza di sebuah kawasan lapang. Apabila seseorang melalui beberapa sudut di kawasan lapang tersebut, dia akan mendengar kesan bunyi yang amat perlahan dan hampir tidak kedengaran disebabkan gelombang bunyi kedua-dua beg paip tersebut berlanggar dan melantun.
“Seolah-olah terdapat bongkah misteri yang menghalang bunyi tersebut. Begitu juga dengan bunyi guruh, dua bunyi guruh serentak bukan akan menjadi lebih kuat. Fenomena ini sukar diterangkan pada zaman dahulu,” kata Waller.

Menurutnya, masyarakat dahulu kala yang merasai kesan itu bertindak membina struktur batu Stonehenge bagi menggambarkan fenomena tersebut. Stonehenge terdiri daripada bulatan batu yang mengandungi 17 bongkah batu menegak seberat sehingga 45 tan. Bulatan batu itu ditutup dengan enam batu melintang yang didirikan menghala ke arah matahari terbit pada Solstis musim panas di daerah Wiltshire, England.

Sumber : Portal Pendidikan Sains Angkasa
Gambar : http://realtravel.com/dp-35095-0-stonehenge_photos

0 comments:

Post a Comment

Segala Pujian Bagi Allah Yang Menguasai Hari Pembalasan

Segala Pujian Bagi Allah Yang Menguasai Hari Pembalasan
Rasulullah S.A.W bersabda: يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَآَرَنِيْ، فَإِنْ ذَآَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَآَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِ نْ ذَآَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَآَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَ يَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْ هِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)). Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai de-ngan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia meng-ingatKu dalam dirinya, Aku mengingat-nya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mende-kat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat ke-padanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. (HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.) tiada kasih seluas kasih-Nya "Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(A-li'Imraan 3:31)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...