Monday
Bimbingan Rasul SAW Merawat Rasa Sakit dengan Ruqyah
Hadis riwayat Muslim dalam Shahihnya, dari Usman bin Abil Ash diceritakan bahawa ia pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. menceritakan sakit yang dialaminya di bahagian tubuhnya semenjak Ia masuk Islam. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan ‘bismillah ‘tiga kali, dan bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali:
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan ‘bismillah ‘tiga kali, dan bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali:
Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah dan keburukan yang kudapati dan kutakuti akan berlaku. "
Dalam rawatan ini terdapat beberapa hal, di antaranya: Menyebut nama Allah, menyerahkan urusan kepada-Nya, memohon perlindungann dengan kemuliaan dan kekuasaan-Nya dan bahaya rasa sakit. Semua cara itu dapat menghilangkan rasa sakit, kemudian diulang-ulang agar lebih mujarab dan lebih mengena. Sama halnya dengan meminum ubat yang juga mesti berulang-ulang agar boleh mengeluarkan zat penyakit.Bilangan yang 7 kali itu mengandungi keistimewaan tersendiri.
Di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi apabila menjenguk keluarganya yang sedang sakit, baginda mengusap tubuhnya dengan tangan kanan baginda sambil berkata:
“Ya Allah Tuhan sekalian manusia, lenyapkanlah rasa sakitnya, berikanlah kepadanya kesembuhan kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kerana pertolongan-Mu;kesembuhan yang tidak diiringi dengan sakit yang lain."

Ruqyah seperti itu mengandungi unsur tawassul kepada Allah melalui kesempurnaan rububiyah dan rahmat-Nya dengan memberi kesembuhan, sebab memang Allah satu-satunya yang boleh memberi kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu hanya berasal dari-Nya. Lalu ruqyah ini sudah mengandungi tawassul kepada Allah melalui tauhid, ihsan dan keyakinan kepada Rububiyah Allah.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih