Tuesday

Kolam Pamukkale di Aegen Inner



Di Denizli, sebuah daerah, barat daya Turki, yang terletak di Aegen Inner, Sungai Menderes, terdapatnya sebuah gunung yang mempunyai kolam istimewa. Ia menjadi tarikan pelancong di serata dunia selain mempunyai nilai arkeologi yang tinggi bagi para penduduknya.
Pamukkale merupakan sebuah gunung batu yang mempunyai banyak lubang-lubang yang dipenuhi dengan air mineral. Struktur lubang-lubang inilah yang menyebabkan ia seakan akan kolam renang.

Jika diterjemahkan melalui bahasa Turki, Pamuk bermaksud kapas manakala kale pula memberi erti kota atau istana. Justeru, kawasan gunung batu ini dianggap sebagai Istana Kapas oleh kebanyakan pelancong asing. mi kerana, apabila setiap lubang-lubang gunung tersebut dipenuhi oleh air, ia mempunyai satu warna yang begitu menarik. Air di dalam kolam itu kelih atan seperti kapas disebabkan airnya berwarna putih susu.
Di sebalik keindahari kolam Pamukkale ini, ada cerita di sebaliknya. Mengikut catatan sejarah, kolam mi terbentuk hasil daripada kesan fenomena gempa bumi yang berlaku di kawasan berkenaan beribu tahun dahulu. Secara amnya, kesan gempa akan memberi impak negatif kepada struktur muka Bumi juga manusia.

Walau bagaimanapun, keadaan itu berbeza dengan fenomena Pamukkae. Kesan gempa bumi ini menyebabkan kita dapat melihat sesuatu yang istimewa dan cantik dengan wujudnya kolam yang bertingkat-tingkat mi. Malah ia memberi banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang pelancongan.

Lazimnya, apabila sesebuah negara mengalami musim sejuk, salji akan melitupi seluruh permukaan tanah, termasuk kawasan pergunungan. Keadaan itu menyebabkan perubahan suhu hingga boleh membekukan SeIuruh air yang ada di permukaan Bumi. Bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku pada kolam Pamukkale.

Air di sini tidak akan membeku walaupun suhu ketika itu melebihi paras beku.Ini kerana suhu air mineral di situ kekal berada pada paras 35 darjah Celsius. Pada suhu sedemikian, air  tidak akan membeku atau menjadi sejuk walaupun saiji turun. Keadaan ini memang sesuatu yang luar biasa dan mustahil berlaku kerana menyimpang daripada hukum alam.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika tempat ini menjadi perhatian penggemar air. Mereka tidak perlu khuatir  tentang perubahan musim di Turki. Meskipun kunjungan mereka pada musim sejuk sekalipun, air di kolam ini tetap bersuhu 35 darjah Celsius. Jus eru Ia sentiasa dipenuhi orang ramai sepanjang tahun.
 
Selain tu, dengan bentuk kolam yang wujud di sini dalam pelbagal saiz. Ia cukup untuk menampung jumlah pengunjung yang datang. Malahan, air di kolam mi tidak pernah berhenti mengalir. Di sekeliling kolam ini juga dipenuhi dengan stalaktit-stalaktit yang berwarna perang keemasan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli geologi, air di kolam Pamukkale mengandungi garam kalsium dan karbon dioksida yang tinggi. OIeh sebab itu, ia dipercayai mempunyai khasiat tertentu. Kebanyakan para pelancong yang datang tidak hanya mahu mandi semata-mata tetapi mereka mahu mendapatkan penawar  daripada air mineral kolam ini.Dipercayai, Raja-raja Rom juga gemar datang untuk mandi-manda di sini bagi merawat penyakit kulit.
 
Khasiat air kolam ini dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit termasuk sakit sendi, tekanan darah tinggi, lemah jantung, penyakit kulit, gangguan pencernaan dan bermacam-macam lagi. Meskipun belum ada kajian saintifik yang membukti an keupayaan air ini, namun popularitinya dikhuatiri boleh merosakkan keindahan semula jadinya.
Jadi langkah untuk mengisytiharkannya sebagai Tapak Warisan Dunia boleh memastikan menjamin keindahan kawasan mi. Kini, pengunjung yang datang ke sini, tidak dibenarkan memakai kasut di dalam kolam bagi melindungi khasiat air mineralnya. 
Aku sendiri rasa,macam teringin nak pergi juga......cantik pemandangan,ciptaan Allah S.W.T sememangnya indah & cantik sekali.ini baru di dunia,sampai saja di pintu syurga dah pengsan.buat la amal ibadat yang baik-baik,ambil yang jernih buang yang keruh.buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat.Terima kasih kerana sudi meluang masa di post ini~hohooho.nanti nak cuti ,aq dah nak habis sekolah...padahal tahun depan aku nak PMR,SPM lambat lagi..... ....kena buat persediaan awal~doakan aku berjaya~

sebelum tu tengok video ni dulu di youtube,melawat kolam pamukkale~









No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...