Thursday
Bimbingan Rasul SAW dalam Soal Tempat Tinggal
Gambar Hiasan Sahaja(abaikan)
Rasulullah s.a.w menyedari bahawa hidup baginda di dunia seperti dalam satu perjalanan. Dunia ini adalah perjalanan belaka, hanya sebentar berehat sepanjang umur seseorang, kemudian melanjutkan perjalanan menuju akhirat, justeru Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya tidak rnempunyai perhatian besar untuk membina dan mempermegah tempat tinggal, memperindah,mempercantik dan memperluasnya. tempat tinggal paling elok bagi seorang musafir adalah yang mampu melindunginya dari panas dan sejuk, melindunginya dan pandangan orang lain, menjaga agar binatang dan serangga tidak memasukinya, tidak khuatir roboh kerana terlalu berat atap dan dindingnya, tidak menjadi tempat tinggal binatang kerana terlalu luas, tidak menjadi sarang angin berbahaya kerana terlalu tinggi. Letaknyajuga tidak di bawah tanah hingga mengganggu penghuninya, namun juga tidak terlalu tinggi — sedang-sedang sahaja.
Demikianlah tempat tinggal yang paling selesa, paling sesuai dan paling tenang, tidak diserang sejuk dan panas, tidak terlalu sempit bagi penghuninya hingga berdesakan,juga tidak terlalu besar hingga kurang manfaat dan berlebihan dan akhirnya menjadi sarang binatang atau serangga belaka kerana banyak yang kosong. Tidak ada bahagian rumah yung berbau busuk hingga rnengganggu penghuninya. Sebaliknya, yang ada adalah bau yang harum semerbak, sebab Rasulullah s.a.w. suka mengenakan wewangian, selalu mengenakan wewangian.
Wewangian yang baginda kenakan adalah yang paling wangi dan paling semerbak.Di rumah baginda tidak ada sampah yang menimbulkan bau busuk.Tidak diragukan lagi bahawa ia adalah rumah paling elok,rumah paling baik dan paling bermanfaat,lebih sesuai untuk tubuh dan lebih mampu menjaga kesihatan penghuninya.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih