Friday

Bimbingan Rasul SAW Merawat Luka Buah Pinggang yang Menyebabkan Kejang-Kejang

Di dalam kitab Gharibul Hadis, Abu Ubaid menyebut menerusi hadis Abu Usman An-Nahdi bahawa ia mengkhabarkan: “Beberapa orang melalui sebuah pohon lalu memakan buahnya, namun tiba-tiba tubuh mereka seperti dihempas angin hingga kejang-kejang. Kemudian Nabi s.a.w  bersabda:

“Sejukkan
air dalam kantung kulit lalu siramkan kepada mereka di antara dua azan.”

Kemudian Abu Ubaidah melanjutkan: “Mereka pun menyejukkan air tersebut. Maksud kantung kulit di sini adalah tempat minuman sejenis ghirbah. Di sini yang disebutkan adalah kantung air dan kulit, bukan gentong tanah hat, kerana bersifat dapat menyejukkan air. Maksud di antara azan di sini adalah antara azan Subuh dan qamat. Qamat di sini disebut juga sebagai azan.” Begitulah diceritakan oleh Abu Ubaid.

Sesetengah pakar perubatan menegaskan: Rawatan Nabi s.a.w. ini termasuk yang paling elok untuk jenis penyakit tersebut kalau Ia berlaku di negeri Hejaz, iaitu negeri yang bersuhu panas dan kering. Panas semulajadi akan menjadi lemah di dalam perut para penduduk negeri ini. Menjiruskan air pada waktu yang disebut dalam riwayat tersebut —iaitu waktu paling sejuk dalam sehari- bermakna mengumpulkan semua panas semulajadi yang menyebar dalam tubuh sesorang  yang mengusung tenaga tubuhnya hingga semakin kuat membentuk tenaga letup.Tenaga itu terhimpun dari seluruh tubuh hingga ke bahagian dalam tubuh yang menjadi sarang penyakit ini,kemudian tenaga letup itu akan mendorang penyakit keluar hingga hilang dengan izin Allah s.w.t jika Hippocrates dan Gelenius serta pakar perubatan lainnya menuliskan ramuan ubat ini untuk penyakit tersebut,pasti pakar perubatan lain akan tunduk dan merasa hairan terhadap pengetahuan mereka.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...