Friday

Sedikit Mengenai Kalkulus

Pada lebih kurang tahun 1000 Masihi,seorang ilmuwan Arab bernama Al-Karaji telah menemui satu  kiraan untuk bilangan bulat persamaan kuasa tiga atau persamaan kubik. Di Barat, persamaan ini baru dapat dipecahkan oleh Niccolo Tartaglia ketika dia mengajukan formula untuk memecahkannya pada abad ke-16. Atas jasa al-Karaji tersebut, seorang ahli sejarah matematik Barat, F. Woepcke memuji-muji beliau sebagai “orang pertama yang memperkenalkan teori tentang kalkulus aijabar (algebraic calculus).”
Tidak berapa lama kemudian, Ibnu al-Haitham(dikenali sebagai Aihazen di Barat) dalam perkembangan kamiran adalah di Iraq apabila ahli matematik Islam abad ke-11,Ibn Al-Haithammerancang satu masalah yang kini dikenali sebagai "masalah Al-Haitham" dalam buku fiziknya "Kitab Al-Manazir" (Book of Optics atau Buku tentang Penglihatan). Masalah ini membawa kepada persamaan darjah keempat (iaitu persamaan yang melibatkan kuasa 4 atau x4). Semasa menyelesaikan permasalahan ini, beliau telah menggunakan kamiran untuk mencari isipadu paraboloid. Menggunakan induksi matematik melalui pengiraan, beliau telah mengasaskan kamiran untuk polinomial darjah keempat. Namun Ibn Al-Haitham tidak mengambil berat akan polinomial dengan darjah lebih tinggi dari 4. Selain Ibn Al-Haitham, ide-ide tentang kamiran juga boleh ditemui dalam buku astronomi Siddhanta Shiromani yang ditulis oleh ahli matematik India Bhaskara II pada kurun ke-12.

Sementara itu, geometri analisis yang merupakan bahagian penting kalkulus pertama kali diterapkan oleh Omar Khayyam pada abad ke-11. Ahli matematik sekaligus penyair kelahiran Persia ini mengaplikasikan geometri analisis untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga dengan menggunakan diagram menyilangi parabola dengan bulatan. Satu abad kemudian, seorang ahli matematik lain dari Persia bernama Sharaf ad-Din at Tu-Tusi menemui terbitan dari polynomial kuasa tiga yang merupakan penemuan penting dalam differential calculus.Terlalu berjasanya para ilmuwan muslim tersebut,nama-nama mereka digunakan untuk menamakan nama kawah-kawah di bulan.

*Para ilmuwan dan ahli sejarah Barat ramai yang mengakui peranan besar ahli matematik Islam era awal dalam memelihara ilmu matematik dunia.Dalam bukunya The Arabic Hegemony,Boyer(1991) menyatakan bahawa masa menjelang abad keemasan Islam(lebih kurang pada tahun 650-750)mungkin merupakan titik nadir dalam perkembangan ilmu matematik dunia.Perkara ini berlalu kerana bangsa Arab pada waktu itu belum memiliki dorongan yang buat untuk mempelajari ilmu pengetahuan,sementara usaha untuk mempelajari ilmu pengetahuan telah mula pudar di berbagai penjuru dunia lain.Seandainya umat Islam tidak bangkit dan mengembangkan ilmu pengetahuan pada separuh kedua abad ke-8 maka tidak terbayangkan lagi betapa banyak ilmu pengetahuan dan ilmu matemarik kuno yang akan hilang dan musnah dari peradaban.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...