Friday
Bimbingan Rasul SAW untuk Merawat Penyakit dengan Ruqyah ilahiyah
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunanya menerusi hadis Abu Darda bahawa ia mengkhabarkan:Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang merasa sakit atau mendapati kawannya sakit,hendaklah ia mengucapkan:”Ya Allah Tuhan kami yang ada di atas langit,Maha Suci nama-Mu dan agama-Mu di langit dan di bumi,seperti juga rahmat-Mu di atas langit,turunkanlah rahmat-Mu itu ke bumi.Ampunilah dosa dan kesalahan kami;Engkau adalah Tuhan orang-orang soleh.Turunkanlah rahmat dari sisi-Mu,kesembuhan dari kesembuhan-Mu terhadap penyakit ini.”Nescaya dengan izin Allah akan sembuh”.
Manakala dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Jibril pernah datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Muhammad, adakah engkau sakit?” Baginda menjawab “Ya.”
Jibril berkata: “Dengan nama Allah aku meruqyahmu dan segala penyakit yang menggangumu, dan dan setiap jiwa yang jahat, serta dari ‘ain yang membuatmu celaka. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.”
Jibril berkata: “Dengan nama Allah aku meruqyahmu dan segala penyakit yang menggangumu, dan dan setiap jiwa yang jahat, serta dari ‘ain yang membuatmu celaka. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.”
Jika ada orang bertanya: “Apa pendapat anda tentang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: “Tidak ada ruqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain atau gigitan binatang berbisa,” iaitu binatang beracun?”
Jawapannya “Rasulullah s.a.w. tidak,menolak bolehnya ruqyah untuk selain itu, tetapi maksud hadis itu adalah bahawa tidak ada ruqyah yang lebih bermanfaat daripada ruqyah terhadap ‘ain dan gigitan binatang berbisa. Itu ditunjukkan oleh topik perbincangan dalam hadis, sebab ketika Sahal bin Hunaif diserang ‘ain, Ia bertanya “Adakah ruqyah itu baik?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak ada ruqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain atau gigitan binatang berbisa.” Makna itu juga ditunjukkan oleh banyak hadis tentang ruqyah yang bersifat umum mahupun khusus. Hadis riwayat Abu Daud menerusi hadis Anas, mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada quqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain,gigitan binatang buas atau luka berdarah”.
Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan:
“Rasulullah s.a.w memberi keringanan untuk ruqyah terhadap ‘ain,gigitan binatang berbisa dan penyakit semut.”
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih