Saturday

Tukang Siul Profesional

Setiap orang ada kelebihan tersendiri dan bakat yang terpendam.Fred Lowery,merupakan salah seorang tukan siul profesional yang begitu berjaya sekitar tahun 1940-1950-an.Beliau seorang yang buta sejak umur 7 tahun lagi.Pada umurnya 2 tahun,dia mengalami demam denggi yang teruk sehingga menyebabkan dia telah dihantar ke Texas School di Austin yang disediakan khas untuk golongan cacat penglihatan.


Semasa dia berada di sekolah tersebut,Fred telah menyedari bahawa dia mempunyai kebolehan bersiul dengan baik dengan bunyi yang sangat merdu.Selain itu,Fred juga pandai meniru bunyi burung dan aksinya itu mendapat sokongan rakan dan guru sekolahnya supaya menunjukkan bakat serta kebolehannya di sekolah muzik Ernest Nicholast School.



Persoalannya, bagaimana Fred mampu menjadi tukang siul profesional?Sedangkan dia tidak pernah mempelajari sebarang teknik khusus?

Ketika itu, era penyiaran radio sedang berkembang secara pesatnya di seluruh dunia. Disebabkan keboleh annya itu, Fred telah diminta oleh stesen radio Dallas WFAA untuk menjadi ikon radio mereka. Malah dia juga telah digelar sebagal “Texas Redbird’ disebabkan kepakarannya bersiul seperti burung. Dia begitu dikagumi oleh rakan-rakannya kerana teknik siuIannya begitu hebat sehingga mereka tidak dapat membezakan antara bunyi burung sebenar dengan siulan Fed.

Walau bagaimanapun, sambutan pada ketika itu tidak begitu memihak kepadanya.Ini
kerana pada zaman itu, irama siulan masih belum diterima sebagai satu aliran muzik yang mampu menarik minat pendengar.Malah fenomena Fred ketika itu dianggap sebagai satu pembaharuan dalam sejarah muzik.
Justeru, pada tahun 1930, Fred teIah memutuskan untuk mencuba peluang baru di New York. Setelah beberapa bulan mencuba nasib, akhirnya dia telah mendapat tawaran kerja  oleh seorang tauke kelab malam bernama Vincent Lopez. Dia telah bekerja dengan Vincent hampir 4  tahun sebagai penghibur di kelab
tersebut. Akhirnya, dia diberhentikan kerana penonton sudah jemu dan tidak mahu melihat seorang lelaki buta bersiul ketika mereka Sedang makan.

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila dia diterima bekerja bersama Horace Heidt yang merupakan seorang pemain muzik di salah sebuah kelab malam yang Iebih besar dan mempunyai pengunjung yang ramai. Di situ kehidupan Fred bermula sebagai penyanyi latar untuk satu filem yang bertajuk
Pot of Gold dengan bergandingan bersama Horace.

Selepas kejayaan itu, Fred mula bergerak solo untuk membina kerjayanya. Dia juga bergandingan dengan
seorang penyanyi wanita bernama Dorothy Rae. Persembahan mereka menjadi terkenal di kelab yang termasyhur.

Sepanjang tempoh itu, Fred telah berjaya menerbitkan beberapa buah album siulan yang kebanyakannya menjadi bunyi latar bagi filem. Salah satunya album yang bertajuk Walking Along Kicking the Leaves berjaya menjadi sebuah album siulan terbaik. Dia juga berjaya memenangi beberapa pertunjukan televisyen kerana siulannya yang begitu halus dan mempesonakan.
FAKTA RINGKAS:
Henry Bardy, 58, merupakan salah seorang tukang siul jalanann yang terkenal. Dia telah berjaya mengelilingi dunia hannya berbekalkan siulannya yang merdu.
Hinnie Ronalde juga merupakan salah seorang legenda siuIan yang berjaya. Kebanyakan filem  era 40-an menggunakan siulan Ronnie. Antaranya ‘Bird song at Eventide’ dan ‘Ave Maria’





No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...