Friday

Sejarah Angka 1,2,3,4,5...9

Cabang ilmu aritmetik dari cabang ilmu matematik dengan angka ini mencapai kemuncak perkembangannya di tangan al-Khawarizmi pada pertengahan abad ke-9. Buku al-Khawarizmi yang berjudul On The Calculation with Hindu Numerals (ditulis lebih kurang pada tahun 825) dan buku al-Kindi yang berjudul Kitab fi Isti’mal al-Adad al-Hindi atau On the Use of the Indian Numerals (ditulis lebih kurang pada tahun 830), merupakan dua rujukan pertama yang berperanan besar dalam memperkenalkan sistem angka dari India ke Timur Tengah dan dunia Barat. Dan keduanyalah kita pada saat ini mengenal angka-angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8 dan 9 (yang dalam bahasa Inggeris kini disebut sebagai(Arabic Numerals); menggantikan angka Romawi yang rumit apabila digunakan dalam kiraan atau mencatat data nombor

*Bahkan,sehingga abad ke-15,bangsa Eropah masih lazim menggunakan angka Romawi yang tentu sahaja amat sukar untuk diterapkan dalam kiran kerana angka Romawi memang tidak dirancang untuk penambahan dan pengurangan. Andaikata kita hendak menambahkanangka 456 dengan angka 734. Dengan angka Romawi, angka yang mudah tersebut akan dltulis CDLVI + DCCXXXIV….mengelirukan sekali, bukan? Bayangkan bagaimana kelirunya para pedagang abad pertengahan Eropah yang hendak mengira keuntungan perdagangan mereka! Angka Arab telah diperkenalkan ke Eropah oleh Gerbert de AuriIlac pada sekitar abad ke-10. Namun, tokoh yang dikenali rapat dengan pengetahuan dan dunia Islam ini malah dimusuhi dan dikatakan sebagai tukang sihir. Angka Arab ini akhirnya popular setelah diimport oleh Leonardo Fibonacci pada abad ke-12. 


Angka Arab ini telah mulai digunakan di Baghdad  pada abad ke-8 Masihi ketika seorang terpelajar dan India memperkenalkan sistem angka India pada tahun 771.
Sehingga masa itu budaya Mesir, Yunani, dan lain-lain menggunakan angka mereka sendiri dengan cara yang serupa dengan orang-orang Rom. Oleh itu, bilangan 323 menyatakan seperti ini:

Mesir 999 nn III

Yunani HHH ÆÆ III

Roman CCC XX III
Sumbangan India adalah untuk pengganti satu tanda tunggal (dalam kes ini bermaksud "3" dan bermaksud "2") menunjukkan beberapa tanda-tanda dalam kelompok masing-masing di antara tanda-tanda yang sama. Dengan cara ini orang-orang India boleh menyebabkan kekeliruan Roman CCC XX 111 sebagai: 3 2 3.

Dengan cara ini baru nombor bertulis menjimatkan tetapi tidak sempurna. II CCC angka Roman, misalnya, membentangkan masalah. Jika 3 dan 2 masing-masing digantikan dengan Roman kelompok CCC dan II, hasil bertulis 32. Jelas sekali, bilangan yang dimaksudkan bukan 32 tetapi tiga ratus dua
Kini sistem baru boleh menunjukkan  perbezaan yang kemas antara XXX II (32) dan CCC II (302).
*Sistem angka dan India ini kemudian diambil dan diubah mengikut keperluan oleh para ilmuwan Muslim sehingga menjadi angka arab (Arabic Numerals) yang kita kenal sekarang. Perkara ini perlu dilakukan kerana angka India kurang fkeksibe( bila digunakan dalam kiraan (walaupun tidak sekaku angka Romawi). Sistem  angka India ditulis dan belakang sehingga bilangan 19 akan ditulis sebagal 91 (menurut laman web Islam City (http://www.islamicity.com/mosque/ihame/Ref6.htm,namun perkara mini memerlukan rujukan dan kajian lebih lanjut).

 Pada abad ke-10, para ahli matematik dan Timur Tengah juga menambahkan angka-angka pecahan perpuluhan seperti 0.5, ¼ dan 0.75 dengan menggunakan titik (koma) sebagai penanda pecahan. Pengiraan model ini sudah ditulis dalam sebuah risalah karya seorang ahli matematik dari Syria bernama Abul Hasan al-Uqlidisi yang ditulis pada tahun 952-953. Di dunia Arab sendiri sehingga masa moden, angka Arab atau Arabic Numerals (1,2,3.. .9) hanya digunakan oleh ahli maternatik sahaja. Para ilmuwan muslim lain lebih memilih sistem angka Babylonia, sementara para pedagang menggunakan nombor abjad Arab. Ragam simbol angka “Arab model Barat” yang agak berbeza mula banyak digunakan pada lebih kurang abad ke-10 di wilayah Maghrib (Afrika Utara) dan Andalusia  (Sepanyol Islam).Angka-angka yang mirip angka Arabic model sekarang ini disebut angka Ghubbar yang bermakna “meja pasir atau meja debu”
*Sistem angka dan India ini kemudian diambil dan diubah mengikut keperluan oleh para ilmuwan Muslim sehingga menjadi angka arab (Arabic Numerals) yang kita kenal sekarang. Perkara ini perlu dilakukan kerana angka India kurang fkeksibe( bila digunakan dalam kiraan (walaupun tidak sekaku angka Romawi). Sisten, angka India ditulls dan belakang sehingga bilangan 19 akan ditulls sebagal 91 (menurut laman web Islam City (http://www.islamicity.com/mosque/ihame/Ref6.htm  namun perkara ini memerlukan rujukan dan kajian lebih lanjut).
Di Barat sendiri, sistem angka Arab pertama kali disebutkan dalam manuskrip berjudul Codex Vigilanus yang ditulis di Sepanyol tahun 976.
*The Persistence of Cultures in World History atau Kebudayaan Yang “Terus Kekal” dalam Sejarah Dunia:Persia/Iran karya Dr.Laina Farhat-Holzman.
Sejak tahun 980- an, Gerbert dan Aurillac (yang kemudian menjadi Paul Silvester II) mula memperkenalkan penggunaan sistem angka ke Eropah, di mana dia kemudian ditolak kerana membawa pengetahuan baru dan aneh dan dunia Islam. Gerbert memang pernah belajar di Barcelona semasa masih muda dan tidak menutup kemungkinan bahawa dia juga pernah menimba ilmu pengetahuan Islam di Andalusia. Sejak saat itulah, sistem angka Arab mulai digunakan di Eropah untuk menggantikan sistem angka Romawi yang rumit. Bagi perkara ini, dunia banyak berhutang pada karya al-Khawarizmi dengan kitab Pengiraan dengan Sistem Angka India. Kitab ini kemudian diterjemahkanke dalam bahasa Latin dengan judul Algoritmi de Numero Indorum. Nama al-Khawarizmi sendiri kemudian diserap menjadi algoritma. Namanya diabadikan menjadi sebuah istilah baru dalam bahasa Latin iaitu algorithmus yang bermakna ‘kaedah pengiraan.’



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...