Monday

Langit atau Bumi yang Dicipta dahulu?

 Ayat-ayat Quran semasa berbicara berkenaan isu ini memberikan maklumat yang secara zahirnya nampak seolah-olahnya bercanggah. Sebagal contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, “Kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit? Allah sudab membangunnya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelap-gelita serta menjadikan siangnya terang-benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya).” 
surah Hud Juzu ke 12' ayat ke 8:"Dan dialah yang telah menciptakan semua langit dan bumi dalam enam hari..............................."

Tetapi dalam surah al-Baqarah, ayat 29 Allah mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Allah berkata. “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju ke arah langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu.”
Ayat-ayat yang nampak bercanggah ini menggembirakan mereka yang ada penyakit di hati terutamanya dan kalangan musuh-musuh Islam. Namun bagi ulama Islam mereka tidak melihat ini sebagai suatu percanggahan. Sebaliknya, bagi mereka, ayat-ayat ini menceritakan berkenaan dimensi langit yang berbeza dan melibatkan proses kejadian di peringkat yang berbeza.

Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as-Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung isu ini. Semasa memberi komen mengenai surah al-Baqaiuh, ayat 22 hingga 29 beliau berkata, “Dalam ayat-ayat ini perkataan langit iaitu (samaa’ dalam bahasa Arab) disebutkan sebanyak empat kali, iaitu ‘(menjadikan) langit sebagai bangunan’, ‘Dia menurunkan hujan daripada langit’, Dia menuju ke langit’ dan dia menjadikan tujuh langit Pada pandangan saya, langit dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit secara umumnya. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama. Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit. ia merupakan langit yang khusus. Apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden kita diberitahu bahawa galaksi-galaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya), berumur Iebih kurang 10 bilion tahun dan bumi serta matahari berumur Iebih kurang 4.5 bilion tahun. Ia bermaksud langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Justeru sebahagian daripada kita berasa terkejut apabila diberitahu bahawa Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus. Namun sekiranya dibandingkan penciptaan bumi dengan penciptaan langit secara amnya, sudah pasti penciptaan bumi berlaku selepas penciptaan  langit”.
Kenyataan Said Hawa menunjukkan ayat-ayat Quran berhubung dahulu ataupun kemudiannya kejadian langit dan bumi sebenarnya tidak bercanggah antara satu dengan lain. Hal ini disebabkan kejadian langit mempunyai fasa-fasanya. Ada fasa yang berlaku sebelum keadian bumi dan ada yang berlaku selepas itu.

Dalam konteks ini, pandangan Imam Alusi sememangnya relevan kerana beliau berkata,. “(Apa yang boleh difahami adalah), langit sebenarnya dicipta sebelum bumi. Bumi dicipta selepas penciptaan langit. Selepas itu baru berlaku penciptaan tujuh lapisan langit. Kemudian selepas itu baru lahir logam-logam serta tumbuh-tumbuhan diikuti dengan alam haiwan dan disusuli dengan alam manusia....” Pandangan Imam Alusi ini dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir .
Justeru, berdasarkan Quran.. langit dicipta terlebih dahulu berbanding bumi. Hal ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah an-Naziat, ayat 30 yang bermaksud, “Dan bumi sesudah (langit dibangunkan) dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya)” Penciptaan langit berlaku lebih daripada 10 bilion tahun dahulu selepas ledakan Big Bang. Selepas ledakan itu lahir bintang-bintang, planet-planet dan galaksi di langit atau kosmos. Proses ini disusuli dengan proses kejadian bumi lebih kurang 4.5 bilion tahun dahulu.
Suhu bumi pada masa itu berada di tahap yang tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian Langit atmosfera yang melitupi bumi. Proses kejaadian atmosfera ini bermula Iebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai tujuh lapis. Hal ini dilaporkan di physicalgeography.net oleh Dr. Michael Pidwirny daripada Universiti British Columbia Okanagan di bawah tajuk The Universe, Earth, Natural Spheres, And Gaia. Justeru, ayat-ayat Quran yang menyatakan langit dicipta selepas penciptaan bumi dapat dikaitkan dengan proses penciptaan atmosfera ini.
Tambahan daripada itu, aktiviti penciptaan di langit tidak ada noktahnya. Sebagai contoh, proses kejadian bintang-bintang baru terus sahaja berlaku walaupun kejadian bumi sudah sampai ke tahap kesempurnaannya. Sebagai contoh, pada tanggal 7 Januari 2000, Science Daily melaporkan NASA, melalui Hubble Space Telescope, berjaya mengesan kejadian bintang-bintang baru yang dikenali sebagai NGC 4214 di galaksi yang berdekatan. Justeru, kenyataan langit dicipta selepas penciptaan bumi sememangnya berasas apabila dikaitkan dengan proses-proses ini.
sebarang kesalahan ejaan,harap dimaafkan~
 Kredit to:Danial Zainal Abidin



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...