Monday
Bimbingan Rasul SAW Menjaga Kesihatan dengan Wewangian
Sesungguhnya bau wangi merupakan santapan roh, sedangkan roh pusat stamina, dengan demikian stamina akan meningkat dengan wewangian. Hal ini mudah diterima akal kerana bau wangi dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian menggembirakan hati dan menyenangkan jiwa serta memberi kesegaran rohani.
Wewangian adalah sesuatu yang paling sesuai dan serasi dengan roh.Hubungan antara wewangian dengan jiwa yang baik amatlah erat sekali.Wewangian adalah salah satu dan dua perkara yang paling disukai Nabi dan perkara dunia,mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan kepada baginda.
Di dalam kitab Shahih Al-Bukhari disebutkan: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menolak wewangian.” Adapun dalam shahih muslim disebutkan:
"Sesiapa yang diberi wewangian, janganlah ia menolaknya,sebab wewangian itu semerbak baunya dan mudah dibawa ke mana-mana"
Di dalam kitab Sunan Abi Daud dan An-Nasa'i diriwayatkan dari Abu Hurairah,dari Nabi Bawaha baginda s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang diberi minyak wangi ,janganlah ia menolak,sebab ia mudah dibawa dan semerbak baunya."
Manakala dalam Musnad Al-Bazzar,dari Nabi s.a.w diriwayatkan bahawa baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Menyukai keindahan,Maha Bersih dan Menyukai kebersihan, Maha Mukia dan Menyukai kemuliaan, Maha Pemurah dan Menyukai kemurahan Bersihkanlah teras dan halaman rumah kamu,jangan Menyerupai orang-orang Yahudi yang biasa menyimpan akba di rumah-rumah mereka.”
Maksud akba adalah sampah.
Ibnu Abi syaibah menyebutkan:Rasulullah s.a.w mempunyai sejenis sukkah yang selalu baginda gunakan untuk dibubuhi ke tubuhnya”Menurut riwayat sshih juga bahawa baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai hak terhadap setiap muslim agar ia selalu mandi setiap tujuh hari sekali.Jika ia mempunyai minyak wangi,hendaklah ia menggunakannya.”
Wewangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan-syaitan amat membencinya,sebab yang paling disukai oleh syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan.Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi.Adapun roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk pula.Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.Yang baik akan dikumpulkan dengan yang baik,dan yang buruk akan dikumpulkan dengan yang buruk,lelaki mahupun wanita.
Meskipun ungkapan tersebut berlaku pada manusia lelaki dengan wanita,namun juga berlaku untuk semua jenis perbuatan,ucapan,makanan,minuman,pakaian dan wewangian,dengan lafaz umum mahupun dengan keumuman maknanya.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih