Thursday
Bimbingan Rasul SAW Menghadapi Kebakaran
Menurut riwayat Amru bin Syu’aib, dan ayahnya, dan datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika kamu melihat kebakaran, bertakbirlah, sebab takbir boleh memadamkan api. “
Kebakaran berpunca dari api, sedangkan api sendiri adalah bahan asas dan penciptaan syaitan, maka api mengandungi unsur perosak yang memang bersesuaian dengan syaitan dan perbuatannya untuk menolong dan melancarkan misi syaitan.
Dengan demikian, api menurut adatnya memang selalu membakar dan mempunyai sifat merosak. Kedua-dua perkara itu membumbung dan bumi dan merosak kehidupan di bumi. Kedua-duanya adalah jalan hidup syaitan, provokasi yang didengung-dengungan syaitan. Dengan kedua-dua sifat itulah syaitan membinasakan umat manusia, tidak kira sama ada syaitan ataupun api, kedua-duanya selalu ingin di atas dan selalu ingin membuat kerosakan, tetapi keperkasaan Allah akan mendiamkan dan melemahkan sepak terjang syaitan tersebut.
Oleh itu takbir amat berkesan untuk memadamkan kebakaran, sebab kebesaran Allah s.w.t. tidak boleh ditandingi oleh segala sesuatu. Jika seorang muslim bertakbir kepada Tuhannya, takbirnya itu akan berpengaruh memadamkan api dan mengurangi kesan dan pengaruh syaitan yang diciptakan dari api juga,hingga kebakaran itu akan padam.Kamu dan banyak lagi kaum muslimim lainya telah mempraktikkan cara ini dan kami perolehi hasilnya sebagaimana yang kamu harapkan.Allah jualah yang lebih mengetahui,
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih