Monday

Kambing Panjat Pokok



Kelakuan aneh yang dimaksudkan aneh yang dimaksudkan adalah kebolehan kambing ini yang mampu memanjat pokok.Aksi pelik ini sudah biasa dilakukan oleh haiwan ini kerana daun pokok tersebut yang dikenali pokok Argan,merupakan sumber makanan utamanya.

Walaupun tidak ada kajian khusus dilakukan mengenai kelakukan aneh kambing ini,namun ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan tentang mengapa haiwan ini boleh memanjat pokok.Kelakuan itu bagaikan suatu keadaan di luar logic akal manusia.

Menurut Timbalan Pengarah Pengarah Zoo Negara Malaysia,Dr.Muhammad Daniel Felix,secara saintifiknya,karateristik ini adalah disebabkan oleh sifat semula jadi haiwan ini yang sememangnya pandai memanjat pokok.Ini kerana ,kambing merupakan jenis haiwan yang mampu mengimbangi badannya apabila berada di kawasan yang tinggi atau sempit.

Selain kambing Morocco,terdapat satu lagi jenis spesies yang sama mampu berkelakuan seperti itu.Kambing itu dikenali sebagai kambing gurun.Kambing ini tergolong di dalam family Bovidae(keluarga seladang dan lembu).Ia boleh ditemui di Sumatera.Semenanjung Malaysia,Thailand,Mnyammar,Indochina,Selatan China dan India.Spesies ini selalunya mendiami kawasan tanah pamah,bukit dan kawasan gunung.

Makanan utama bagi spesies ini adalah daun-daun pokok seperti Ludai,dan lumut-lumut yang terdapat di bahagian-bahagian batu gua.Kegemaran spesies ini adalah berjemur di tempat-tempat terbuka di kawasan cerun yang berbatu.Kambing gurun merupakan spesies yang amat sukar dijumpai kerana ia berkeliaran di kawasan bukit-bukit dan gunung berbatu.

Selain sifat semula jadinya,kebolehan kambing tersebut yang boleh memanjat pokok turut dikaitkan dengan factor najisnya.Di Morocco,najis haiwan ini cukup bernilai kerana boleh dijadikan minyak untuk penghasilan produk-produk kosmetik.Disebabkan itu,penduduk tempatan turut melatih haiwan berkenaan memanjat pokok Argan bagi mendapatkan najisnya.

Peliknya, haiwan ini sebenarnya sebahagian penting daripada proses membuat minyak. kacang ini amat sukar untuk  membuka kerana susah untuk meretakkannya, jadi  orang memasukkannya ke dalam melalui tahi kambing untuk memilih kacang argan berharga. .


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...