Tuesday
Makam Emas Scythians
Bangsa Skithia atau Skith[1] (bahasa Yunani Kuno: Σκύθαι) adalah orang Iran kuno yang merupakan pastoralis nomaden penunggang kuda[2] yang pada masa Antikuitas Klasik mendominasi stepa Pontos-Kaspia, yang ketika itu dikenal sebagai Skithia. Sebelum tahun 2006, mereka dipercaya telah menempati wilayah sebelah barat Pegunungan Altai, sampai sebuah pemakaman kerajaan ditemukan di sebelah timur Mongolia.[3] Pada masa Antikuitas Akhir orang Sarmatia datang dan menguasai bangsa Skithia di sebelah barat. Banyak dari informasi mengenai bangsa Skithia berasal dari sejarawan Yunani, Herodotos (sek. 440 BC) dalam karyanya Historia dan Ovidius dalam sajaknya Epistulae ex Ponto. Penemuan arkeologi menunjukkan adanya benda-benda indah dari emas yang ditemukan di gundukan pemakamn Skithia di Ukraina dan Rusia selatan.
Nama "Skithia" pernah digunakan untuk menyebut berbagai bangsa yang mirip dengan bangsa Skithi, atau yang tinggal di daerah Asia Tengah, Rusia, dan Ukraina—dikenal sampai Abad Pertengahan sebagai Skithia. Mereka digambarkan sebagai "jaringan suku-suku yang secara budaya serupa."[4] Misalnya, nama Skithia pernah digunakan untuk menyebut bangsa Goth.[5]
USAHA yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik arkeologi dari Kazakhstafl membongkar sebuah bukit yang terletak di wilayah timur Karag anda, Kazakhstafl menemui tujuh buah makam purba yang dipercayai milik bangsa Scythian.
walaupun kebanyakan artifak yang ditemui dalam rupa bentuk yang tidak begitu sempurna, tetapi ia amat penting dalam membongkar semula bangsa yang hilang daripada sejarah dunia ini.Ini kerana, kajian terhadap makam tersebut secara tidak lang-sung dapat menyelesaikan beberapa persoalan tentang kewujudan bangsa itu.
Antara persoalan yang sering menjadi polemik ialah apakah yang menyebabkan bangsa Scythian lenyap? Kedua, susur galur masyarakatnnya dan di manakah lokasi bangsa ini wujud?
Menjawab persoalan - persoalan itu, ketua kumpulan penyelidik tersebut, Arman Beysenov menjelaskan, bangsa Scythian merupakan sebuah komuniti nomad yang dipercayai wujud sekitar abad ke-8 Sebelum Masihi (SM). Difahamkan, bangsa ini berasal dari bahagian Asia tengah dan meluaskan peradaban mereka sehingga ke benua Eropah iaitu negara Ukraine dan selatan Rusia.
Jelas Beyseriov, bangsa Scythian merupakan sebuah komuniti yang mahir dalam pertukangan emas. Buktinya, beberapa penemuan artifak topi, patung berbentuk binatang, bekas pelita, sarung pedang dan baju perisai. Selain Itu, turut dijumpai ratusan manik-manik yang diperbuat Sepenuhnya menggunakan emas.
Penemuan paling terbaru sekali ialah tujuh buah makam yang penuh berisi dengan emas. Hasil ekskavasi yang dilakukan pada tahun 2009 lalu mendapati, makam tersebut berkemungkinan milik pahiawan-pahiawan Scythian yang dikebumikan sekitar abad ke-4 hingg a ke-5 Sebelum Masihi.
Dalam hierarki bangsa Scynthian, para pahlawan mi merupakan golongan atasan yang sangat dihormati. Ketika upacara pemakaman, rnayat pahlawan-pahiawan ini dihiasi emas yang melambangkan kedudukan Unggul mereka di kalangan masyarakat. Mereka juga cukup tenkenal sebagai pejuang yang diberi jolokan nama ‘The Sun Lord ‘
Penemuan arkeologi ini hampir serupa dengan sebuah artifak yang digelar sebagai ‘The Golden Man’ di wilayah Almaty, Kazakhstan pada tahun 1969. Ia merupakan sepasang pakalan disaluti 4,000 manik-manik emas yang dipercayai milik seorang putera Scythian sekitar abad ke-4 hingga ke-5 SM.
The Golden Man yang dipamerkan di sebuah muzium emas di Almaty
Artifak ini merupakan simbol bagi masyarakat di Kazakhstan, Selam pakalan, Ia turut dijumpai bersama sebuah topi emas berbentuk tirus. Kini, artifak tersebut disimpan rapi dan dipamerkan di sebuah muzium emas di Almaty.
Sehingga hari ini, para ahli arkeologi Kazakhstan masih belum menemui bukti yang menjadi penyebab kehilangan bangsa ini. Pun begitu. kerja-kerja penggahan masih giat dilakukan untuk mendapatkan lebihformasi rnengenai bangsa ini.
Selain mahir dalam kerja-kerja pertukangan emas, bangsa Scyn thian turut dikenali sebagai masyarakat yang cekap menunggang kuda.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih