Friday

Bimbingan Rasul SAW Merawat Penyakit Melalui Dorongan Jiwa Dan Pembinaan Mental


Hadis riwayat Ibnu Majah menerusi hadis Abu Said Al-Khudri,mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika kamu menjenguk orang sakit,maka hiburlah ia menghadapi takdir.Walaupun ia tidak akan mengubah sesuatu,tetapi dapat memperbaiki suasana jiwa sakit."

Hadis ini mengandungi sebuah etika yang mulia sekali,termasuk cara merawat yang paling elok pula,iaitu:membimbing kepada keadaan yang biasanya dapat memperbaiki jiwa si sakit.Misalnya dengan ucapan yang menurut adatnya boleh menguatkan jiwa,menguatkan stamina bahkan juga merangsang panas tubuh secara wajar hingga boleh membantu menghalau penyakit atau sekurang-kurangnya meringankannya.Demikianlah sasaran maksima yang selalu diiginkan oleh seorang pakar perubatan.

Menghiburkan jiwa orang sakit dan memperbaiki mentalitinya serta perkara-perkara yang menimbulkan kegembiraan amatlah berpengaruh secara ajaib dalam merawat sakitnya atau sekurang-kurangnya meringankannya,sebab roh dan tenaga tubuh semakin kuat kerana hiburan tersebut,justeru tubuh menurut adatnya akan dapat melenyapkan unsur berbahaya yang ada padanya.

Masyarakat selalu menyaksikan sebahagian orang sakit yang membaik staminanya kerana dijenguk oleh orang-orang yang dicintai dan dimuliakannya.Dengan melihat,berbual dan bermesra dengan mereka,keadaanya menjadi lebih baik.Demikianlah salah satu manfaat mengunjungi orang sakit berkenaan  dengan keadaan si sakit.Kedua,kebaikan untuk orang yang menjenguk.Ketiga,kebaikan untuk keluarga si sakit.Keempat,kebaikan untuk masyarakat.

semoga memberi manfaat ~ sebagai contoh,seorang doktor  mengangarkan pesakit hidup dah tak lama dah....hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui ajalnya~ ,takkan lah doktor tu nak kata "awak hidup tak lama dah,lagi 2 minggu katakanlah selamat tinggal kepada dunia kerana awak berada dalam keadaan yang sangat kritikal,lagipun cost perubatan awak sangat tinggi" .rasanya tak semua doktor macam tu kan???kalau doktor beritahu macam tu,pesakit semakin resah dan bimbang.Kalau pesakit yang tak dapat control jiwa dan perasannya,boleh jadi semakin teruk jadinya.Apatah lagi kalau orang sakir jantung atau yang sebelum dah banyak buat dosa,tak pernah solat,melangkah kaki ke pusat pelacuran,berjudi, dll.Saat ajal dah tau nak dekat,masa tu lah baru nak menyesal...nak termenung.Sekurangnya,seseorang tu kembali ke jalan yang benar.bertaubatlah~

diri terpesong,
sorong papan tarik papan,
baru sekarang,
mau minta tolong!

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali.”

Surah Al-Baqarah ayat 156.

sebarang kesalahan dari saya,saya mohon maaf.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...