Monday

Air Asas kepada Segala Kehidupan

Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, Ia juga penting bagi hidup-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Quran. sebagai contoh, dalam surah alAnbiyak ayat 30 Allah berkata, “Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud, “Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air.” 
Ayat-ayat ini menunjukkan. segala hidup-hidupan terjadi daripada air. Secara dasarnya memang benar, air dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan. Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, Ia tidak boleh bersambung. Justeru, bagi memastikan sama ada kehidupan wujud di planet-planet lain, saintis mencari sumber air yang terdapat di planet-planet itu terlebih dahulu. Makiumat ml dilaporkan di www. bbc.co.uk)science.

Hal ini diperkukuhkan lagi berpandukan satu laporan yang terdapat dalam Paleontological Society Special Publication Volume 9 (1999), di bawah tajuk Evolution: Investigating the Evidence. Dalamnya dinyatakan, “Permulaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air (liquid water) dapat wujud. Air diperlukan kerana Ia adalah asas kepada kehidupan. Hal ini disebabkan hanya air sahaja yang menjadi medium kepada proses-proses (yang berkaitan dengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku.” 


Sebuah Hadits menyatakan:Daripada Abi Raziin Al-'Uqail,berkata dia:"Berkata aku,ya Rasulullah!Betapakah caranya Allah akan menghidupkan orang yang telah mati itu?Dan apakah tanda-tandanya pada makhluk-Nya?"Beliau menjawab:"Apakah engkau tidak pernah suatu masa melalui kaum keluarga engkau yang telah kering?Kemudian di kali yang lain engkau lalu pula di sana,lalu engkau lihat dia telah menghijau?"
Aku jawab:"Memang,ya Rasulullah!"
Maka berkatalah beliau:"Seperti dimikianlah itulah Allah akan menghidupkan kembali yang telah mati dan itulah salah satu dari tanda(ayatnya) pada makhluk-Nya."(Dirawikan oleh Al-Imam Ahmad)


Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (Az-Zukhruf 43:11)

English:That sends down (from time to time) rain from the sky in due measure;- and We raise to life therewith a land that is dead; even so will ye be raised (from the dead);- 


 Dengan ukuran,sehingga cukup untuk hidupmu,minuman binatang ternakmu,penyubur sawah ladangmu.Tidak asal dicurahkanNya saja,sehingga kamu terendam kerana kegenangan air:", lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya/and We raise to life therewith a land that is dead".Dapatlah dilihat tanah yang telah mati kekeringan,rumput-rumput yang sudah kering,sedatang hujan,hidup kembali,ini semua disuruh renungkan dan tilik baik-baik.Kemudian disuruh berfikir lebih jauh:"Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur)/even so will ye be raised (from the dead);- "

Iaitu dikeluarkan dari kuburan setelah engkau mati,apabila datang panggilan kebangkitan di hari khiamat.Akan muncul semua dari alam kuburnya sebagaimana rumput-rumput kering,jadi hidup kembali kerana  di timpa hujan.
Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998. di segmen Sd/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, saintis-saintis mengatakan rabsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9,000 kaki di bawah Lautan Atlantik. Di situ para saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan hidupan di peringkat awal. Kesemua penemuan ml menunjukkan kenyataan Quran bahawa segala hidupan bermula daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.

Tambahan daripada itu kebenaran kenyataan Quran ini dapat dikaitkan dengan ilmu biologi yang berkaitan dengan set-set. Hal ini disebabkan sel-sel adalah batu bata kepada segala hidupan. Tanpanya segala hidupan tidak wujud. Unit di dalam sel yang paling penting dikenali sebagai protoplasma (protoplasm). Ia dianggap sebagal unit yang hidup dan tanpanya sesuatu sel boleh dianggap mati. Justeru, boleh dikatakan protoplasma adalah asas kepada kehidupan. Berhubung dengan protoplasma ini, dalam Lowsons Text-book of Botany (Indian Edition, London, 1922) dinyatakan. “Protoplasma adalah asas kepada segala hidupan dan kekuatannya bergantung kepada kewujudan air yang berterusan.” Demikian juga yang disebutkan oleh TJ. Parker and W.A. Haswell dalam Text book of Zoology (London. Volume 1, 1910) iaitu, “Protoplasma yang hidup mengandungi air yang banyak dalamnya” Hal ini diperkukuhkan melalui kenyataan yang terdapat dalam Wikipedia Encyclopedia, iaitu, “Protoplasma yang terdapat dalam setiap set mengandungi 75 hingga 80 peratus air” 

Memandangkan setiap hidupan terbina daripada set dan kehidupan set bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, Justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air. Maka sekali lagi penemuan sains mengesahkan kebenaran Quran. 


carian anda:segala kehidupan ,air,kehebatan air,asas air



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...