Thursday

Bimbingan Rasul SAW Menjaga Kesihatan Mata



Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dari Abdurrahman bin An-Nu'man bin Ma'bad bin Hauzah Al-Ansari,dari ayahnya,dari datuknya bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh memakai celak ithmid yang dibubuhi dengan minyak wangi ketika menjelang tidur."Namun baginda menambahkan:

                               "Orang yang berpuasa hendaklah menjauhinya"

Abu Ubaid meriwayatkan bahawa erti dibubuhi minyak wangi iaitu minyak kesturi.

Manakala dalam Sunan Ibni Majah dan lainnya disebutkan dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai tempat celak yang baginda gunakan tiga kali di bahagian mata."Adapun dalam riwayat At-Tirmizi,dari Ibnu Abbas r.a .,katanya:"Rasulullah s.a.w. jika bercelak,menorehkan celaknya tiga kali di bahagian kanan matanya,Dimulai dari kanan dan diakhiri di bahagian kanan,sedangkan bahagian kiri hanya dua kali..."

Hadis riwayat Abu Daud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menggunakan celak,hendaklah menggunakannya dengan hitungan ganjil."

Ganjil di sini boleh juga dilakukan pada sepasang mata,tiga kali di bahagian kanan dan dua kali di bahagian kiri,dan dalam hal ini bahagian kanan lebih patut didahulukan,atau boleh juga dilakukan pada setiap mata,hingga di bahagian kanan tiga kali dan di bahagian kiri juga tiga.Memang ada dua pendapat mazhab Imam Ahmad dan lainnya.

Mengenakan  celak boleh mambantu menjaga kesihatan mata,menguatkan cahaya penglihatan dan menjernihkannya,melembutkan bahan busuk yang ada dalam mata serta memaksanya keluar,pada waktu yang sama juga menjadi hiasan untuk jenis celak tertentu.Jika digunakan ketika tidur,celak mempunyai khasiat lain,kerana mengandungi fungsi meliputi kelopak mata,maka celak dapat menenangkan mata hingga tidak melakukan gerakan berbahaya,pada waktu yang sama juga memelihara kealamiannya.Ithmid pun mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam Sunan Ibu Majah disebutkan dari Salim.dari ayahnya secara marfu':
"Gunakanlah ithmid,kerana ithmid boleh menjernihkan pandangan mata dan menumbuhkan bulu mata."

Manakala dalam Kitab Abu Nu'aim disebutkan:"Sesungguhnya ithmid itu dapat menumbuhkan bulu mata,menhilangkan kotoran dan menjernihkan pandangan.

Adapun dalam Sunan Ibni Majah juga dari Ibnu Abbas secara marfu' diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Celak yang paling elok buat kamu adalah ithmid,sebab ithmid dapat menjernihkan penglihatan dan menumbuhkan rambut."

carian anda:hadis menjaga mata


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...