Friday

Orang Kafir Dapat Cari Hikmat Sembahyang Berjemaah

DOWNLOAD pdf  : miracle of electricity in body
Seorang orientalis Barat telah membuat kajian ke atas sembahyang lima waktu. Dia mengkaji kenapa subuh dua rakaat, kenapa zohor empat rakaat, kenapa asar empat rakaat, kenapa maghrib tiga rakaat, kenapa isya empat rakaat?Tujuan pengkaji barat ini mengkaji tentang solat Islam itu semata-mata untuk mencela Islam. Dia mengkaji untuk menunjukkan betapa tidak logiknya ajaran Islam.Tetapi kemudiannya dia sendiri telah memeluk agama Islam, bagaimana boleh jadi begitu?


Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dirikanlah saf kamu dan dekatkanlah bahu kamu dan isilah celah kosong dan janganlah membiarkan ada celah untuk syaitan.Sesiapa yang menyambung sebuah saf,Allah akan menyambungkannya dan sesiapa yang memotong,maka Allah pun akan memotongnya."


Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
Kerana di dalam kajiannya,Di dalam tubuh manusia ini ada kuasa elektrik Iaitu negative dan positif. Apabila manusia menggunakan tenaga yang banyak. Tenaga itu akan berkurangan. Maka tenaga itu perlu dicas semula. Mengikut kajiannya, kenapa sembahyang zohor itu empat rakaat? Kerana di waktu pagi manusia berkerja keras, lalu tenaga elektrik dalam badannya akan hilang atau berkurangan.Ia perlu dicas.Apabila manusia melakukan sembahyang berjemaah dan disuruh rapat bertemu dan berhubungan antara bahu dengan bahu, kaki dengan kaki.Dia  dapati perhubungan itu akan CAS SEMULA kekuatan elektrik dalam badan manusia itu. selepas itu manusia boleh sambung bekerja dengan penuh tenaga semula. Setelah petang, manusia itu penat bekerja, maka disuruh bersembahyang empat rakaat, maka berlaku pertemuan sernasa berjemaah.

Sebab itu ketika berjemaah mesti rapat, kerana Islam menyuruh Islam sembahyang berjemaah itu mesti rapat, kerana nabi mengatakan kalau ada ruang sedikit maka ruang itu akan diisi oleh syaitan. Mesti bertemu antara bahu dengan bahu. Dalam kajian orientalis barat itu, ketika rapat berjemaah itu maka berlaku aliran elektrik berjalan. Tetapi selepas Asar, aktiviti kerja manusia sudah berkurangan, oleh itu tidak perlu hendak dicas terlalu banyak. Sebab itu cukup dengan sembahyang tiga rakaat.
Kenapa pula isya empat rakaat?kerana orang islam disunatkan tidur awal dan bangun di tengah malam untuk tahajjud,oleh itu dia perlu menyediakan banyak tenaga.Tahajjud pula tidak banyak dilakukan,maka dengan itu subuh hanya perlu dua rakaat.
Lalu,dia telah mendapat hidayah dari Allah akhirnya dia mengucapkan dua kalimah syahadah.
Nota tambahan:Sistem elektrik badan kita terdiri daripada tiga rantau:

1. Otak, yang berfungsi seperti komputer yang sempurna,
2. Saraf tunjang, yang berfungsi seperti bundle kabel elektrik, satu hujung yang pergi ke otak serta
3. Saraf, yang berfungsi seperti wayar elektrik dan mewujudkan sambungan antara saraf tunjang dan seluruh badan.

Saraf menyimpang daripada otak dan saraf tunjang dan meliputi semua bahagian badan, termasuk kulit, otot, organ-organ deria, walaupun gigi dan tulang sum-sum . Pendek kata, saraf seperti jalan raya yang membawa maklumat badan.

Saraf membenarkan kita untuk mendapatkan maklumat tentang dunia di sekeliling kita, dan membolehkan bahagian-bahagian yang berlainan daripada badan berfungsi secara keseluruhannya penting. Mereka juga melaksanakan penghantaran arahan daripada otak.

Sistem ini, yang berfungsi tanpa kita mengetahuinya, adalah salah satu contoh dari rahmat Allah Yang Maha Berkuasa ke atas manusia.

Sistem saraf - Sistem Elektrik Manusia

Sistem saraf rangkaian berbilion-bilion sel-sel saraf yang dipanggil neuron dengan kira-kira 100 bilion neuron di dalam otak,

Badan kita mempunyai saraf bagi pergerakan, saraf otak untuk berfikir,dan saraf rasa yang pergi ke semua bahagian badan luar. Pada hakikatnya, kita mempunyai sistem elektrik yang lengkap  di seluruh badan. 

  
(  سورة الأعراف  29)
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang di setiap masjid dan bermunajatlah padanya dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي الْجَمَاعَةِ تُضَعَّفُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَفِي سُوقِهِ خَمْسًا وَعِشْرِينَ ضِعْفًا وَذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ فَإِذَا صَلَّى لَمْ تَزَلْ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَيْهِ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ وَلَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرَ الصَّلَاةَ

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang seseorang itu dalam satu jemaah melebihi sembahyang di pasarnya dan di rumahnya dengan lebih daripada dua puluh darjat. Itu disebabkan apabila dia berwuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid, dia tidak pergi melainkan kerana sembahyang, tidak menggerakkannya melainkan kerana sembahyang, tidak melangkahi walaupun satu langkah melainkan diangkat untuknya satu darjat atau dihapuskan satu kesalahan dan para malaikat mendoakan salah seorang daripada kamu selagi dia berada di tempat sembahyangnya, Ya Allah berilah kesejahteraan untuknya, Ya Allah rahmatilahnya, selagi dia tidak berhadas, selagi dia tidak menyakiti (ya’ni menyakiti malaikat dengan hadas). Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu dikira sebagai bersembahyang selagi sembahyang menahannya. (ya’ni penantiannya untuk sembahyang yang lain dikira sembahyang juga.) (al-Bukhari: 647, Muslim: 649)



_______________________________________________________



carian anda:kenapa ada kuasa letrik kat badan kita


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...