Friday
Siapa Yang Membawa Syampu ke Dunia Barat?
Tahukah anda siapa yang memperkenalkan syampu kepada dunia Barat?Ianya adalah seorang muslim dari Bengali bernama Sake Dean Mahomet yang membawa syampu ke Eropah untuk buat pertama kalinya pada tahun 1759.Dia kemudian memperkenalkan syampoo ke Britain dengan dibukanya “Mohamed’s Indian Vapor Baths”atau “Mandian Wangi Gaya India Milik Mohamed”pada tahun 1759 di kawasan pelabuhan Brighton.Tempat mandi ini lebih mirip dengan tempat mandi model Turki atau Turkish Baths di mana ia juga menawarkan urutan terapi kulit kepala atau champi (mensyampu).
Khidmat mensyampu rambut ini begitu laris sehingga dia mendapat ramai pelanggan. Mahomed bahkan kemudian dilantik sebagai seorang “Pakar Khusus Mensyampu” bagi Raja George IV dan William IV.
Menurut ahli sejarah yang lain, perkataan “shampoo” muncul pertama kali dalam bahasa Inggeris pada tahun 1762, yang maknanya “mengurut.” Perkataan ini merupakan pinjaman dan rumpun bahasa Anglo-Indian “shampoo” yang juga diserap dan bahasa Hindi “champo” yang ertinya mengurut, melenturkan otot. Perkataan ini dapat ditarik lagi akar katanya dan perkataan “champa dalam bahasa Sanskrit, yang ertinya merujuk pada tanaman Michelia Champaca yang sering digunakan untuk membuat ramuan minyak rambut tradisional.
Sejak itu, para penggaya rambut Britain kemudian mula membuat syampu dengan cara merebus sabun buku dengan air mendidih yang dimasukkan dengan rempah untuk membuat rambut berkilau dan wangi. Kasey Hebert diketahui sebagai pembuat syampu model ini sehingga dia dikatakan sebagai pencipta syampu, padahal konsep “mensyampu” sendiri sudah diketahui oleh bangsa India muslim sejak ratusan tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih