Saturday

Budak Kelawar-Kebolehan melihat menggunakan teknik Echolocation

 Assalamu Alaikum (Peace be upon you),Selamat datang ke post ini yang lebih menarik,membuatkan aku teringat cerita avatar :the last airbender .apa khabar?sihat tak?apa macam dengan cuti persekolahan?aku rasa sgt2 membosankan.....tapi dapat hilangkan juga tenssion,seperti mana yang kita tahu dalam cerita avatar the last airbender(jangan kata aku budak-budak,apa salah tengok cerita katun,aku dah besar dah,dah pandai mengorat pompan ),dulu kan ada dlm TV 9,mungkin ada yang pernah tengok?dalam animasi tersebut ada satu watak Toph Bei Fong(tak cute pun) , Perwatakannya ialah seorang yang blind earthbending dan membantu Aang untuk mempelajari tentang earthbending dalam pengembaraan mereka menyelamatkan dunia dari kerajaan api.toph ada kuasa eathbending,seorang perempuan,dan hebat berlawan,ingat tak episode yang dia kalahkan orang ramai dengan kemampuan mendengarnya.cool kan^^ .klik sini utk lihat videonya..

Sebagai manusia Yang lahir sempurna ,anggota badan yang lengkap,hargailah,syukur kpd Allah,secantik/cun/cute kamu tu yang mencipta kamu adalah Allah!!!mengapa perlu perempuan mendedahkan aurat mereka di tempat awam?fb?adakah mereka tidak mengerti erti dosa?Allah dah larang,jangan la buat,aku sedih orang macam ni,aku sentiasa doakan mereka dapat hidayah Allah dan berubahlah,tutup aurat bukan tunjuk aurat atau bungkus aurat,yang bungkus aurat tu,cuba tolong mak bungkus nasi lemak dengan menggunakan daun pisang .sebagaimana kamu bungkus nasi lemak itu,macam tu la orang laki nampak,akhir zaman...lupa pulak,yang pakai nampak mcm bonggol unta pun 2x5 / 5x2

Mereka yang dilahirkan buta juga mampu teruskan hidup,aku rasa terharu bila mendengarnya...cuba renung-renung kan...
Jangan buta hati sudahla....selamat membaca~

dah habis baca.....tekan button "like" (tiada paksaan )saya tak pukul awak pun.
________________________________________________________________________

Lucas Murray,9 tahun,merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang cacat penglihatan sejak lahir lagi.Istimewanya,budak lelaki buta yang tinggal di Dorset,England ini ialah dia masih mampu melakukan pelbagai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain seperti berlari,bermain bola keranjang dan mendaki bukit.

Soalnya,bagaimana kanak-kanak tersebut boleh melakukan perkara sedemikian rupa?Jika dilihat secara logik,ia adalah suatu perkara yang mustahil khusunya bagi seseorang kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan.

Jelas Murray,dia menganggap kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk dia mealakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal lain.Semenjak berusia 7 tahun,dia telah dilatih untuk mempelajari satu teknik iaitu menggunakan deria telinga bagi menggambarkan objek yang berhampiran dengannya.

Kata kanak-kanak istimewa itu lagi,dia mula mengenali teknik tersebut daripada seorang pengasas sebuah pertubuhan kebajikan golongan buta di England,bernama Daniel Kish.Menurutnya,suatu hari,ibu bapanya menonton rancangan talk show yang dikelolakan oleh kish.

Melalui rancangan itu,pengasas pertubuhan kabajikan golongan buta itu telah memperkenalkan satu teknik bagaimana untuk membantu golongan cacat penglihatan menjalankan aktiviti seharian mereka seperti manusia normal lain.Dengan meletakkan lidah pada bahagian lelangit mulut,teknik ini akan membantu golongan buta mengenal pasti kedudukan sesuatu objek berdasarkan lantunan semula bunyi.

Tertarik dengan kaedah itu,ibu bapa Murray telah menghubungi Kish bagi meminta dia mengajar anak mereka teknik tersebut.Sewaktu pertama kali mempelajari teknik tersebut,Murray memberitahu,dia menghadapi kesukaran untuk melakukan kaedah itu,Ini kerana,teknik menggunakan deria telinga memerlukan tahap fokus yang tinggi bagi golongan cacat penglihatan agarr objek terdekat yang digambarkan benar-benar tepat.

Teknik yang digunakan oleh Murray itu sama dengan apa yang digunakan oleh kelawar dan ikan lumba-lumba.Penggunaan teknik menyebabkan dia dikenali dengan panggilan budak kelawar.Murray dipercayai menjadi kanak-kanak lelaki pertama di Britain yang menggunakan gema bunyi bagi menggambarkan benda di sekelilingnya.

Hal ini telah mendapat perhatian daripada pakar Otolaryngonology dari Klikik Pakar ENT,Sungai Chua,Kajang,Dr.Esa Rejab.

Menurut kajian Neurosaintis,teknik ini dinamakan Echolocation.Ia diaplikasikan melalui bunyi yang dikeluarkan dari mulut subejek ke arah sesuatu objek untuk menghasilkan bunyi gema(Echo).Kemudian,lantunan sesuatu bunti itu akan menghasilkan impuls-sejenis gelombang elektrik yang bergerak melalui gentian saraf apabila terangsang .Impuls yang diterima akan diterjemahkan ke korteks penglihatan dan membolehkan otak kita menggambarkan keadaan objek yang berada di sekeliling.

Ujarnya,kebolehan melihat menggunakan teknik Echolocation mempunyai asas saintifik yang cukup jelas.Secara kasar,otak kita dapat mengetahui arah bunyi dengan cukup jelas.Secara kasar,otak kita dapat mengetahui arah bunyi dengan cukup jelas,dengan syarat kedua-kedua telinga kita berfungsi dengan baik.Keadaan ini berlaku apabila korteks pendengaran(auditory coretx)dapat memahami perbezaan waktu iaitu satu tempoh yang hanya berlaku beberapa milisaat yang dilepaskan bunyi untuk bunyi sampai kedua telinga.

Teknik ini diguna pakai secara semula jadi oleh mamalia seperti kelawar dan dolfin.Teknik Echolocation ini boleh dipelajari dan diguna pakai untuk orang-orang buta dengan syarat ia mempuntai pendengaran yang baik.

Antara individu buta yang pernah melakukan teknik Echolocation :
❖ James  Holman(1786-1857)-merupakan individu pertama yang menggunakan teknik Echolocation.Beliau adalah seorang pengembara buta yang menggunakan bunyi ketukan tongkat untuk menjelajah seluruh dunia.Holman dilahirkan di Exeter,anak apothecary. Beliau telah memasuki Tentera Laut Diraja British pada tahun 1798 sebagai sukarelawan kelas pertama, dan telah dilantik sebagai leftenan dalam April 1807. Pada tahun 1810, manakala di Guerriere luar pantai Amerika, dia tidak sihat kerana penyakit yang mula-mula menghidap sendi, akhirnya penglihatannya. Pada usia 25 tahun, beliau telah menjadi sepenuhnya dan kekal buta.baca ksiah dia di wikipediahttp://en.wikipedia.org/wiki/James_Holman  (english version)

Danial Kish-merupakan individu penting memperkenalkan teknik Echolocation kepada golongan cacat penglihatan.Beliau yang juga pengasas satu pertubuhan kebajikan orang buta telah membantu ramai remaja buta melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal,mendaki gunung dan sebagainya.Kerja Kish telah memberi inspirasi kepada beberapa kajian saintifik yang berkaitan dengan manusia echolocation. Dalam satu kajian 2009 ,di Universiti Alcalá di Madrid, Sepanyol, sepuluh mata pelajaran yang dilihat telah diajar kemahiran asas navigasi dalam masa beberapa hari. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bunyi pelbagai yang boleh digunakan untuk echo-mengesan dan menilai yang paling efektif. Dalam kajian yang lain,imbasan otak MRI telah diambil Kish dan pakar echolocation yang lain   untuk mengenal pasti bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam echolocation.


anda boleh tengok dia dalam youtube:



SEKIAN TERIMA KASIH,SEMOGA MEMBERI MANFAAT :)


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...