Saturday

Pelukis Memori Stephen Wiltshire

Seorang lelaki dari kota London,Stephen Wiltshire,diiktiraf sebagai satu-satunya manusia yang  mempunyai kemahiran memori fotografi paling sempurna di dunia ini.Kebolehan tersebut membolehkan beliau melukis secara manual pemandangan sebuah kota besar dalam skala yang sangat terperinci,dengan hanya melihatnya dalam masa beberapa minit sahaja.


Kedengaran seperti  tak masuk akal.tetapi  itulah bakat luar biasa yang dimiliki oleh lelaki kulit hitam berusia 37 tahun itu.Dengan hanya memerhati dalam jangka masa yang singkat,beliau mampu mengingati segenap pelosok ruang landskap sebuah kota besar seperti New,Tork,Paris atau Tokyo.


Apa yang lebih mengagumkan,
memori tersebut dapat diaplikasikan oleh Wiltshire ke dalam bentuk lukisan tangan. Kombinasi di antara bakat melukis dan kekuatan memorinya untuk mengingati sebuah Iandskap membuatkan dia digelar sebagal ‘kamera bergerak.
Lukisan yang dihasilkannya tampak ‘hidup’ dan boleh dikatakan hamir sempurna untuk seorang manusia. Tanpa bantuan gambar atau sebarang teknologi, hasil karyanya sangat terperinci, baik dari segi nisbah skala ataupun susur  atur sesebuah bangunan. Lokasi serta kedudukan setiap pencakar langit, rumah, bahkan sehingga jumlah jendela dan perkara-perkara remeh lain seperti kedudukan pili bomba dalam Iingkungan sebuah kota raya yang besar dengan keluasan Iebih 10 kilometer persegi, beliau dapat mengingatinya dengan baik. 

Lukisan landskap pertama yang dihasilkan ialah pemandangan kota London semasa beliau berusia 11 tahun. Bagaimanapun, pada ketika itu ramai yang mempertikaikan kebolehan ingatannya kerana Ibu kota england itu merupakan tempat beliau membesar dan tidak mustahil beliau mampu mengingati landskapnya dengan baik.

Pada bulan Mel 2005, laitu ketika berusia 31 tahun, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah lukisan landskap pemandangan sebuah kota. Kali ini, beliau memilih Tokyo, Jepun sebagai subjek lukisannya. 

Selepas menaiki helikopter selama setengah jam untuk memerhatkan landskap kota metropolitan Tokyo yang kompleks, beliau melukis semula pemandangan tersebut ke atas kanvas yang berukuran sepuluh kaki.Lukisan tersebut mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan dan ia adalah tempoh paling lama yang pernah diambil oleh Wiltshire utuk menyiapkan sesebuah lukisan.



Selepas lukisan panorama bandar raya Tokyo itu diklasifikasikan sebagai berjaya, beliau telah memilih kota-kota besar dunia yang lain untuk menjadi subjek lukisannya.Antaranya ialah  ialah Rom, Hong Kong, Frankfurt, Madrid, Dubai, Jerussalem, Sydney dan Shanghai. Kesemua karya yang dihasilkan telah diiktiraf dan turut dijadikan sebagal material penting dalam beberapa siri pameran lukisan terbaik dunia.

Dengan kebolehan luar biasanya itu, pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai duta Han Kesenian Kanak-Kanak di United Kingdom. Dalam tahun yang sama juga, beliau telah menyiapkan gabungan pemandangan bandar New Jersey, Manhattan, Ellis Island, Status of Liberty dan Brooklyn di atas kanvas gergasi berukuran 18 kaki. Lukisan tersebut telah dihasilkan di Pratt Institute, sebuah kolej seni dan reka bentuk terkemuka dunia yang terletak di New York, Amerika Syarikat.

Jika diimbas kehidupannya, Wiltshire merupakan salah seorang pesakit autisme sejak kecil. Beliau telah disahkan menghidap penyakit tersebut ketika berusia tiga tahun. Ketika mana kanak-kanak lain menjalani kehidupan yang aktif, Wiltshire pula adalah sebaliknya. Malah, dia juga pernah dikatakan bisu kerana tidak boleh bercakap.

Pada usianya lima tahun, dia masih tidak boleh bertutur dan hanya berkomunikasi menggunakan lukisan. Ketika itulah bakat melukisnya mula dikesan. 

Sementara itu, menurut Pakar Neuronsains dan Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron Cohen, berkemungkinan kecacatan neurologi seperti autisme yang dialami oleh Wiltshire menjadi penyumbang utama kepada kekuatan memorinya.Ini kerana separuh daripada kanakk anak autistik sebenarnya mengalami sindrom savant atau cendekiawan. Golongan ini mempunyai IQ antara 60 hingga 70 sahaja, tetapi menampilkan keupayaan luar biasa dalam bidang tertentu seperti matematik, menghafal (memori) atau kesenian (muzik dan lukisan).

Bagaimanapun, bukan semua yang memiliki kehebatan minda ini adalah dan kalangan mereka yang mengalami disfungsi otak. Jika berlaku sekali pun ia merupakan kes-kes terpencil dan peratusannya sangat kecil. Bahkan, kajian yang dijalankan sampai ke hari ini masih belum dapat menemukan jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut. 

 -_- seorang yang penyabar,kreatif...add dia di facebook,tu pun kalau dia confirm ja,https://www.facebook.com/stephen.wiltshire.mbe 
jadi apa pandangan anda?komen : D
petang tadi aku pergi jusco,.ramai perempuan melayu yang buat seluaq carrot itulah menyusahkan diri sendiri,dah la ketat ,tak pun main balut-balut,cer try buat nasi lemak lepas tu balut dengan daun pisang,bentuk apa nampak?nasi lemak 50 sen?...dah mengandung tak mau lak pakai baju ketat..atau tudung macam dlm crita alien vd predator,tinggi mcm unta.ada bonggol..mereka ni buat-buat tak tau ja,macam tak dak apa.
berapa ramai yang update status nangis2 dan sedih cerita Tentang Dhia ataupun Ombak Rindu?

15 tahun lepas, Shaykh Ahmed Deedat telah ada jawapannya, jawapan tentang apa yang tak kena dengan umat Islam sekarang (hari ini)? Mereka adalah buih yang hanyut dibawa angin kehulu kehilir!
 
HENTIKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP KAUM LELAKI!!

Antaranya:-
1. Pemakaian yang ketat, sendat dan singkat
2. Pemakaian yang mendedahkan sebahagiaan tubuh badan
3. Pemakaian dari jenis kain yang jarang

ATAU ANDA BAKAL BERDEPAN GANGGUAN SEXSUAL DARIPADA LELAKI!



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...