Friday
Janin Dalam Tiga Kegelapan Sains&Al-Quran
Hanya sekitar kurun ke-20,barulah cabang ilmu embriologi manusia mampu dungkai sepenuhnya melalui perkembangan teknologi.Sebelum ini,hali sains hanya mampu mengeluarkan teori logic tentang keadaan kandungan di dalam rahim ibu yang hanya berlandaskan kepada uji kaji saintifik yang ringkas.
Dalam sejarah peradaban manusia, ahli falsafah Yunani kuno yang bernama Aristotle telah dianggap sebagai pen gasas cabang ilmu embriologi ini. Pada kurun ke-4 Sebelum Masihi, beliau telah melakukan kajian terhadap telur ayam dan mendapati embrio ayam terbentuk secara berperingkat.
Tahap-tahap awal pembentukan embrio manusia
Berdasarkan kajian itu, Aristotle menganalogikan pembentukan embrio manusia adalah sama dengan pembent ukan embrio ayam yang melalui beberapa fasa tertentu. Bagaimanapun, beliau hanya menyatakannya secara rambang dan tidak memperincikan dengan jelas tahap-tahap janin di dalam kandungan.
Selepas Aristotle, seorang lagi iimuwan Yunani kuno yang dikenali Sebagai Galen telah mengeluarkan teori berkaitan embriologi pada abad ke-2 Masihi. Menurutnya, pembentukan bayi di dalam kandungan melalui tiga fasa
yang bermula dan air mani, kemudian bertukar menjadi darah beku dan Seterusnya membentuk daging. Dalam masa yang sama, beliau turut beranggapan bahawa jantung dan otak manusia terbentuk semasa berada dalam fasa kedua iaitu ketika pembentukan darah beku berlaku.Teori ini bertahan lebih daripada 1,000 tahun sebelum mikroskop ditemui pada kurun ke-1 6.
Pada tahun 1677, ahli sains dari Belanda, Hamm dan Leeuwenhoek yang merupakan pengkaji pertama menggunakan mikroskop untuk mengkaji sperma tampil dengan teori ‘perforatin’ Mereka beranggapan bahawa setitis sperma rnengandungi manusia kecil lengkap beranggota yang akan membesar dalam rahim ibu. Bagaimanapun apabila saintis mendapati bahawa ovum perempuan mempunyai saiz yang lebih besar daripada sperma, manusia kecil itu dianggap berada di dalam ovum pula.
Pada abad ke-18, Maupertuis telah mengetengahkan teori ‘biparental inheritance’ yang bermaksudd gabungan sperma dan ovum bertanggungjawab pembentukan bayi yang sempurna. Teori tersebut hampir tepat, tetapi masih belum Iengkap sepenuhnya.
Sehinggalah pada tahun 1940, Profesor Streeder yang berkhidmat di Institut Embriologi Carnegie, Washington, Amerika Syarikat telah tampil dengan satu kajian lengkap dan memperkenalkan satu sistem untuk mengklasifikasikan tahap-tahap pembentukan manusia. Sistem tersebut mengelaskan embrio manusia menjadi 23 fasa berasaskan rupa dan perbezaan, dan Ia terus menjadi pegangan asas dalam cabang ilmu embriologi sehingga kini.
Menurut pensyarah di Pusat Pen gajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, ketika mana perihal inimenjadi suatu topik hangat suatu ketika dulu, Al-Quran turut muncul dengan hujah-hujah yang komprehensif. Dalam surah Al-Mukminufl, Allah berfirman;
‘.... Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-temulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Ia menjadi makhluk yang lain sifatnya.” (AI-Mukminun; ayat 12-14)
(Al-Mu'minuun 23:13) | <Embed> | English Translation
Then We placed him as (a drop of) sperm in a place of rest, firmly fixed;
(Al-Mu'minuun 23:14) | <Embed> | English Translation
Then We made the sperm into a clot of congealed blood; then of that clot We made a (foetus) lump; then we made out of that lump bones and clothed the bones with flesh; then we developed out of it another creature. So blessed be Allah, the best to create!
(Al-Mu'minuun 23:13) | <Embed> | English Translation
Then We placed him as (a drop of) sperm in a place of rest, firmly fixed;
(Al-Mu'minuun 23:14) | <Embed> | English Translation
Then We made the sperm into a clot of congealed blood; then of that clot We made a (foetus) lump; then we made out of that lump bones and clothed the bones with flesh; then we developed out of it another creature. So blessed be Allah, the best to create!
Berdasarkan kepada ayat di atas, kata Dr. Arip, embrio terbentuk setetah berlakunya persenyawaan di antara benih lelaki dan benih perempuan di dalam ovari. Selepas persenyawaan, proses kejadian bayi berlaku secara berperingkat.
Pada peringkat awal,embrio berubah menjadi alaqah (segumpal darah) dan kemudian bertukar kepada mudghoh yang memberi tafsiran sebagai daging yang sedikit. Selepas embrio memasuki usia enam minggu, berlakulah pembentukan organ dan pada peringkat lni Ia dikenali sebagai janin atau fetus.
Jelas Dr. Arip, keterangan yang diberikan oleh Al-Quran begitu jelas tentang aspek-aspek pembentukan manusia secara berperingkat di dalam rahim ibu. Sekalipun Ia tidak diterima pakai oleh ahli sains pada peringkat awalnya, namun kecanggihan teknologi kurun ke-20 telah membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Al-Quran adalah sesuatu yang sahih dan Iengkap.
Selain daripada itu, Al-Quran turut menerangkan tentang keadaan janin di dalam rahim yang dilitupi oleh tiga kegelapan. Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 6;
“Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibu mu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.” (Az-Zumar; ayat 6).
(Az-Zumar 39:6) | <Embed> | English Translation
He created you (all) from a single person: then created, of like nature, his mate; and he sent down for you eight head of cattle in pairs: He makes you, in the wombs of your mothers, in stages, one after another, in three veils of darkness. such is Allah, your Lord and Cherisher: to Him belongs (all) dominion. There is no god but He: then how are ye turned away (from your true Centre)?
Menurut Dr. Arip, kedudukan janin dalam tiga kegelapan adalah selari den gan penemuan sains moden hari ini.Profesor Keith L. Moore dan Universiti Toronto, Kanada berpendapat janin sememangnya hidup di dalam tiga tutupan yang berbeza.
Tutupan pertama ditafsirkan sebagai kulit abdomen atau anterior abdominal wall. Lapisan kedua pula adalah dinding rahim atau uterine wall dan yang ketiga ialah selaput yang menutupi janin sec ara langsung atau dikenali sebagai amniochorionic membrane.
Ketika Al-Quran diturunkan Iebih 1,400 tahun yang lalu, ilmu pengetahuan sains manusia belum mencapai tahap ini. Justeru, apabila isi kandungan Al-Quran mampu menyatakannya den gan terperinci, ianya jelas membuktikan bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Maha Pencipta iaitu Allah yang esa.
tiga kegelapan dalam rahim
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih