Sunday

Kincir Angin Paling Awal

Tahukah anda bahawa umat Muslim telah terlebih dahulu memanfaatkan kincir angin untuk menggerakkan penggiling berbanding dengan bangsa Eropah?Sekurang-kurangnya,menurut berbagai catatan manuskrip Islam,tenaga angin sudah mula dimanfaat di dunia Islam sejak era kepimpinan Khalifah Umar bin Al-Khattab iaitu lebih kurang tahun 634-644 M.Pada waktu itu,sang khalifah memerintahkan seorang penduduk Persia yang berkelayakan supaya membina penggiling yang digerakkan oleh tenaga angin.Sementara catatan sejarah yang lain menyatakan bahawa kincir angin sudah digunakan sejak abad ke-9 di Persia sebagaimana direkod oleh pakar geografi Persia Abu Ishaq Ibrahim ibn Muhammad al-Farisi al Istakhri "Estakhri" pada abad ke-9 sebelum akhirnya tersebar dan dikembangkan di Yunani dan kawasan Mediterranean.Salah satu catatan yang menggambarkan kincir angin pertama tersebut adalah seperti berikut:

"Sebuah gilingan batu dipasang pada pangkal silinder kayu yang berdiameter setengah meter dan tingginya 3.5 hingga 4 meter,dipasang berdiri pada menara yang menghadap ke tenggara untuk menerima hembusan angin dari arah ini.Silinder kayu tersebut mempunyai layar yang diperbuat dari seikat daun ush atau palma(yang mengingatkan kita pada gilingan menggunakan tenaga angin Eropah)yang dipasang pada pangkal roda.Kemudian angin berhembus ke menara dan menolak layar dengan kuat sehingga menggerakkan pangkal roda dan gilingan batu tersebut."

Rajah lakaran kincir angin model awal yang banyak ditemui di Timur Tengah pada abad ketujuh masihi.


Naskah tertua tentang kincir angin terdapat dalam tulisan Arab dari abad ke-9 Masehi yang menjelaskan bahwa kincir angin yang dioperasikan di perbatasan Iran dan Afganistan sudah ada sejak beberapa abad sebelumnya, kadang disebut Persian windmill. Jenis yang sama juga digunakan di Cina untuk menguapkan air laut dalam memproduksi garam. Terahir masih digunakan di Crimea, Eropa dan Amerika Serikat.

Kincir angin yang digunakan untuk menggiling jagung atau gandum ini biasanya dibina di atas istana atau di atas puncak bukit.Digambarkan bahawa penggilingm bertenaga angin tersebut merupakan kincir berpaksi vertikal dengan bilah berbentuk persegi.Dijelaskan juga bahawa kincir angin tersebut memiliki enam hingga dua belas layar yang dibalut dengan sejenis bahan kain.Kincir tersebut digunakan untuk menggiling jagung atau menimba air.Sementara di Eropah sendiri,teks tertua yang menyatakan tentang penggunaan kincir angin ditemui di Perancis dan ditulis pada tahun 1105 sehingga kemungkinan umat muslim telah memanfaatkan tenaga angin ratusan tahun lebih awal berbanding bangsa Eropah.


namun,riwayat ini masih diperdebatkan kebenarannya.

sekarang kincir angin sudah berubah mengikut perubahan zaman contohnya:Quiet Revolution qr5,WhalePower,Windspire,Mageen Air Rotor Systems (MARS),Windbelt,Honywell Wind Turbine,WePOWER.


sempoi~



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...