Tuesday

Zikir Mengembangkan Otak Sains&Hadis

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas itu.

Jadi,apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah,seperti " سبحان الله/SubhanAllah",beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.Apabila zikir disebut berulang-ulang kali,aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak yang cergas segar dan cergas secara tak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Satu kajian makmal tentang subjek ni ada dalam majalah "Sceintific American" keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar:Dalam kajian ni,sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tu satu persatu dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila beberapa sukarelawan melakukan tugas mereka,beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf,termasuk bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali,aktiviti saraf otak akan merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf yang lain.Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,aktiviti saraf kembali meningkatkan di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir,terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Perasan tak,kita umat Islam telah mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih enteng kepenting berzikir dan mengabaikannya..kan dapat pahala bila berzikir~
Jom Tingkatkan Ibadah!

No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...