Saturday

Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi(yang ni betul)

baca selengkapnya...  semua manusia boleh berfikir dengan menggunakan logik akal.gunalah sebaiknya,di dlm Alquran terdapat kalimat "apakah kamu tidak kamu pergunakan akal","apakah kamu tidak berfikir?",terdapat juga " tetapi kamu tidak merasakan atau "dan kamu tidaklah merasakan atau "dan mereka tidaklah merasakan."

 adakah pagar satu objek yang hidup?adakah ianya yang mempunyai mulut dan menghadamkan makanan?TENTULAH tidak!masa aku sekolah rendah,aku pun tak tau apa.blurr ja,jadi tukang turut,apa yang cikgu cakap,yang tu yang aku anggap betul.ramai yang tidak tahu :) sekarang ada faham ka?

ini adalah betul-betul LOL!tak payah nak kutuk cikgu sekolah kamu,tegur ja dia baik-baik,dengan cara yang elok.


atau juga yang popular kita selalu dengar  “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan? Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

memang agak pelik,bila difikirkan baik-baik,ada apa?kenapa dengan melepaskan batuk di tangga?apa kena mengena  maksud dengan  buat kerja separuh jalan?dua kali LOL!







No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...