Monday

Hidupan Berasal daripada Air


Penciptaan alam semesta tidak sempurna tanpa hidup-hidupan dalamnya. Bagi sesuatu hidupan boleh hidup di sesuatu tempat, persckitarannya perlu sesuai. Aritara ramuan terpenting yang diperlukan adalah air.
 Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (Az-Zukhruf 43:11)

English:That sends down (from time to time) rain from the sky in due measure;- and We raise to life therewith a land that is dead; even so will ye be raised (from the dead);- 
 Dengan ukuran,sehingga cukup untuk hidupmu,minuman binatang ternakmu,penyubur sawah ladangmu.Tidak asal dicurahkanNya saja,sehingga kamu terendam kerana kegenangan air:", lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya/and We raise to life therewith a land that is dead".Dapatlah dilihat tanah yang telah mati kekeringan,rumput-rumput yang sudah kering,sedatang hujan,hidup kembali,ini semua disuruh renungkan dan tilik baik-baik.Kemudian disuruh berfikir lebih jauh:"Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur)/even so will ye be raised (from the dead);- "

Iaitu dikeluarkan dari kuburan setelah engkau mati,apabila datang panggilan kebangkitan di hari khiamat.Akan muncul semua dari alam kuburnya sebagaimana rumput-rumput kering,jadi hidup kembali kerana  di timpa hujan.
Dalam surah al-anbiyak ayat 30 Allah berkata, “Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”
Ayat ini menjelaskan mengenal dua perkara penting. Pertama mengenal asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu. kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian Big Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali. 

Sila baca selengkapnya...> Air Asas kepada Segala Kehidupan
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
(Al-Mulk 67:30)


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...